omniture

Rohit Sharma Dilantik Sebagai Naib Presiden Kanan Kemahiran Kerja Global

ETS
2022-09-06 23:00 214

PRINCETON, New Jersey, 6 September 2022 /PRNewswire/ -- Hari ini, Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif ETS, Amit Sevak mengumumkan bahawa Rohit Sharma akan menyertai ETS sebagai Naib Presiden Kanan Kemahiran Kerja Global. Dalam jawatan baharunya ini, Sharma akan membantu ETS meningkatkan tawarannya bagi peningkatan kemahiran dan pembangunan kemahiran kerja untuk para profesional yang mahukan kemajuan dan mobiliti kerjaya. Beliau akan menyelia semua aspek bahagian baharu ini, daripada jualan dan pemasaran hingga produk dan operasi, dengan penekanan terhadap matlamat, pertumbuhan, keuntungan dan pulangan pelaburan jangka panjang.

"Rohit mempunyai pemahaman yang mendalam bahawa pendidikan diperlukan sepanjang hidup seseorang yang berterusan walaupun selepas tamat sekolah tinggi, kolej atau ijazah lanjutan," kata Sevak. "Kami amat bernasib baik untuk memanfaatkan kepemimpinan dan kepakaran beliau pada masa yang penting ini ketika ETS berusaha untuk menyediakan penyelesaian yang penting bagi membantu perniagaan merapatkan jurang antara kekosongan kerja dan mencari pekerja dengan set kemahiran tempat kerja yang betul."

Sharma sebelum ini berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Operasi ThriveDX (dahulunya HackerU), peneraju dalam latihan kemahiran digital. Beliau bertanggungjawab untuk memacu reka bentuk dan pembangunan produk, penyampaian operasi serta hasil pembelajaran.

"Masa depan tenaga kerja, syarikat dan industri kami bergantung kepada keupayaan kami untuk mengekalkan kemahiran pekerja yang jelas supaya kami dapat bersaing dengan lebih baik, memacu pertumbuhan dan menggalakkan inovasi," kata Sharma. "Saya berharap dapat membantu ETS menjadi peneraju dalam meningkatkan set kemahiran pekerja profesional supaya mereka dan syarikat tempat mereka bekerja dapat berkembang dan mencapai potensi mereka sepenuhnya."

Sharma mempunyai pengalaman antarabangsa selama lebih dua dekad dalam pelbagai sektor termasuk pendidikan tinggi, latihan, pensijilan dan pembangunan tenaga kerja. Pengalaman profesional beliau sebelum ini termasuklah berkhidmat sebagai Presiden merangkap Pengarah Urusan ACAM (sebelum ini merupakan anak syarikat milikan penuh Adtalem Global Education) serta Ketua Pegawai Eksekutif INTI Education Group. Pada awal kerjayanya, beliau turut berkhidmat sebagai perunding pengurusan dengan Boston Consulting Group.

Sharma mempunyai ijazah sarjana muda dalam Kejuruteraan dari IIT Kanpur di India dan Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari Sekolah Perniagaan Darden Universiti Virginia.

Tentang ETS
Di ETS, kami memajukan kualiti dan kesaksamaan dalam pendidikan untuk orang ramai di seluruh dunia dengan mencipta penilaian berdasarkan penyelidikan yang teliti. ETS memberi perkhidmatan kepada individu, institusi pendidikan dan agensi kerajaan dengan menyediakan penyelesaian tersuai untuk pensijilan guru, pembelajaran bahasa Inggeris serta pendidikan rendah, menengah dan pasca menengah dengan menjalankan penyelidikan pendidikan, analisis dan kajian dasar. Ditubuhkan sebagai sebuah organisasi bukan berasaskan keuntungan pada tahun 1947, ETS membangun, mentadbir dan menyemak lebih 50 juta ujian setiap tahun — termasuk ujian TOEFL® dan TOEIC®, ujian GRE® penilaian Praxis Series® — di lebih 180 buah negara dengan lebih 9,000 buah lokasi di seluruh dunia. www.ets.org


Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1891130/ETS_Logo_navy_gold_300___Copy_Logo.jpg?p=medium600

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1891168/Rohit_Sharma_ID_974942ea2088.jpg?p=medium600 

Source: ETS
Keywords: Education Workforce Management/Human Resources Not for profit Personnel announcements