omniture

Dr. Rongxiang Xu Terima Anugerah Skrol Berprestij daripada Kerajaan Wilayah Los Angeles

Dr. Rongxiang Xu
2013-11-01 01:10 145

- Kevin Xu turut menerima Anugerah Skrol

LOS ANGELES, 31 Oktober 2013 /PRNewswire/ -- Dr. Rongxiang Xu, yang merupakan penduduk tetap Los Angeles, menerima Anugerah Skrol berprestij daripada kerajaan wilayah Los Angeles pada 29 Oktober 2013 di Dewan Pentadbiran Kenneth Hahn atas penerimaan Anugerah Golden Biatec Antarabangsa 2013 atas ciptaannya bagi sains penjanaan semula organ. Anugerah Skrol tersebut juga diberikan kepada Kevin Xu, anak lelaki Dr. Xu yang merupakan Penasihat Kerajaan Negeri California, ahli Majlis Usahawan Muda, Ketua Pegawai Eksekutif dan juga individu yang menyokong dan bekerjasama dengan Dr. Xu bagi penyelidikan dan pembangunan saintifik beliau.

(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20131031/LA07829)

Anugerah itu disampaikan oleh Penyelia Michael D. Antonovich, Daerah Kelima Wilayah Los Angeles. Encik Antonovich memberikan ucapan pembukaan dengan menyatakan "Pada hari ini, kami mengalu-alukan Dr. Rongxiang Xu, penerima anugerah Golden Biatec atas kerja saintifik beliau dalam bidang penjanaan semula tisu manusia (organ). Pada hari ini juga, Dr. Xu hadir bersama anaknya, Kevin Xu." Beliau turut mengulas Dr. Xu merupakan pakar bedah luka kebakaran trauma terkenal dan ahli sains yang merevolusikan kaedah merawat mangsa kebakaran dan menggantikan teknik cantuman kulit dengan terapi penjanaan semula kulit terbakar yang beliau hasilkan. Sebelum perkembangan terapi penjanaan semula kulit terbakar itu, pesakit perlu menahan kesakitan bagi pembedahan cantuman kulit yang meninggalkan kesan parut yang kekal sepanjang hayatnya. Dengan menggunakan terapi penjanaan semula kulit terbakar, pesakit yang mengalami kesan kebakaran darjah tinggi boleh sembuh dengan sedikit atau tanpa parut hasil proses penjanaan semula kulit di tempatnya sendiri dan dengan itu mengelakkan seksa akibat cantuman kulit. Laluan dan penyelesaian sains penjanaan semula organ yang dicipta oleh Dr. Xu telah membawa masyarakat saintifik untuk mempercayai tisu manusia dan organ lain boleh menjalani proses penjanaan semula di tempatnya sendiri.

Kelab Ekonomi IEF Eropah menganugerahkan Dr. Xu sebagai satu-satunya rakyat asing sebagai penerima anugerah bagi Golden Biatec Antarabangsa 2013, hasil ciptaan sains penjanaan semula organ dan laluan serta penyelesaiannya. Anugerah Golden Biatec antarabangsa ialah penghormatan berprestij bagi personaliti antarabangsa yang telah memberikan sumbangan besar kepada manusia. Sebelum ini, Anugerah tersebut telah diberikan kepada 28 pemimpin negara dan ekonomi dunia termasuk Presiden Rusia Vladimir Putin, bekas Presiden Amerika Syarikat George W. Bush, dan bekas Presiden Perancis Jacques Chirac. Dr. Xu merupakan penerima ke-29 bagi anugerah Golden Biatec antarabangsa. Rongxiang Xu turut membuat pembentangan penting baru-baru ini pada majlis penganugerahan Golden Biatec beliau bagi mengisytiharkan manusia sedang memasuki era sains gunaan penjanaan semula organ.

Hubungi:

Jane Westgate: 336-209-9276, Jane@westgatecom.com

Cheryl Riley: 703-683-1798, cherylrileypr@comcast.net

Source: Dr. Rongxiang Xu
Keywords: Biotechnology Medical/Pharmaceuticals Awards