omniture

Institut FII Ingin Mengenal Pasti keutamaan tertinggi bagi setiap segmen masyarakat di Sidang Kemuncak New York

FII Institute
2022-09-09 19:10 0

RIYADH, Arab Saudi, 9 September 2022 /PRNewswire/ -- Dalam masa sebulan lagi, Institut Future Investment Initiative (FII) Institute akan menganjurkan PRIORITY, sebuah sidang kemuncak di Bandar Raya New York yang akan menghimpunkan orang ramai daripada semua lapisan masyarakat – pemimpin, penggubal dasar, Ketua Pegawai Eksekutif, pelajar, sukarelawan, ahli akademik, ahli sukan, pelabur dan ramai lagi – untuk membincangkan keutamaan tertinggi bagi setiap segmen masyarakat seiring dengan perkembangan dunia yang melalui perubahan sosial, ekonomi dan geopolitik yang luar biasa.

Sidang kemuncak tersebut yang akan diadakan sebagai acara sampingan sesi Perhimpunan Agung PBB yang ke-77 akan menyediakan platform untuk perbincangan dan dialog yang bertujuan untuk mencari penyelesaian yang akan membantu para pemimpin di seluruh dunia menangani satu keutamaan bagi setiap kumpulan penduduk.

Lebih [40] orang penceramah terkenal akan mengambil bahagian dalam sidang kemuncak tersebut, termasuk:

  • T.Y.T Yasir Al-Rumayyan, Pengerusi Institut FII 
  • T.Y.T Helle Thorning-Schmidt,  Mantan Perdana Menteri Denmark 
  • T.Y.T Dasho Tshering Tobgay, Mantan Perdana Menteri Bhutan
  • T.Y.T Shamma bint Suhail Faris Al Mazrui, Menteri Negara bagi Hal Ehwal Belia, Kementerian Kebudayaan & Belia UAE
  • Dr. Judith Rodin; Presiden Emerita, Universiti Pennsylvania; Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah Prodigy Finance dan Resilient Cities Catalyst
  • Peter H. Diamandis, M.D.; Pengasas & Pengerusi Eksekutif XPRIZE
  • Alexandra Cousteau, Pengasas Bersama & Presiden Oceans 2050 
  • Sara Menker, Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif Gro Gro Intelligence
  • Marcelo Claure, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Claure Capital 
  • Peggy Johnson, Ketua Pegawai Eksekutif Magic Leap

Perbincangan panel yang lain akan berusaha untuk menjawab soalan-soalan penting seperti apakah peraturan dan/atau organisasi baharu yang perlu dibentuk untuk merealisasikan setiap keutamaan? Bagaimanakah komuniti di seluruh dunia boleh belajar untuk memahami dan saling menyokong antara satu sama lain bagi mencapai setiap keutamaan? Bagaimanakah kita dapat membantu para pemimpin politik, ekonomi dan budaya global untuk menggalakkan mereka supaya memberi tumpuan kepada setiap keutamaan? 

Richard Attias, Ketua Pegawai Eksekutif Institut FII berkata, "Memandangkan dunia sedang menyaksikan suatu tempoh peralihan dan ketika orde baru dunia mula terbentuk, kami percaya adalah penting untuk memahami keutamaan setiap kumpulan demografi di seluruh dunia. Sepanjang dua tahun yang lalu, dunia telah menghadapi pelbagai cabaran yang meninggalkan kesan kepada semua rakyat di seluruh dunia. Oleh itu, nilai dan keutamaan kita telah berubah.

"Keutamaan Institut FII adalah untuk memberi kesan langsung dan positif kepada manusia dengan mewujudkan pelbagai inisiatif di seluruh domain yang berbeza. Itulah sebabnya kami memutuskan untuk menganjurkan PRIORITY sebagai sebuah wadah perbincangan global tahunan untuk membantu kami memahami impian, harapan dan jangkaan sesama manusia. Kami memberi peluang kepada semua orang untuk bersuara."

PRIORITY akan bertindak sebagai asas yang penting untuk edisi keenam Inisiatif Pelaburan Masa Depan yang dijadualkan akan diadakan di Riyadh dari 25 hingga 27 Oktober.

Pada awal tahun ini, Institut FII telah menganjurkan sebuah sidang kemuncak di London berkenaan ESG di pasaran baru muncul dan telah mengumumkan Rangka Kerja serta Metodologi Pemarkahan ESG™ Inklusif baharunya yang bertujuan untuk memaklumkan dan mempercepat pelaburan ESG dalam ekonomi baru muncul.

Tentang Institut FII 

Institut FII ialah sebuah organisasi global bukan berkeuntungan dengan cabang pelaburan dan satu agenda: Impak Terhadap Kemanusiaan. Dilancarkan pada tahun 2019, Institut ini telah menerbitkan pelbagai laporan, menganjurkan banyak platform antarabangsa serta melancarkan beberapa inisiatif dan projek untuk mewujudkan masa depan yang lebih lestari untuk manusia.

Selain itu, FII Institute komited terhadap prinsip Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG), memupuk minda yang paling pintar dan mengubah idea menjadi penyelesaian dunia nyata dalam lima bidang fokus: Kecerdasan Buatan dan Robotik, Pendidikan, Penjagaan Kesihatan dan Kelestarian.

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1811613/FII_Institute_Logo.jpg?p=medium600

Source: FII Institute
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Education Environmental Products & Services Health Care/Hospital Publishing/Information Service Not for profit Future Events