omniture

Ageas Jalin Kerjasama dengan eBaoTech Dayakan Strategi Platform Digitalnya

InsureMO
2022-09-06 14:15 233

SINGAPURA, 6 September 2022 /PRNewswire/ -- eBaoTech Corporation (eBaoTech), penyedia penyelesaian digital global untuk industri insurans, dengan sukacitanya berkongsi bahawa Ageas Group (Ageas) telah memilih platform InsureMO® eBaoTech untuk transformasi digitalnya sebagai sebahagian daripada strategi Impact24 Kumpulan ini untuk meneroka dan melabur dalam enjin pertumbuhan baharu, menambah keupayaan baharu yang melengkapkan kekuatan Ageas dan memastikan syarikat ini kalis masa depan. Ageas Group akan memanfaatkan InsureMO, platform PaaS insurans bagi mengupayakan pertumbuhannya melalui saluran B2B2C dan dalam masa yang sama meningkatkan sistem dan ketangkasan operasinya, meningkatkan keterhubungan ekosistemnya serta membawa keupayaan teknologinya ke tahap seterusnya.

Hans De Cuyper, Ketua Pegawai Eksekutif, Ageas Group mengulas, "Jalan baharu untuk berhubung dengan pelanggan sedang dibangunkan, dengan adanya permintaan terhadap jenis produk dan perlindungan baharu. Tatkala kami akan terus melabur dalam pembangunan perniagaan semasa kami, kami berpendapat bahawa kami ingin mengambil bahagian dalam pembangunan rentas pasaran dan rentas sektor ini, bererti bahawa kami ingin melabur dalam perkongsian baharu yang membolehkan kami memanfaatkan kekuatan platform Digital dan Ekosistem. Sebagai pengupaya teknologi global untuk ekosistem insurans terbenam, InsureMO ialah padanan yang tepat untuk kami memperoleh keupayaan teknologi. Ia membolehkan kami meningkatkan dengan ketara ketangkasan produk dan sistem kami, membawa kepada masa ke pasaran yang lebih pantas – keupayaan penting yang dicari oleh platform digital apabila memilih rakan kongsi mereka."

Gilke Eeckhoudt, Ketua Pegawai Pembangunan dan Kemampanan, Ageas Group menambah, "Ageas memiliki rekod prestasi dalam mengaut faedah perkongsian di seluruh dunia. Ia merupakan sebahagian daripada DNA kami dan ini meletakkan kami di kedudukan yang kukuh untuk berinteraksi dengan jenis pakatan baharu yang menyediakan keupayaan baharu dan meluaskan akses kepada kumpulan pelanggan dan pertumbuhan yang baharu. Perkongsian keupayaan bersama eBaoTech ini membawakan kepada kami ketangkasan, kebolehskalaan dan seni bina berasaskan awan dalam satu platform teknologi. Kami tercari-cari penyelesaian dengan jejak global yang berupaya untuk menyokong inisiatif digital kami baik di Eropah mahupun di Asia dengan aset dan produk yang boleh digunakan semula merentas sempadan. InsureMO ialah platform PaaS dengan kes pengguna terbukti dalam industri ini, termasuk dalam syarikat-syarikat operasi kami sendiri. Kami akan memanfaatkan InsureMO untuk mengupayakan keterhubungan dan keupayaan API untuk aplikasi bahagian depan mahupun PAS bahagian belakang."

"Insurans akan menjadi lebih terbenam dalam perniagaan lain. InsureMO berfungsi sebagai lapisan pejabat tengah berasaskan API dan perkhidmatan mikro selain daripada sistem teras sedia ada, mengupayakan pelancaran produk baharu dan produk berdaya maju minimum serta integrasi dengan saluran baharu dan rakan kongsi rantaian nilai pada kos lelaran operasi dan inovasi yang sangat rendah," ditambah oleh Woody Mo, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas eBaoTech, "eBaoTech telah menjadi rakan kongsi teknologi untuk beberapa entiti operasi Ageas selama lebih 10 tahun. Kami berbangga dan komited untuk menyokong strategi digital Ageas dalam era baharu."

InsureMO® (singkatan untuk "Pejabat Tengah Insurans") diwujudkan untuk mempercepatkan inovasi insurans, meningkatkan keterhubungan dalam kalangan pihak berkepentingan dan mengendalikan jumlah besar, variasi dan halaju perniagaan insurans dalam "Era Digital". Sebagai platform-sebagai-satu-perkhidmatan (PaaS) yang digunakan oleh beratus-ratus syarikat insurans hampir di 40 negara dan memperkasa berbilion-bilion dolar GWP setahun, InsureMO berfungsi sebagai perisian tengah untuk industri insurans, membebaskan syarikat insurans daripada kekangan legasi dan menyerlahkan keupayaan mereka untuk berinovasi dan berhubung dengan pihak berkepentingan. InsureMO mempunyai set penuh API dan perkhidmatan mikro insurans untuk perniagaan insurans am (P&C), hayat dan kesihatan yang meliputi seluruh kitar hayat polisi. InsureMO menyokong kolaborasi Open API, berasaskan kepada teknologi pengkontenaan dan membolehkan pihak ketiga membangunkan aplikasi. Terokai platform PaaS di InsureMO.com.

Latar Belakang Ageas

Ageas ialah Kumpulan insurans antarabangsa yang tersenarai dengan warisan mencakupi hampir 200 tahun. Ia menawarkan kepada pelanggan Runcit dan Perniagaan dengan produk insurans Hayat dan Bukan-Hayat yang diwujudkan agar sesuai dengan keperluan tertentu mereka, pada hari ini dan masa depan. Sebagai salah sebuah syarikat insurans yang lebih besar di Eropah, Ageas menumpukan aktiviti-aktivitinya di Eropah dan Asia, yang bersama-sama membentuk bahagian yang utama dalam pasaran insurans global. Ia mengendalikan perniagaan insurans yang berjaya di Belgium, UK, Perancis, Portugal, Turki, China, Malaysia, India, Thailand, Vietnam, Laos, Kemboja, Singapura dan Filipina melalui kombinasi antara subsidiari milik penuh dan perkongsian jangka panjang bersama institusi kewangan yang mantap dan pengedar penting. Ageas tersenarai sebagai antara peneraju pasaran di negara-negara di tempat ia beroperasi. Ia mewakili pasukan kakitangan seramai kira-kira 40,000 orang dan melaporkan aliran masuk tahunan hampir mencecah EUR 40 bilion pada tahun 2021 (semua angka pada 100%).

Latar Belakang eBaoTech 

eBaoTech ialah penyedia teknologi global yang terkemuka untuk industri insurans global. Misi kami dari awal dalam tahun 2000 adalah dan tetap untuk "menjadikan insurans mudah". Melalui kerja keras dan komitmen penuh kepada kejayaan pelanggan, eBaoTech telah membina kumpulan pelanggan yang kukuh hampir di 40 negara/pasaran, meliputi insurans am (P&C), hayat dan kesihatan. Di samping itu, tumpuan teguh dan berterusan eBaoTech untuk menangani masalah utama yang asas teknologi insurans melalui inovasi teknologi mendalam telah menghasilkan pembezaan yang ketara dalam pasaran global. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi laman sesawang syarikat ini di www.eBaoTech.com dan di laman pengupayaan PaaS di www.InsureMO.com

Source: InsureMO
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Insurance Licensing/marketing agreements Financial Technology