omniture

Rohde & Schwarz Capai Nilai Dua Bilion Euro bagi Pesanan Masuk

Rohde & Schwarz
2013-10-31 09:00 164

MUNICH, 31 Oktober 2013 /PRNewswire/ -- Rohde & Schwarz boleh melihat kembali kepada kejayaan hebatnya bagi tahun fiskal (Julai hingga Jun) 2012/2013. Pesanan masuk melepasi nilai dua bilion euro buat kali pertama dalam sejarah syarikat bagi tempoh 80 tahun. Syarikat tersebut mempamerkan peningkatan bagi kedudukannya di Eropah dan mencapai keuntungan yang ketara di Asia dan Amerika Syarikat. Keempat-empat bidang perniagaan Rohde & Schwarz telah menyumbang kepada keputusan kejayaan ini.

Pesanan masuk pada tahun fiskal lepas (Julai 2012 hingga Jun 2013) meningkat sebanyak 8.7 peratus melebihi tahun fiskal sebelumnya sehingga mencapai nilai EUR 2.04 bilion. Pendapatannya turut mencecah EUR 1.9 bilion yang menunjukkan peningkatan sebanyak 4.8 peratus. Pada penghujung tahun fiskal, syarikat tersebut mempunyai 9,300 orang pekerja, berbanding dengan 8,700 orang pada tahun sebelumnya.

Kejayaan Rohde & Schwarz adalah berdasarkan empat teras strategik utama: ujian dan pengukuran (T&M), penyiaran, komunikasi yang selamat, pemantauan radio dan pengesanan radio. T&M komunikasi tanpa wayar sekali lagi merupakan penyumbang terbesar terhadap kejayaan prestasi syarikat, yang disebabkan pertumbuhan kukuh yang berterusan bagi pasaran telefon pintar, termasuklah peranti LTE. Keseluruhan pasaran bagi peranti pintar yang terhubung, termasuk PC dan tablet serta telefon pintar, terus menunjukkan prestasi cemerlang. Ini menyebabkan tempahan pesanan yang penuh dan penggunaan kapasiti pengeluaran tahap tertinggi dalam sejarah syarikat.

Bersama-sama dengan syarikat subsidiarinya ipoque dan SwissQual, Rohde & Schwarz menawarkan penyelesaian T&M bagi keseluruhan kitaran rangkaian komunikasi tanpa wayar daripada sumber yang tunggal. Manfred Fleischmann, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Rohde & Schwarz menyatakan: "Pengendali rangkaian beroleh manfaat daripada penyelesaian T&M yang diselaraskan dan mempunyai satu titik hubungan sahaja. Ini tidak dapat ditandingi di pasaran, dan membolehkan kami untuk mencapai pertumbuhan yang lebih kukuh dalam segmen ini berbanding para pesaing kami."

Rohde & Schwarz turut menunjukkan prestasi yang baik dalam bidang perniagaan penyiaran. Walaupun pasaran pemancar digital hampir tepu di banyak negara, syarikat tersebut mampu meluaskan kedudukannya sebagai peneraju dalam pasaran penyiaran televisyen daratan dengan pilihan pemancar baharu. Melalui syarikat subsidiari Rohde & Schwarz DVS, Rohde & Schwarz juga menawarkan produk untuk segmen studio dan telah menambah headend audio/video pada portfolionya. Hasilnya, Rohde & Schwarz semakin berkembang menjadi pembekal penyelesaian bagi keseluruhan rangkaian nilai penyiaran seperti pascapenerbitan di studio hinggalah penghantaran isyarat penyiaran.

Bidang pengesanan radio dan pemantauan radio serta komunikasi yang selamat menunjukkan perolehan yang amat kukuh dalam pesanan masuk berbanding dengan tahun fiskal sebelumnya. Bagi segmen kawalan trafik udara, Rohde & Schwarz berjaya memenangi projek rujukan penting yang strategik. Syarikat tersebut telah dipilih sebagai pembekal tunggal radio HF dan sistem komunikasi suara bagi perkhidmatan kawalan trafik udara di Iceland dan Ireland. Di samping itu, Rohde & Schwarz turut melancarkan generasi baharu radio tentuan perisian pada akhir tahun 2012. SDTR R&S turut disasarkan untuk menangani keperluan pasaran komunikasi yang taktikal.

Manfred Fleischmann yakin dengan perspektif bagi tahun fiskal 2013/2014: "Kami telah membina syarikat ini berdasarkan pandangan jangka panjang. Kejayaan syarikat ini bergantung kepada asasnya yang sangat kukuh."

Hubungi: Monika Roth, Telefon: +49-89-4129-12232, E-mel: press@rohde-schwarz.com

SUMBER  Rohde & Schwarz

Source: Rohde & Schwarz
Keywords: Banking/Financial Service Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Sales reports