Pengguna akan mendapat manfaat daripada kemudahan rangkaian penerimaan pembayaran terkemuka Mastercard untuk dibelanjakan di seluruh dunia dan memperoleh ganjaran kesetiaan daripada ekosistem Maps.me.
LONDON dan ZUG, Switzerland, 6 September 2022 /PRNewswire/ -- Maps.me bersama-sama Monavate, hari ini mengumumkan tawaran kad prabayar baharu yang dikuasakan oleh Mastercard. Pengguna hari ini berada dalam persekitaran digital, tanpa sempadan dan terbukti semakin terbuka untuk menggunakan produk kewangan yang disepadukan dengan aplikasi yang mereka guna dan percayai pada setiap hari. Dengan senarai menunggu berjumlah lebih 1 juta pengguna untuk dompet digital Maps.me, ini bermakna kesemua 60 juta pengguna Maps.me boleh membuat pembayaran di mana-mana sahaja lokasi Mastercard diterima.
"Perkembangan produk ini bermakna pengguna Maps.me akan dapat menikmati pulangan tunai, diskaun dan ganjaran lain apabila melakukan perjalanan, ke mana-mana sahaja Mastercard diterima," kata Pengasas Bersama Maps.me, Alex Grebnev. "Dengan menyepadukan pembayaran dengan lancar ke dalam aplikasi yang telah diketahui dan digemari oleh para pengguna, Maps.me membawa manfaat kewangan tertanam kepada berjuta-juta penggunanya dalam bentuk kos yang lebih rendah dan kemudahan yang lebih pelbagai. Dan dengan lebih satu juta orang telah berada dalam senarai menunggu, permintaan untuk kemudahan adalah jelas."
Sebagai tambahan kepada kad prabayar Mastercard, pengguna iPhone dengan dompet Maps.me berdaftar akan dapat membayar barangan dan perkhidmatan di seluruh dunia melalui Apple Pay. Fungsi Apple Pay telah tersedia pada versi iOS Maps.me pada bulan lalu, dengan kod pengaktifan telah dihantar kepada para pengguna yang membuat permohonan secara dalam aplikasi.
Setelah dikenali sebagai satu aplikasi pemetaan luar talian yang terkemuka di dunia, Maps.me mempunyai lebih 60 juta pengguna aktif tahunan dan telah dimuat turun sebanyak 140 juta kali sepanjang sembilan tahun yang lalu. Kira-kira separuh daripada pengguna Maps.me yang menjawab tinjauan menyatakan bahawa mereka ingin mengakses keupayaan kewangan melalui aplikasi tersebut.
Maps.me merupakan sebahagian daripada ekosistem Oxygen.org, sistem kewangan dipacu pengguna yang membolehkan orang ramai dan institusi melakukan transaksi secara langsung antara satu sama lain dan bukannya melalui institusi kewangan yang besar. Selain digunakan sebagai instrumen pembayaran, Dompet Maps.me juga akan membolehkan pengguna memperoleh pulangan sehingga 8% serta memindahkan wang dengan serta-merta kepada rakan dan keluarga di seluruh dunia.
"Para pengguna natif digital hari ini menjangkakan penyelesaian pembayaran akan dapat dilakukan sepantas dan setangkas yang mungkin dan kami berbesar hati untuk membantu membuka peluang kepada berjuta-juta pengguna Maps.me untuk mendapatkan kad prabayar Mastercard" kata Ketua Pegawai Komersial Monavate, Scott Lucas. "Kerjasama Maps.me ini merupakan satu usaha yang sama yang disokong oleh Monavate untuk pakar aset digital, Baanx dan Mastercard pada awal tahun ini dan menunjukkan trend penyepaduan perkhidmatan kewangan digital yang semakin meningkat."
Tentang Maps.me
Maps.me ialah aplikasi pemetaan luar talian terkemuka di dunia untuk pelancong yang mempunyai 60 juta pengguna aktif tahunan yang merancang dan menavigasi perjalanan ke seluruh dunia dengan aplikasi tersebut. Maps.me telah menyepadukan perkhidmatan kewangan termasuk pembayaran, pertukaran mata wang asing dan penjanaan pendapatan pasif, menjadi sebahagian daripada platform kewangan tidak berpusat (DeFi) generasi baharu yang menggunakan kontrak pintar untuk membolehkan pengguna melakukan transaksi secara langsung antara satu sama lain, berbanding melalui institusi kewangan. Melalui Maps.me, pengguna juga boleh menikmati pelbagai ganjaran yang menarik termasuk kesalinghubungan eSIM, peluang mendapat pulangan tunai dan diskaun.
Pautan laman web:
Maps.me: https://maps.me/
Monavate: https://www.monavate.com/
Mastercard: https://www.mastercard.com
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1891280/MAPS_ME_Logo.jpg?p=medium600