omniture

Bermuda Bakal Menjadi Pusat Utama bagi Kewangan Islam

Government of Bermuda
2013-10-31 02:10 155

LONDON, 31 Oktober 2013 /PRNewswire/ --

Perdana Menteri Bermuda Craig Cannonier berada di forum Ekonomi Islam Dunia di London, 29-31 Oktober

Kerajaan Bermuda merancang untuk menjadi destinasi Barat yang menerajui untuk kewangan Islam, menambah kepada kedudukannya sebagai peneraju di dunia dalam insurans dan insurans semula.

Yang Berhormat Craig Cannonier, Perdana Menteri Kerajaan Bermuda, akan menghadiri Forum Ekonomi Islam Dunia Ke-9 di London minggu ini, untuk mempromosikan kedudukan Bermuda sebagai hab untuk kewangan yang mematuhi Syariah.

Bermuda telah membina pantas kemampuannya dan prasarana bagi kewangan Islam dan telah mewujudkan perkongsian dengan pusat kewangan di pelbagai negara Islam.

Bermuda telah menandatangani persetujuan percukaian berganda dengan Bahrain dan Qatar.

Perdana Menteri Bermuda, Yang Berhormat Craig Cannonier, berkata: "Kami berada di Forum Ekonomi Islam Dunia untuk meneruskan perbincangan dan melanjutkan lagi perhubungan yang telah dibentuk dua tahun lalu apabila kami mula-mula mengumumkan kami sedang menjadi hab kewangan yang mematuhi Syariah.

"Kami akui yang bukan sahaja dunia di sekeliling kami sedang berubah, malah ekonomi juga sedang berubah sejajar dengannya. Bermuda sudah dikenali ramai sebagai pusat kewangan luar pesisir yang menerajui untuk industri insurans dan insurans semula, dengan perkhidmatan sokongan bertaraf dunia seperti perundangan dan perakaunan, yang membuatkan perlanjutan ke dalam kewangan Islam satu langkah kemajuan logik yang dengannya kami mempunyai kelebihan daya saing global yang menerajui dunia.

Kewangan Islam ialah salah satu daripada sektor kewangan yang paling pesat berkembang dan mempunyai aset perbankan Islam global bernilai kira-kira $1.2 trilion pada penghujung tahun 2012.

Nota kepada editor

Tentang Bermuda

Kepulauan Bermuda ("Bermuda") ialah Wilayah Luar Negara Britain (BOT) yang mentadbir diri sendiri, terletak di Laut Atlantik Utara di luar pesisiran pantai timur Amerika Syarikat. Bermuda mempunyai populasi seramai kira-kira 65,000 orang dan mempunyai pendapatan per kapita keempat tertinggi di dunia. Ibu negaranya ialah Hamilton.

Kuasa pemerintahan dipegang oleh Ratu England dan dilaksanakan bagi pihak Baginda oleh Gabenor Bermuda. United Kingdom mengawal hal-ehwal asing wilayah itu dan satu kerajaan yang diundi, yang dimodelkan berdasarkan sistem parlimen dwidewan, mentadbir kepentingan dalaman wilayah itu. Kerajaan Bermuda dipimpin oleh Pejabat Perdana Menteri dan kabinet yang dilantik oleh Gabenor menurut saranan Perdana Menteri. Yang Berhormat Craig Cannonier ialah Perdana Menteri Bermuda dan telah dilantik untuk memegang jawatan itu pada tahun 2012.

Ekonomi Bermuda berpusatkan perniagaan antarabangsa dan peruntukan perkhidmatan kewangan untuk sektor itu. Ia merupakan pusat tumpuan dunia bagi industri insurans dan insurans semula kerana peraturan perniagaan unik wilayah itu serta kadar percukaian yang lebih rendah. Wilayah itu mengekalkan kepentingan kukuh dalam ketelusan dan kerjasama proaktif dalam perkara berkaitan percukaian antarabangsa, memegang Persetujuan Pertukaran Maklumat Cukai dua hala dengan 90% daripada ahli G20; 76% daripada OECD dan 52% daripada negara ahli EU.

Bermuda menempatkan kira-kira 100,000 pekerjaan di UK, lebih daripada ekonomi Jepun.

Pada bulan September 2013, Bermuda menyertai Konvensyen Pelbagai Hala OECD tentang Bantuan Bersama dalam Hal Ehwal Percukaian untuk membantu kerjasama antara kawasan bidang kuasa dalam penilaian dan pengutipan cukai, terutamanya untuk menangani pengelakan daripada membayar cukai. Bermuda sudah lama dikenali sebagai standard emas untuk pusat kewangan luar pesisir daripada segi pematuhan dan ketelusan.

Tentang Forum Ekonomi Islam Dunia

Forum Ekonomi Islam Dunia Ke-9 (WIEF) akan diadakan di Excel London pada 29-31 Oktober 2013, dengan bertemakan "Dunia Yang Berubah, Perhubungan yang Baharu" untuk merangkumi kemunculan hubung kait ekonomi baharu antara negara merentasi sempadan, agama dan budaya dalam dunia yang pantas berubah. Pada tahun ini, WIEF akan menyediakan platform peringkat tinggi untuk pemimpin kerajaan global yang menerajui, pemimpin industri, sarjana akademik, pakar rantau, golongan profesional, pengurus korporat, pembuat polisi, penginovasi, pemimpin perniagaan dan pelabur untuk membincangkan peluang bagi perkongsian perniagaan dalam dunia Islam.

Forum ini dianjurkan oleh Yayasan Forum Ekonomi Islam Dunia.  http://www.9thwief.org/Home.aspx

Sumber: Kerajaan Bermuda

Source: Government of Bermuda
Keywords: Banking/Financial Service