omniture

Model Baharu GWM POER Diperkenalkan Julung Kali di Pameran Motor Chengdu 2022

GWM
2022-09-07 05:33 256

BAODING, China, 7 September 2022 /PRNewswire/ -- Pada 26 Ogos, pikap serba baharu Shanhai POER (untuk Pasaran Cina), dibangunkan oleh GWM POER, diperkenalkan buat julung kalinya di Pameran Motor Chengdu 2022, menarik perhatian ramai.

Model Baharu GWM POER Diperkenalkan Julung Kali di Pameran Motor Chengdu 2022
Model Baharu GWM POER Diperkenalkan Julung Kali di Pameran Motor Chengdu 2022

"Model (Shanhai POER) ini merapatkan jurang jenama-jenama Cina dalam pasaran pikap bersaiz besar dan berprestasi tinggi dan membolehkan dunia mengenali daya kreativiti jenama-jenama Cina dalam bidang pikap," ulas PCAUTO, media automotif Cina yang terkemuka.

Kenderaan ini direka bentuk dengan banyak perincian tahan lasak. Reka bentuk depan menerima pakai jeriji luas yang mengandungi beberapa trim krom mendatar. Bamper depan yang teguh dan reka bentuk garis badan yang mantap mewujudkan daya impulsif yang kuat, seterusnya menjadikan kenderaan ini kelihatan amat hebat.

Kotak belakang model baharu ini menerima pakai susun atur ruang tiga pintu dan sekatan kotak belakang boleh dilaraskan dan disingkirkan sekiranya perlu. Ia juga mempunyai beberapa penambat yang dikhaskan, meninggalkan lebih banyak kemungkinan kepada pengguna untuk mengubah suainya mengikut keperluan yang berbeza. Khususnya, kedua-dua pilihan pintu belakang terbuka sebelah-ke-sebelah atau rata dapat memberi kemudahan dalam pelbagai keadaan.

Dari segi prestasi kuasa, model yang dipamerkan ini dilengkapi dengan enjin 3.0T V6 berprestasi tinggi, sepadan dengan kotak gear 9AT. Ia dipasang dengan sistem pacuan-empat-roda BorgWarner 4A+LOCK yang dapat meningkatkan lagi prestasi luar-jalan.

"Shanhai POER (untuk Pasaran Cina) telah menjadikan susun atur produk GWM POER lebih diperhalusi, yang akan dapat memenuhi kehendak pengguna yang lebih pelbagai," ulas Autohome, laman sesawang automotif yang terkenal di China.

Di acara tersebut, GWM POER turut mempamerkan beberapa model khas kepada khalayak termasuk Jingang POER Edisi Petani Baharu (untuk Pasaran Cina) dan Huodan (untuk Pasaran Cina).

GWM POER telah dijual dalam lebih daripada 50 negara seluruh dunia dan memenangi anugerah-anugerah tersohor dalam banyak pasaran. Hanya sebulan setelah pelancarannya di Chile, GWM POER memenangi "Pikap Terbaik Tahunan" yang dianugerahkan oleh MT Online, media automotif profesional tempatan.

GWM POER mementingkan kehendak pengguna dan mengintegrasikan gaya hidup senario penuh yang diperakui oleh jenama ini dengan budaya tempatan. Jenama ini telah menaja banyak acara sukan terkenal di serata dunia seperti IRONMAN di Australia, One-Mile Beach Running di Afrika Selatan dan OXFORD Cycling di Chile.

Data jualan yang dikeluarkan oleh syarikat ini dalam bulan Julai menunjukkan bahawa jualan global kumulatif GWM POER dari bulan Januari hingga Jun pada tahun ini berkembang sebanyak 14% berbanding tahun lalu.

"GWM POER telah menyambut era 2.0 jenama ini dan memulakan penaiktarafan yang menyeluruh. Susun atur produk global kami akan mencapai barisan penuh dan liputan senario penuh tidak lama lagi," kata Haobao Zhang, Ketua Pegawai Eksekutif GWM PICKUP.

Syarikat ini merancang untuk melancarkan dua model serba baharu, edisi luar-jalan POER dan Jingang POER (untuk Pasaran Cina) kepada pasaran global menjelang penghujung tahun ini. Shanhai POER (untuk Pasaran Cina) juga akan dipromosikan dalam pelbagai pasaran.

 

Source: GWM
Related Stocks:
HongKong:2333 OTC:GWLLY Shanghai:601633
Keywords: Auto Banking/Financial Service Internet Technology Publishing/Information Service Retail Telecommunications Transportation New products/services Trade show news