omniture

Persidangan dan Ekspo IT utama Dunia Bersedia untuk Edisi Mumbainya

INTEROP Mumbai
2013-11-01 00:52 101

MUMBAI, India, 1 November 2013 /PRNewswire/ -- Setiap tahun industri IT dan pengguna teknologi perusahaan berkumpul di Persidangan dan Ekspo INTEROP, yang diadakan di rantau berbeza seluruh dunia. Edisi kelima INTEROP Mumbai akan diadakan mulai 20-22 November 2013 di Pusat Konvensyen & Pameran Bombay.

(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20131028/648509)

Dengan beberapa perubahan dan pengenalan pada program persidangan, edisi ke-5 INTEROP Mumbai menjanjikan perubahan radikal berbanding edisi sebelumnya.

Beberapa Penceramah untuk acara itu, apabila ditanya mengapa mereka rasa orang ramai patut hadir ke INTEROP Mumbai, mereka memberi beberapa jawapan menarik!

"INTEROP ialah platform berkesan untuk mendapatkan maklumat yang lebih baik tentang Arah Aliran IT terkini, dengan rakan kongsi Teknologi Penting dan juga Pemain Bidang yang boleh membantu dengan penyelesaian yang betul merentasi semua sektor Industri. Ini merupakan salah satu faktor besar yang memberikan inspirasi bagi menghadirkan diri ke INTEROP. Pendekatan agnostik Vendor memang sentiasa menjadi faktor pembeza apabila dibandingkan dengan acara lain" - Keyur Desai, Pembantu Naib Presiden – Domain Rangkaian, Telekomunikasi & Keselamatan Maklumat, Essar Group

"INTEROP, terutamanya acara ini di India, akan memaklumkan anda tentang keadaan semasa inovasi IT dan bagaimana ia sedang digunakan untuk kejayaan perniagaan dalam pasaran dinamik ini" - Vijay Dheap, Maklumat Keselamatan Data Besar dan Keselamatan Mudah Alih, IBM

 "INTEROP ialah acara terbaik India bagi kepimpinan pemikiran dalam Teknologi Maklumat dan Perniagaan serta mempamerkan teknologi terbaharu dan terbaik dalam pameran itu" - L S Subramanian, Pembawa Amalan Awan dan Ketua Pegawai Eksekutif, NISE

Pada tahun ini, INTEROP Mumbai akan mempunyai lapan ucapan dasar, pelbagai sesi perniagaan, perbincangan panel khusus industri, dan bengkel teknikal. Program persidangan itu termasuklah 40 sesi am yang dibentangkan oleh penceramah industri terkemuka dengan pelbagai topik berbeza termasuklah awan, keselamatan, data besar, mobiliti, keterhubungan, BCP/DR, pusat data, sosial & kolaborasi, teleperubatan, kemasukan teknologi, dan Strategi Perniagaan. Turut sama dalam acara itu nanti ialah trek mini dan sesi tertentu khas untuk para Ketua Pegawai Maklumat.

UCAPAN DASAR

Barisan penceramah ucapan dasar termasuklah Sean Narayanan, Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Penyampaian, iGate, yang akan berkongsi bagaimana iGate sedang merekayasa semula perniagaan luar pesisirnya bagi mula mengamalkan model berasaskan hasil perniagaan. Satu lagi sesi oleh Jay Bavisi, Pengasas Bersama dan Presiden EC-Council bertajuk, 'Kemunculan Wabak Siber: Mencari Vaksinnya' akan mendidik para hadirin tentang masalah wabak siber, dengan mengaitkannya dengan senario keselamatan siber terkini, dan akan menyediakan langkah dan isu yang perlu ditangani untuk mengawal/menghapuskan situasi tersebut.

SESI PERNIAGAAN

Pengenalan sesi baharu seperti 'Serius Menjalankan Perniagaan' dan kelas Sarjana Pakar Ketua Pegawai Maklumat bakal menarik kehadiran pemimpin teknologi dan pembuat keputusan ke INTEROP.

Sesi Serius Menjalankan Perniagaan ialah kapsul selama satu jam yang membawakan penceramah daripada aspek perniagaan (ketua perniagaan) dan ketua organisasi IT. Ketua perniagaan akan bercakap tentang cabaran, strategi dan pelan perniagaan berserta jangkaan daripada IT untuk memenuhi objektif perniagaan. Butiran terperinci tentang sesi unik ini akan diposkan di laman web INTEROP di http://www.interop.in/pr

BENGKEL TEKNOLOGI

OpenStack telah menggemparkan dunia perisian Sumber Terbuka. Projek Pengkomputeran Awan untuk Prasarana sebagai Perniagaan telah menambat perhatian (dan pelaburan) gergasi teknologi seperti IBM, Dell, Microsoft, HP, Cisco, Amazon, Rackspace, Red Hat, eBay, Sony, NASA, Yahoo! dan banyak lagi.

INTEROP India juga mempunyai barisan perhubungan perkongsian perindustrian yang kukuh dengan organisasi yang menerajui industri seperti NASSCOM, DSCI, ISACA, BICSI dan lain-lain lagi. Program persidangan itu bakal melibatkan sekali pemimpin pemikiran daripada semua institusi ini.

Ketahui lebih lanjut tentang INTEROP Mumbai http://www.interop.in/pr atau hubungi +91(022)6172-7001

TENTANG INTEROP

Edisi INTEROP untuk India dihadiri oleh Ketua Pegawai Maklumat, Ketua Pegawai Teknologi, Pegawai Keselamatan Maklumat Diperakui dan pemimpin teknologi lain – semuanya pembeli teknologi. Antara hadirin yang lain ialah penyedia penyelesaian, perunding, Penyepadu Sistem/Penjual Nilai Tambahan dan entiti lain dalam ekosistem itu. INTEROP Mumbai dianjurkan oleh UBM India, yang merupakan syarikat media langsung dalam perniagaan bagi membina komuniti. Dengan kehadiran di 30 negara UBM Group membawa bersama pembeli dan penjual produk dan perkhidmatan, melalui platform cetak, dalam talian, digital serta acara langsung.

Nota kepada Editor:

Untuk maklumat lanjut sila hubungi

Cik Rakhi Singh, Pengurus Pemasaran, UBM India T: +91(022)6172-7077, e-mel: rakhi.singh@ubm.com

Suvidha Shetty, conferences-india@ubm.com, +91(0)22-61727001

Ketahui lebih lanjut tentang INTEROP Mumbai http://www.interop.in/pr

SUMBER  INTEROP Mumbai

Source: INTEROP Mumbai
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Internet Technology Trade show news