omniture

FONDAZIONE PRADA MEMPERSEMBAHKAN "Human Brains: Preserving the Brain - Forum on Neurodegenerative Diseases"

Fondazione Prada
2022-09-06 21:00 205

MILAN, 6 September 2022 /PRNewswire/ -- Wacana "HUMAN BRAINS" ialah hasil daripada proses penyelidikan mendalam yang dijalankan oleh Fondazione Prada pada tahun 2018 dalam bidang neurosains. Projek ini menampilkan persidangan dalam talian yang mengkhusus tentang kajian kesedaran, satu siri video ceramah daripada para saintis antarabangsa, ahli falsafah dan penyelidik serta pameran tentang sejarah kajian otak yang kini sedang diadakan di Venice sehingga 27 November 2022.

“Human Brains: Preserving the Brain - Forum on Neurodegenerative Diseases”. Fondazione Prada, Milan. Credits 2x4, NY
“Human Brains: Preserving the Brain - Forum on Neurodegenerative Diseases”. Fondazione Prada, Milan. Credits 2x4, NY


Fasa keempat wacana "Otak Manusia" yang bertajuk "Memelihara Otak – Forum tentang Penyakit Neurodegeneratif" ini akan merangkumi pameran (16 September – 10 Oktober 2022) dan persidangan (6 dan 7 Oktober 2022) di premis Fondazione Prada, Milan.

Wacana "Memelihara Otak" bermatlamat untuk merangsang pertukaran maklumat secara terbuka dan kritikal antara para saintis dan pakar penyakit neurodegeneratif di peringkat antarabangsa seperti penyakit Alzheimer, Parkinson, Sklerosis Lateral Amiotrofik dan Sklerosis Berbilang yang merebak secara meluas namun masih belum dapat diubati.

Seperti yang dinyatakan oleh Miuccia Prada, Presiden Fondazione Prada, "Bagi kami, fasa projek ini amat penting kerana ia memberikan pemahaman yang lebih mendalam tentang impak penyelidikan saintifik ke atas kehidupan seharian kita dan secara khususnya tentang penemuan penawar dan rawatan yang berpotensi. Wacana 'Memelihara Otak' juga menunjukkan betapa pentingnya kerjasama dan perkongsian pengetahuan dalam kalangan komuniti saintifik. Forum antarabangsa yang pertama ini mungkin berulang dan membolehkan organisasi yang mempunyai perkaitan dengan kami untuk berkomunikasi dengan khalayak yang lebih luas sebagaimana yang mereka inginkan dan Fondazione Prada akan memberi sumbangan yang besar kepada penyelidikan neurosaintifik."

Detik penting bagi wacana "Memelihara Otak" ini ialah persidangan saintifik yang akan diadakan pada 6 dan 7 Oktober 2022 di Pawagam Fondazione Prada di Milan. Penceramah akan meneroka subjek penyakit neurodegeneratif daripada pelbagai perspektif yang berbeza seperti implikasi genetik dan mekanisme molekul, ujian klinikal serta rawatan ubat-ubatan yang berpotensi. Persidangan ini ditujukan kepada para penyelidik dan universiti yang terlibat dalam projek tersebut serta wakil institusi terkemuka dalam sektor kesihatan. Sesi ini akan turut distrim dan boleh ditonton oleh semua khalayak pada platform dalam talian: humanbrains.fondazioneprada.org.

Pameran akan diadakan dari 16 September hingga 10 Oktober 2022 di Podium, ruang di tengah-tengah lokasi Fondazione Prada, Milan. Reka bentuk pameran yang direka oleh studio 2x4, New York, akan dibahagikan kepada beberapa seksyen berbeza yang diselia oleh pusat penyelidikan dengan sebuah ruang tengah umum yang akan menggalakkan dialog dan pertukaran pengetahuan antara tiga belas buah institusi. Setiap seksyen akan mengkaji proses penyelidikan yang khusus tentang penyakit neurodegeneratif melalui pembentangan video, objek dan instrumen berteknologi, dokumen saintifik dan bahan visual.

Sepanjang pembukaan pameran ini, 13 buah institusi yang mengambil bahagian dalam projek tersebut akan menyampaikan satu siri bengkel dalam talian yang akan tersedia kepada orang ramai di humanbrains.fondazioneprada.org. Setiap pertemuan akan mendayakan penilaian aspek secara khusus dalam mencari rawatan baharu untuk penyakit neurodegeneratif.

Wacana "Memelihara Otak" direalisasikan melalui kerjasama dengan tiga belas buah institusi dan universiti neurosains antarabangsa yang paling berprestij : Sekolah Perubatan Harvard, Hospital Wanita dan Brigham, Pusat Penyakit Neurologi Ann Romney, Boston, Amerika Syarikat; Hôpital de la Pitié-Salpêtrière, Universiti AP-HP Sorbonne, Jabatan Neurologi dan Institut Otak Paris, Paris, Perancis; UniSR – Università Vita-Salute San Raffaele, Milan, Itali, Jabatan Neurologi, Universiti Hospital Juntendo, Tokyo, Jepun; Institut Karolinska, Stockholm, Sweden; Pusat Penyakit Neurodegeneratif Jerman (DZNE) Persatuan Helmholtz, Bonn, Jerman; Institut Nerobiologi Max Planck, Munich, Jerman; Institut Penyelidikan dan Pengajaran McGill, Institut-Hospital Neurologi Montreal, Kanada; Jabatan Neurologi, Hospital Besar Universiti Perubatan Tianjin, Tianjin, China; Institut Neurosains Weill UCSF, Universiti California, San Francisco, Amerika Syarikat; Universiti College London, United Kingdom; Institut Sains Weizmann, Revohot, Israel; Sekolah Perubatan Yale, New Haven, Amerika Syarikat.

Hubungan Media:
FONDAZIONE PRADA – PEJABAT AKHBAR
PRESS@FONDAZIONEPRADA.ORG
+39 02 56 66 26 34

Foto: https://mma.prnasia.com/media2/1885561/Fondazione_Prada_Human_Brains.jpg?p=medium600
Logo: https://mma.prnasia.com/media2/1631439/Fondazione_Prada_Logo.jpg?p=medium600

 

     

Source: Fondazione Prada
Keywords: Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Trade show news Future Events