omniture

Gabungan Inovatif Coklat Belgium Sebenar dan Alkohol Dilancarkan bagi Pelancong Global, dengan Baileys® Chocolat Luxe

Diageo GTME
2013-10-31 18:03 297

LONDON, 31 Oktober 2013 /PRNewswire/ --

Pembuat Baileys Irish Cream Liqueur umumkan kejayaan saintifik yang mengadunkan coklat Belgium sebenar, Wiski Ireland dan krim

Baileys, jenama yang memperkenalkan inovasi wiski Ireland bersama krim, hari ini mengumumkan kemunculan inovasi terbaharu bagi pelancong dunia: Baileys Chocolat Luxe.

Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20131028/648405-a

Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20131028/648405-b

Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20131028/648405-c

Baileys Chocolat Luxe memperkenalkan inovasi coklat bertaraf dunia, dan mulai hari ini, coklat tersebut boleh didapati di kedai bebas cukai terpilih di seluruh dunia untuk para pelancong membawa pulang rasa kemewahan.

Inovasi ini ialah gabungan bertaraf dunia yang terdiri daripada coklat Belgium, wiski Ireland dan krim yang telah mengambil masa selama tiga tahun untuk dihasilkan, bagi memberikan pengalaman meminum minuman coklat cair yang beraneka menjadi rasa yang tidak pernah dialami sebelum ini. Dibangunkan untuk memberi pengalaman berbilang deria seperti memakan sekeping coklat, Baileys Chocolat Luxe memberikan pengalaman rasa coklat tulen daripada gigitan pertama, hingga kepada kesan rasa koko yang mewah rasanya.

Kejayaan dalam keajaiban minuman, Baileys Chocolat Luxe menggabungkan bahan mewah termasuklah vanila Madagascar dan lebih 30 gram coklat Belgium sebenar dalam setiap botol, dengan rasa karamel yang kaya dengan krim Baileys tradisional dengan rasa asli coklat berkualiti tinggi.

Baileys ialah Likur Krim Ireland yang pertama di dunia dan juga merupakan penjual minuman likur di kedudukan teratas secara global.* Baileys Chocolat Luxe telah dicipta oleh Anthony Wilson, anak pencipta Krim Ireland Asli Baileys. Anthony mengembara ke lebih tiga benua bagi merasai sendiri rasa coklat terbaik di dunia yang terdiri daripada 200 jenis coklat secara keseluruhannya. Bersama-sama pasukannya, beliau membangunkan lebih 800 resipi dalam usaha pencinta coklat ini dan bekerja keras untuk memecahkan kod yang sebelum ini satu rahsia, bagi mewujudkan gabungan hebat antara coklat dengan Krim Ireland Asli Baileys.

Anthony Wilson berkata tentang ciptaan uniknya, "Baileys merupakan minuman likur yang pertama untuk menggabungkan krim dan wiski Ireland, dan kini Baileys Chocolat Luxe menandakan inovasi yang berjaya dicetuskan dalam dunia coklat. Buat kali pertamanya, coklat Belgium sebenar telah digabungkan dengan alkohol yang memberikan pengalaman pelbagai deria rasa coklat dalam segelas minuman keras. Saya bangga untuk menjadi sebahagian daripada pasukan yang berjaya memperkenalkan coklat hebat ini untuk dinikmati oleh pelancong dunia buat kali pertama."

Steve White, Pengarah Pemasaran Global bagi Timur Tengah dan Perjalanan Global Diageo berkata, "Kami sentiasa berusaha untuk menyediakan pengalaman minuman baharu dan berbeza kepada para pembeli. Berkat usaha keras Anthony Wilson dan pasukannya, kami amat gembira untuk menawarkan mereka dengan adunan minuman mewah bertaraf dunia ini. Mulai hari ini, pelancong boleh mendapatkan Baileys Chocolat Luxe di lapangan terbang terpilih di seluruh dunia; dan dengan bahan yang diperoleh dari lebih tiga benua, ia benar-benar merupakan satu penawaran perjalanan yang bertepatan dan unik."

Nota kepada Editor

*Sumber: Impact Databank, Februari 2013

  • Baileys Chocolat Luxe boleh didapati di kedai-kedai runcit pelancongan terpilih secara global bermula hari ini
  • Baileys Chocolat Luxe dijual dengan RRP bernilai £15.00/€16.00/$22.50 bagi 50cl
  • Baileys Chocolat Luxe dijual dengan ABV bagi 15.7%
  • Baileys Chocolat Luxe boleh didapati dengan botol 50cl sahaja

Tentang BAILEYS:

Baileys merupakan likur krim Ireland yang pertama di dunia, adunan unik krim Ireland yang nyaman dengan minuman keras dan wiski yang berkualiti. Ia telah memenangi lebih pingat daripada pesaingnya di anugerah minuman keras dunia San Francisco berprestij dan merupakan Pemenang Pingat Emas bagi tahun 2012. Ia juga merupakan penjual terbesar minuman likur berkrim di dunia, dengan lebih 82 juta botol dijual setiap tahun. Bagi maklumat lanjut, sila layari laman web Baileys: http://www.baileys.com

TENTANG DIAGEO

Diageo merupakan peneraju bagi perniagaan minuman premium di dunia dengan koleksi cemerlang jenama minuman alkohol bagi seluruh kategori minuman keras, wain dan bir. Jenama ini termasuklah Johnnie Walker, Crown Royal, J&B, Buchanan's, wiski Bushmills dan Windsor, Smirnoff, vodka Ketel One dan Cîroc, Baileys, Captain Morgan, Tanqueray dan Guinness.

Diageo ialah syarikat global, dengan penjualan produk di lebih 180 negara di seluruh dunia. Syarikat tersebut disenaraikan di Bursa Saham New York (DEO) dan juga Bursa Saham London (DGE). Bagi maklumat lanjut tentang Diageo, individu dan jenamanya, sila layari http://www.diageo.com. Bagi mendapatkan sumber global Diageo yang menggalakkan meminum dengan tanggungjawab melalui perkongsian alat amalan terbaik, maklumat dan inisiatif, lawati http://www.DRINKiQ.com.

Menikmati hidup, setiap hari, di mana-mana sahaja.

Perkataan BAILEYS dan logo yang berkaitan merupakan tanda dagangan.

Sumber: Diageo GTME

Source: Diageo GTME
Keywords: Beer, Wine & Spirits Beverages Food/Beverages New products/services