omniture

HFI Bekerjasama Dengan Universiti Terkemuka Filipina Universiti De La Salle untuk Melancarkan Program Pensijilan UX

Human Factors International Pvt Ltd
2013-10-31 01:59 135

SINGAPURA, 31 Oktober 2013 /PRNewswire/ --

Human Factors International (HFI) hari ini telah mengumumkan hubungan kerjasama dengan Pusat Faktor Manusia dan Ergonomik di Universiti De La Salle di bawah Kolej Kejuruteraan Gokongwei (GCOE) untuk menyediakan program pensijilan bersama untuk Kebolehgunaan dan Pengalaman Pengguna (UX).

Perkongsian ini mempunyai matlamat

  • Menyemai standard tertinggi untuk profesionalisme, integriti dan kemampuan dalam bidang Kebolehgunaan dan UX untuk komuniti dan syarikat rekaan secara keseluruhannya di seluruh Filipina.
  • Menyediakan pendidikan sepanjang hayat untuk para profesional dalam bidang penting kecekapan UX.
  • Menaik taraf pengetahuan dan kemahiran para pengamal dan golongan profesional, serta membantu, membawa amalan UX lebih jauh lagi agar menjadi kerjaya yang profesional dan dinamik.
  • Membantu memahami peranan strategik kerjaya ini, membina keyakinan yang diperlukan untuk menghadapi cabaran dan menguasai peluang merentasi sektor.

Dekannya Dr. Rosemary R. Seva berkata, "Kami teruja dengan perkongsian ini untuk membangunkan set kemahiran UX di Filipina. Bangsa Filipina sudah mendapat nama dalam dunia rekaan dan usaha bersama kami adalah untuk membekalkan kemahiran praktikal bagi para pelajar dalam bidang pengalaman pengguna agar dapat berdaya saing dalam kerjaya ini."

HFI menjadi perintis untuk satu-satunya program "Juruanalisis Kebolehgunaan Diperakui (CUA)" seumpamanya yang menumpukan terhadap usaha menyampaikan set kemahiran UI kepada komuniti rekaan dan pembangunan dengan menggunakan kelebihan pengetahuannya yang meluas daripada amalan rundingan. Baru-baru ini HFI melancarkan program pensijilan pengalaman pengguna lanjutan bernama "Juruanalisis Pengalaman Diperakui (CXA)".

Mary Michaels, Pengatur Strategi Pengalaman Pengguna & Pengarah Latihan di HFI berkata, "Saya gembira dengan perkongsian ini. Bersama, kami boleh menyediakan latihan berkualiti tinggi dalam bidang pengalaman pengguna kepada para profesional dalam komuniti rekaan Filipina. Latihan ini akan membolehkan pengamal kebolehgunaan menaik taraf kemahiran dan pengetahuan mereka, dan berada pada kedudukan yang sesuai bagi memimpin organisasi dengan strategik dalam perjalanan mereka untuk menawarkan pengalaman pengguna yang dipertingkatkan."

Ketahui lebih lanjut tentang program Juruanalisis Kebolehgunaan Diperakui (CUA) Ketahui lebih lanjut tentang program Juruanalisis Pengalaman Diperakui (CXA)

Tentang Human Factors International (HFI)

Human Factors International (HFI) ialah syarikat terbesar di dunia yang mengkhusus dalam rekaan pengalaman pengguna. HFI menyediakan suite lancar yang terdiri daripada khidmat nasihat, latihan, pensijilan, kaedah, standard dan peralatan untuk memasukkan amalan rekaan berpusat pengguna. HFI telah bekerjasama dengan lebih separuh syarikat Fortune 500 global. HFI telah melatih lebih 35,000 profesional UX serata dunia sejak ia ditubuhkan.

Ibu pejabat HFI terletak di Fairfield, Iowa, dengan pejabat rantau terletak di serata Amerika Syarikat, Afrika Selatan, Eropah, India, Singapura dan China.

Lawati http://www.humanfactors.com

Tentang Universiti De La Salle (DLSU)

Universiti De La Salle meletakkan dirinya pada kedudukan sebagai peneraju pembentukan modal insan yang berkhidmat demi agama dan negara. Ia merupakan institusi pendidikan bersama Katolik yang ditubuhkan pada tahun 1911 oleh Brothers of the Christian Schools. Universiti itu ialah hab untuk latihan pendidikan tinggi yang dikenali dengan kecemerlangan akademiknya, penyelidikan berkaitan dan prolifik, dan penglibatan dalam perkhidmatan masyarakat.

Terletak di Manila, Universiti De La Salle menempatkan pelajar tempatan dan antarabangsa yang mencari pendidikan berkualiti bagi masa hadapan yang lebih cerah.

Lawati http://www.dlsu.edu.ph

Hubungi

Sharmistha Ksthatriya
+(91)40170400
sharmistha.k@humanfactors.com

Sumber: Human Factors International Pvt Ltd

Source: Human Factors International Pvt Ltd
Keywords: Construction/Building Real Estate New products/services