PHNOM PENH, Kemboja, 31 Oktober 2013 /PRNewswire/ -- Herbalife Ltd. (NYSE:HLF), sebuah syarikat pemakanan global, dengan sukacitanya mengumumkan operasinya di Kemboja yang berkuatkuasa mulai 1hb November 2013. Pusat pengedaran bagi pengambilan dan pemesanan produk oleh para pengedar bebas akan dibuka di ibu kota Phnom Penh.
Dengan jumlah penduduk sebanyak kira-kira15.2 juta, Kemboja mewakili penembusan lanjut di rantau Asia Pasifik bagi syarikat tersebut,yang diketuai oleh Naib Presiden Kanan dan Pengarah Urusannya, William M. Rahn.
"Herbalife amat berbesar hati untuk melancarkan perniagaan kami di Kemboja dan memperkenalkan pemakanan dan kesihatan yang baik kepada para pengguna di Kemboja. Herbalife terdapat di 14 negara di Asia Pasifik dan lebih 85 negara di seluruh dunia. Tumpuan kami adalah untuk memberikan pemakanan yang baik melalui produk kami, bimbingan peribadi dan persekitaran sosial yang memberi inspirasi kepada pelanggan kami untuk makan dengan cara yang lebih baik, bersosial antara satu sama lain, mengekalkan berat badan yang ideal serta mengikuti gaya hidup sihat dan aktif. Kami amat berterima kasih kepada Kerajaan Kemboja atas sokongan yang diberikan dan kami tidak sabar-sabar untuk menyediakan pemakanan yang sihat kepada rakyat Kemboja," kata Rahn.
Negara ini merupakan pasaran ke-15 bagi syarikat di rantau Asia Pasifik, dan negara ke-89 secara keseluruhannya. Diketuai oleh Dr. Thang Nguyen, Pengarah/Pengurus Besar, Vietnam dan Kemboja, pengurus besar negara itu ialah Thang Bui yang menyertai Herbalife Kemboja setelah berkhidmat selama 4 tahun sebagai Pengurus Jualan Kebangsaan bersama Herbalife Vietnam.
Produk pemakanan yang boleh didapati pada majlis pelancarannya, termasuklah produk utama syarikat ini yang dikenali sebagai Formula 1 Nutritional Healthy Meal Shake Mix yang boleh didapati dalam tiga perisa, Personalized Protein Powder dan Herbal Tea Concentrate dengan rasa asli. Syarikat tersebut merancang untuk mengembangkan barisan produknya, termasuk juga produk penjagaan diri pada masa akan datang bagi penduduk Kemboja.
Tentang Herbalife
Herbalife Ltd (NYSE:HLF) merupakan syarikat pemakanan global yang menjual produk pengurusan berat badan, pemakanan, dan produk penjagaan diri yang bertujuan untuk menggalakkan amalan gaya hidup sihat. Produk Herbalife dijual di lebih 85 negara kepada dan melalui rangkaian pengedar bebas. Syarikat tersebut turut menyokong Yayasan Keluarga Herbalife dan program Casa Herbalife bagi membantu menggalakkan pemakanan yang sihat untuk kanak-kanak. Laman web Herbalife mengandungi sejumlah besar maklumat tentang Herbalife, termasuk maklumat kewangan dan maklumat lain untuk para pelabur di http://ir.Herbalife.com. Syarikat tersebut juga menggalakkan pelabur untuk melawat laman webnya dari semasa ke semasa bagi mendapatkan maklumat terkini dan mengetahui maklumat baharu yang dimuat naik.
Perhubungan Media:
Herbalife Asia Pasifik
Daliea Mohamad-Liauw
Naib Pengerusi, Komunikasi Korporat, Asia Pasifik
Tel: +852-3589-2643
E-mel: dalieal@herbalife.com