- Pilihan tambahan yang menyeronokkan bagi mereka yang ingin bercuti
BEIJING, 31 Oktober 2013 /PRNewswire/ -- Pada malam gala yang diadakan pada 29 Oktober di Hotel Kempinski di Beijing, Air China dan Pihak Berkuasa Pelancongan Hawaii mengumumkan yang perkhidmatan penerbangan tanpa henti Beijing-Hawaii Air China akan bermula pada 21 Januari 2014. Perkhidmatan baharu ini akan menjadikan Air China syarikat penerbangan pertama yang mengendalikan perjalanan tanpa henti antara Beijing dan Hawaii, dan menjadikan Hawaii destinasi Amerika Utara ke-6 bagi syarikat penerbangan itu selain New York, Los Angeles, San Francisco, Houston dan Vancouver. Laluan baharu ini akan mengukuhkan lagi kedudukan strategik hab Air China di Beijing, menguatkan rangkaian global syarikat penerbangan itu dan menawarkan pilihan percutian tambahan yang menyeronokkan kepada mereka yang ingin bercuti di Hawaii.
(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20080625/CNW017LOGO )
Turut hadir di gala itu ialah Naib Pengarah Urusan Pemasaran Air China Jin Yingjie, Naib Pengarah Urusan Pemasaran & Pusat Jualan China Utara Air China Zhang Renning, Pegawai Komersil Kedutaan A.S. di China Yasue Pai, pempamer dari Hawaii, agensi percutian ke luar negara di Beijing dan wakil pihak media. Penari dari Hawaii menghiburkan para tetamu dengan tarian Hula yang sudah dikenali ramai, menunjukkan budaya yang hanya boleh didapati di Hawaii.
Hawaii, yang dikenali sebagai "syurga dunia," ialah satu-satunya negeri A.S. yang terdiri daripada kepulauan sahaja. Terletak di tengah Lautan Pasifik, Hawaii mempunyai banyak pemandangan yang berbagai-bagai. Waikiki dihebahkan sebagai salah satu pantai paling indah di dunia. Gunung berapi purba juga sedia mengagumkan para tetamu.
Sebagai tempat kelahiran sukan luncur air moden, Hawaii menawarkan pelbagai kemudahan untuk aktiviti luar seperti belayar, menyelam skuba dan golf. Para pelancong seluruh dunia tidak akan mahu ketinggalan untuk melawat pusat membeli-belah terbuka DFS terbesar di A.S. dan juga Ibu Pejabat Armada Pasifik A.S. di Pearl Harbor.
Dalam beberapa tahun sebelum ini, permintaan pasaran China untuk melancong ke Hawaii telah meningkat pantas. Statistik menunjukkan pada tahun 2012 bilangan pelancong Cina meningkat 64% berbanding tahun sebelumnya, dan kebanyakan pelancong datang dari Shanghai dan Beijing, lebih 80% daripada jumlah keseluruhan. Bagi memenuhi permintaan pasaran, Air China akan membuat penerbangan sulung Beijing-Hawaii pada 21 Januari 2014. Penerbangan itu, CA837/8, akan dilakukan dengan pesawat badan lebar A330 tiga kali seminggu pada hari Selasa, Jumaat dan Ahad. Penerbangan keluar China akan bertolak dari Beijing pada 1:30 waktu Beijing, dan tiba di Hawaii pada 18:25 waktu tempatan satu hari lebih awal. Penerbangan pulang bertolak dari Hawaii pada 21:55 waktu tempatan dan tiba di Beijing pada jam 5:20 hari yang ketiga.
Laluan baharu ini bakal memenuhi permintaan yang semakin meningkat untuk perkhidmatan penerbangan bagi pelancong Cina ke Hawaii, dan mengelakkan pelancong yang tinggal di kawasan sekitar Beijing daripada terpaksa membuat penerbangan sambungan di Shanghai, dan menawarkan pilihan penerbangan sambungan tambahan kepada pelancong dari Eropah dan Timur Tengah yang ingin ke Hawaii. Selain perkhidmatan penerbangan tanpa henti Beijing-Hawaii ini, perkhidmatan antarabangsa baharu lain yang akan diperkenalkan oleh Air China tidak lama lagi termasuklah Beijing - Chiang Mai dan Beijing - Siem Reap. Perkhidmatan baharu ini akan memudahkan penumpang di China dan negara berhampiran untuk pergi ke negara lain melalui Beijing.