omniture

Dr. Rongxiang Xu: Tamadun Manusia Memasuki Era Baharu Sains Gunaan Pertumbuhan Semula Organ

Dr. Rongxiang Xu
2013-10-31 01:54 205

- Perisytiharan yang Disampaikan oleh Dr. Xu dalam Ucapan Penting tentang Sains Pertumbuhan Semula Organ sewaktu Majlis Penerimaan Anugerah International Golden Biatec 2013 Beliau

LOS ANGELES, 31 Oktober 2013 /PRNewswire/ -- Dr. Rongxiang Xu menerima anugerah International Golden Biatec 2013 daripada Kelab Ekonomi Forum Ekonomi Tidak Rasmi (IEF) pada 24 Oktober 2013 sewaktu majlis istimewa tempat beliau menyampaikan pembentangan mendalam tentang cara untuk mencetuskan hayat pertumbuhan semula PRC tubuh manusia dan permulaan era sains gunaan pertumbuhan semula organ. Dr. Xu menyatakan lagi yang sains pertumbuhan semula organ menawarkan jaminan kesihatan dan ideal yang tertinggi dalam kajian asas dan kajian gunaan sains hayat manusia. Dr. Xu ialah satu-satunya penerima antarabangsa untuk Anugerah International Golden Biatec tahun ini dan diiktiraf untuk ciptaan beliau "laluan saintifik serta penyelesaian bagi pertumbuhan semula organ manusia dan perlanjutan hidup."

Anugerah International Golden Biatec ialah anugerah Eropah penuh berprestij yang dianugerahkan kepada personaliti antarabangsa yang telah membuat sumbangan besar kepada masyarakat antarabangsa. Tahun-tahun sebelum ini, Anugerah itu telah disampaikan kepada Presiden Rusia Vladimir Putin, bekas Presiden A.S. George W. Bush, bekas Presiden Perancis Jacques Chirac, penerima Hadiah Nobel untuk Keamanan tahun 1996 Prof. M. Yunus, dan pemimpin antarabangsa lain. Anugerah yang diberikan kepada Dr. Xu ini menunjukkan "Sains Gunaan Pertumbuhan Semula Organ" telah menjadi keutamaan tinggi dalam usaha memulihkan dan melanjutkan hayat kehidupan manusia. Sewaktu pembentangan beliau yang bertajuk "Cetuskan Hayat Pertumbuhan Semula PRC Tubuh Anda," Dr. Xu menerangkan dengan terperinci ketibaan era aplikasi untuk sains pertumbuhan semula organ manusia.

Sewaktu majlis Anugerah itu, Dr. Xu memulakan perbincangan beliau dengan menyediakan gambaran keseluruhan tentang misi saintifik yang diumumkan oleh empat bekas presiden dan presiden semasa AS. Dr. Rongxiang Xu bercakap tentang kepentingan memasuki era untuk aplikasi sains pertumbuhan semula organ manusia. Beliau menyatakan: bekas Presiden AS Nixon membuat komitmen pada tahun 1971 untuk menggunakan gen bagi menumpaskan kanser. Usaha itu tidak berakhir sehinggalah pada 21 Mac 2013, selepas kajian dan pembuktian selama puluhan tahun, Profesor Watson, "bapa gen," mengumumkan kajian terapi gen tidak mempunyai nilai dan ini dianggap ramai sebagai penghujung era aplikasi gen. Seawal tahun 1988, kerajaan China mula mempromosikan teknologi pertumbuhan semula organ kulit Dr. Xu dengan meluluskan dan mempopularkan teknologi dan terapi pertumbuhan semula beliau untuk kecederaan akibat kebakaran (MEBT/MEBO) sebagai ubat kebangsaan baharu dalam senarai pencapaian besar dalam sains dan teknologi negara.

Pada tahun 1990, Presiden AS ketika itu George H. W. Bush mengiktiraf teknologi Dr. Rongxiang Xu untuk pertumbuhan semula organ kulit untuk kecederaan akibat kebakaran dan meminta pengenalan teknologi itu dibuat di AS. Pada tahun 2008, Presiden George W. Bush menggabungkan laluan kajian "menukarkan sel somatik menjadi sel stem embrio" dengan polisi AS bagi mengelakkan isu etika menuai sel stem daripada embrio. Laluan yang dimaksudkan ini ialah laluan saintifik yang dipatenkan oleh Dr. Xu bagi "sel somatik yang ditukarkan menjadi sel stem dan kemudian menumbuhkan semula tisu dan organ fisiologi."

Menurut Dr. Xu, sesetengah ahli sains yang gagal mencipta sel stem sebenar telah melabel sel stem pluripoten palsu sebagai sel stem pluripoten asli, lalu mewujudkan kelakuan dengan niat untuk menipu dan maklumat mengelirukan yang telah menjejaskan era kajian sel stem embrio yang mula-mula dicetuskan di bawah pentadbiran Bush akibat objek palsu yang digunakan dalam kajian yang kononnya untuk sel stem itu. Pada tahun ini, Presiden AS Barack Obama menggalakkan lagi kajian ubat-ubatan "pertumbuhan semula organ rosak", yang juga merupakan laluan sains pertumbuhan semula organ yang dipatenkan oleh Dr. Rongxiang Xu. Presiden Obama telah membawa hala tuju kemajuan sains hayat Amerika ke arah era untuk aplikasi sains pertumbuhan semula organ. Dua tahun lalu, di Universiti California Selatan (USC), AS, Institut Sains Gunaan untuk Pertumbuhan Semula dan Peremajaan Semula Manusia (IASHRR) telah ditubuhkan bagi memulakan terlebih dahulu pendidikan lebih tinggi untuk sains pertumbuhan semula organ manusia. Antara semua teknologi pertumbuhan semula organ Xu, teknologi gunaan untuk pertumbuhan semula organ kulit sudah digunakan di 73 negara selama 25 tahun.

Dalam ucapan beliau, Dr. Xu meluangkan masa untuk melaporkan ciptaan saintifik beliau dan pembuktian untuk entiti semula jadi manusia bagi pertumbuhan semula – sel PRC dan fungsinya. Isi kandungan ucapan diluaskan daripada mendapatkan hasil pertumbuhan semula organ kulit manusia sebelum tahun 1984, kepada usaha mentafsirkan proses pertumbuhan semula organ kulit di tapak kecederaan itu sendiri, dan kemudiannya kepada kejayaan pencapaian pembaikpulihan semula dan peremajaan semula semua organ dalam tubuh manusia melalui pertumbuhan semula di tapak organ itu sendiri. Beliau menunjukkan sepenuhnya fungsi hayat pertumbuhan semula PRC dalam tubuh manusia dengan eksperimen in vitro dan in vivo serta pembuktian untuk sel PRC bertukar menjadi sel stem dan kemudian membentuk tisu dan organ. Organ dalam tubuh manusia boleh melakukan sendiri pembaikpulihan dan peremajaan semula melalui fungsi pertumbuhan semula PRC yang semula jadi. Asalkan sebatian nutrisi semula jadi yang dikhususkan untuk membangkitkan dan menyuburkan PRC bagi menggunakan fungsi pertumbuhan semulanya ditambah ke dalam pemakanan seharian, tubuh manusia boleh melakukan sendiri pembaikpulihan dan peremajaan semula melalui pertumbuhan semula.

Dalam pembentangan beliau, Dr. Xu berkongsi banyak hasil tubuh manusia menggunakan PRCnya sendiri bagi mencapai pembaikpulihan dan peremajaan semula tubuh melalui pertumbuhan semula organ. Kecederaan pada permukaan kulit pada badan boleh sembuh dengan menumbuhkan semula tisu dan organ kulit pada tapak kecederaan itu sendiri. Organ di dalam tubuh badan manusia juga boleh dibaikpulihkan dan diremajakan semula dengan memulakan hayat pertumbuhan semula PRCnya sendiri. Contohnya, seseorang yang berusia 40-50 tahun kelihatan 5 tahun lebih muda berbanding usia sebenar selepas proses pertumbuhan semula selama 4 tahun; seseorang yang berusia 50-60 tahun kelihatan 6 tahun lebih muda berbanding usia sebenar selepas proses pertumbuhan semula selama 5 tahun; seseorang yang berusia 60-70 tahun kelihatan 7 tahun lebih muda berbanding usia sebenar selepas proses pertumbuhan semula selama 6 tahun; seseorang yang berusia 70-80 tahun kelihatan 12 tahun lebih muda berbanding usia sebenar selepas proses pertumbuhan semula selama 6 tahun; seseorang yang berusia 80-100 tahun kelihatan 14 tahun lebih muda berbanding usia sebenar selepas proses pertumbuhan semula selama 7 tahun. Beliau juga mendedahkan mekanisme pendekatan pertumbuhan semula anti-kanser serta pencegahan kanser (pada tahun 2003, Xu telah dijemput oleh pemimpin parti AS En. Anthony Bucco bagi memberikan ceramah yang bertajuk "pertumbuhan semula anti-kanser" untuk para pakar anti-kanser di kawasan pantai timur; pada tahun 2004, Xu menjelaskan lagi mekanisme pendekatan anti-kanser dalam ceramah jemputan beliau di Universiti Stanford. Kedua-dua ceramah mendapat sambutan memberangsangkan daripada para pakar). Dr. Xu menyeru kuasa anti-kanser seluruh dunia untuk bersatu bagi pembuktian pantas pendekatan beliau bagi menyelamatkan pesakit kanser.

Pada pandangan Dr. Xu, jika hayat PRC tubuh badan manusia itu sendiri dimulakan, penyakit manusia yang tidak boleh disembuhkan dengan ubat-ubatan akan berkurang dengan ketara, dan manusia boleh menikmati kehidupan yang lebih sihat dan gembira seperti yang tidak pernah dijangka sebelum ini. Tenaga tubuh badan manusia boleh ditingkatkan lagi berbanding sebelum ini dan jangka hayat manusia juga boleh dilanjutkan dengan signifikan. Kemewahan yang dihasilkan oleh manusia juga bakal menjadi tidak terkira. Dunia hayat pertumbuhan semula manusia akan menjadi realiti secara semula jadi.

Bagi memanfaatkan penduduk seluruh dunia dengan ciptaan dan rekaan beliau, Dr. Xu menyeru para pemimpin semua negara membuktikan dan menggunakan teknologi beliau yang berpotensi menyelamatkan nyawa secepat yang mungkin demi kebaikan negara mereka masing-masing. Dr. Xu juga telah menyeru ahli sains berkaitan serta kumpulan dengan minat yang berkaitan dalam era sains pertumbuhan semula organ bagi menyertai arah aliran merangsang sains pertumbuhan semula organ, jika mereka tiada teknologi yang lebih baik berbanding sains pertumbuhan semula organ dan ingin mengaplikasikan sains pertumbuhan semula organ untuk kekal sihat dan melanjutkan hayat. Berikutan prinsip undang-undang antarabangsa bagi melaksanakan "teknologi yang berpotensi menyelamatkan nyawa," Dr. Xu menawarkan untuk memberi ciptaan dan rekaan beliau kepada Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu untuk disebarkan kepada semua kerajaan negara agar faedahnya dapat dinikmati oleh rakyat mereka. Matlamat Dr. Xu adalah untuk bekerjasama dengan semua kerajaan negara bagi mencapai misi membolehkan orang ramai seluruh dunia menikmati hidup yang mampu diperbaharu semula.

Tentang Dr. Rongxiang Xu

Dr. Rongxiang Xu ialah pencipta dan pengasas "Sains Pembaikpulihan Pertumbuhan Semula Tubuh Badan Manusia" (HBRRS) dan pendaftar paten laluan saintifik pertumbuhan semula organ rosak – keutamaan tinggi yang dituntut dalam Ucapan Rasmi Presiden dalam Negara (State of the Union) 2013 oleh Presiden Obama, pencipta paten laluan teknologi yang dengannya sel somatik manusia ditukarkan menjadi sel stem pluripoten dan menumbuhkan semula tisu dan organ fisiologi, serta pencipta paten Sel Pertumbuhan Semula Berpotensi (PRC).

Hubungi:
Jane Westgate: 336-209-9276, Jane@westgatecom.com
Cheryl Riley: 703-683-1798, cherylrileypr@comcast.net

Video dengan kapsyen: "Dr. Rongxiang Xu menerima Anugerah International Golden Biatec 2013 pada 24 Oktober 2013 di Los Angeles." Video boleh didapati melalui: http://www.youtube.com/watch?v=ZXe2sJMrJcg

Imej dengan kapsyen: "Dr. Rongxiang Xu (tengah), dianugerahkan dengan sijil dan pingat Golden Biatec 2013." Imej boleh didapati melalui: http://photos.prnewswire.com/prnh/20131029/LA05947-a

Imej dengan kapsyen: "Dr. Rongxiang Xu, membuat pembentangan semasa Majlis Penyampaian Anugerah Golden Biatec 2013." Imej boleh didapati melalui: http://photos.prnewswire.com/prnh/20131029/LA05947-b

Imej dengan kapsyen: "Pengerusi Majlis Penyampaian Anugerah Golden Biatec 2013: Peter Kasalovsky, pengerusi Persatuan Kelab Ekonomi Forum Ekonomi Tidak Rasmi, 1993 - 2013." Imej boleh didapati melalui: http://photos.prnewswire.com/prnh/20131029/LA05947-c

Imej dengan kapsyen: "Pengerusi Bersama Majlis Penyampaian Anugerah Golden Biatec 2013: Mihok Peter, pengerusi World Chambers Federation (kanan), Peter Kasalovsky, pengerusi Persatuan Kelab Ekonomi Forum Ekonomi Tidak Rasmi (IEF EC), 1993 - 2013 (tengah), Jan Gabriel, pengerusi jawatankuasa IEF EC (kiri)." Imej boleh didapati melalui: http://photos.prnewswire.com/prnh/20131029/LA05947-d

Source: Dr. Rongxiang Xu
Keywords: Biotechnology Awards Broadcast feed announcements