omniture

MTN Group bekerjasama dengan Dooka untuk merevolusikan perolehan korporat di Afrika

Dooka
2022-09-07 14:00 132

JOHANNESBURG, 7 September 2022 /PRNewswire/ -- MTN Group, syarikat pengendali rangkaian terbesar di Afrika, telah menandatangani satu perjanjian perkongsian dengan Dooka, sebuah pasaran Perniagaan ke Perniagaan (B2B) Afrika yang baharu.

Dooka set to transform African procurements
Dooka set to transform African procurements

Kerjasama ini mewakili satu anjakan paradigma dalam perolehan korporat dengan memudahkan pembelian pasaran pengguna kepada syarikat-syarikat di seluruh Afrika. Inovasi ini akan membawa kepada akses yang saksama, ketelusan digital dan kecekapan yang lebih baik kepada para pembekal MTN.

"Hubungan baharu kami dengan Dooka adalah amat mengujakan serta membawa kecekapan ke setiap peringkat rantaian bekalan. Ia bertujuan untuk mengubah cara perniagaan beroperasi di seluruh Afrika. Saya amat berbangga kerana MTN merupakan rakan kongsi utama dengan sebuah organisasi yang sememangnya dari Afrika serta penyelesaian yang dibina khusus untuk Afrika," kata Dirk Karl, Eksekutif merangkap Ketua Pegawai Perolehan MTN Group.

Pasaran B2B Dooka membuka banyak peluang kepada pembekal tempatan yang sebelum ini telah terhalang daripada membekal kepada perniagaan yang lebih besar disebabkan oleh cabaran sambungan digital dan halangan kemasukan yang tinggi. Pasaran ini memberikan mereka akses yang lebih mudah untuk menjual lebih banyak barangan serta perkhidmatan kepada MTN dan syarikat multinasional terkemuka yang lain di Afrika.

"Ini merupakan satu peluang untuk merevolusikan rantaian bekalan," kata Toby Sparrow, Ketua Pegawai Eksekutif Dooka. "Bersama-sama dengan MTN, kami boleh menunjukkan kepada dunia bahawa kaedah yang tepat akan membolehkan syarikat-syarikat mewujudkan pekerjaan, pembangunan dan pertumbuhan melalui strategi perolehan yang baik. Dooka mewakili cara baharu untuk menghubungkan pembeli dan penjual dalam setiap industri. Kami menyamaratakan keadaan semasa pasaran agar perniagaan besar dan kecil di seluruh Afrika boleh berurus niaga semudah membeli-belah di rumah dan menggunakan teknologi digital terkini."

Tentang MTN Group 

Dilancarkan pada tahun 1994, MTN Group merupakan pengendali pasaran baharu muncul yang terkemuka dengan visi yang jelas untuk memimpin penyampaian dunia digital baharu yang kukuh kepada para pelanggan kami. Kami diilhamkan oleh kepercayaan kami bahawa semua orang berhak mendapat manfaat daripada kehidupan moden yang terhubung. MTN Group disenaraikan pada Bursa Sekuriti JSE di Afrika Selatan di bawah kod saham 'MTN'. Strategi kami ialah Matlamat 2025: Menerajui penyelesaian digital untuk kemajuan Afrika.

Ikuti kami: 
www.twitter.com/MTNGroup
www.linkedin.com/company/mtn

Tentang Dooka 

Dooka ialah sebuah perniagaan kebanggaan Afrika yang dibina dan disokong oleh Tradeshift, iaitu platform perdagangan perniagaan berasaskan awan. Ia mengubah cara para pembeli dan penjual dalam pasaran B2B berhubung, berurus niaga dan berdagang di seluruh rangkaian tunggalnya yang terbuka. Organisasi terbesar di dunia dan para pembekalnya menjalankan perniagaan di Tradeshift, menjadikannya sebuah platform pilihan untuk perolehan digital.

Dengan lebih 1.5 juta sambungan pengguna ke platformnya serta melibatkan lebih USD1 trilion dalam urus niaga B2B yang diproses sejak penubuhannya, Tradeshift merupakan rangkaian perdagangan yang paling dinamik seumpamanya. Dooka telah menerima pembiayaan daripada Nicky dan Jonathan Oppenheimer yang merupakan sebahagian daripada komitmen mereka untuk memberikan sumbangan yang sebenar, berterusan dan berkekalan kepada Afrika serta ke tempat lain.

www.Dooka.com

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1892462/Dooka.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1892461/Dooka_Logo.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1892463/MTN_Group_Logo.jpg?p=medium600

 

Source: Dooka
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Electronic Commerce Retail Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Contracts Joint ventures