omniture

IBM Dan Datawatch Menukarkan Sistem Pengurusan Kandungan Syarikat Menjadi Analitik Data Besar

Datawatch Corporation
2013-11-01 03:55 187

-- IBM Akan Menjual Penyelesaian Secara Global Melalui Semua Saluran

CHELMSFORD, Massachusetts dan ARMONK, New York, 1 November 2013 /PRNewswire/ -- Datawatch Corporation (NASDAQ-CM: DWCH) dan IBM (NYSE: IBM) hari ini mengumumkan penyelesaian analitik dan pengurusan kandungan bersepadu pertama dalam industri yang membenarkan pengguna Pengurus Kandungan Atas Permintaan (CMOD) IBM mendapat maklumat daripada Data Besar yang terperangkap dalam sistem CMOD mereka. Merupakan yang pertama seumpamanya, penyelesaian analitik layan diri ini menyepadukan Pelayan Sumber Laporan (RMS) Datawatch dengan CMOD IBM agar pengguna boleh mempercepat inisiatif pematuhan kawal selia dan menjalankan analisa terhadap data lama yang sangat banyak. RMS Datawatch akan dimasukkan ke dalam senarai harga IBM seluruh dunia dan boleh didapati melalui jualan langsung IBM dan rakan kongsi saluran globalnya melalui Kelebihan Pasport.

(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20121015/NE92833LOGO)

Pelayan Sumber Laporan Datawatch (RMS) ialah penyelesaian analisis laporan berasaskan web yang bersepadu dengan CMOD dengan lancar bagi membolehkan klien menjalankan pelaporan dan analisis masa sebenar ke atas dokumen yang disimpan dalam repositori CMOD mereka. Pengguna boleh menetapkan semula tujuan kandungan repositori CMOD sedia ada bagi aplikasi, pelaporan dan penggambaran baharu. RMS menukarkan dokumen yang diarkibkan dalam CMOD menjadi aset analisis yang boleh memberikan nilai signifikan terhadap sesuatu organisasi, termasuklah:

  • Menukarkan sistem pengurusan kandungan sedia ada menjadi aset Data Besar "pencarian menjadi tindakan"
  • Meningkatkan produktiviti pengguna laporan dengan menyediakan penukaran satu klik laporan statik menjadi format yang boleh dikenakan tindakan seperti hamparan Excel dan menghapuskan keperluan untuk potong dan tampal dan/atau menaip semula data ke dalam Excel
  • Mengurangkan beban IT dengan menghapuskan permintaan untuk pelaporan ad-hoc, sublaporan, atau keterhubungan pangkalan data langsung
  • Menyediakan kemampuan analisis, penyiasatan dan pengauditan ad-hoc terhadap data korporat teras yang disimpan dalam CMOD
  • Menyediakan data bernilai untuk dimasukkan ke dalam penyelesaian penemuan data visual generasi seterusnya Datawatch

Maklumat boleh dinilai semula, disusun atur, dan disepadukan bagi memberikan pandangan 360 darjah untuk sebarang jenis isu atau peluang perniagaan. Hasilnya ialah pengetahuan tambahan bagi memperbaiki keputusan, proses dan produktiviti dalam perniagaan.

"Dalam ekonomi hari ini, perniagaan menghadapi cabaran membuat keputusan strategik dengan data yang diyakini yang terletak dalam bidang yang sangat berbeza dalam organisasi mereka – termasuklah repositori kandungan. RMS Datawatch akan membenarkan klien CMOD IBM menukarkan repositori mereka menjadi gudang maya yang menjadi sumber set data dan boleh digabungkan dengan maklumat lain dalam seluruh syarikat itu bagi mendapatkan pandangan yang lebih menyeluruh terhadap perniagaan itu dan mempercepat proses membuat keputusan," kata Ben Plummer, ketua pegawai pemasaran dan naib presiden kanan Perikatan Strategik untuk Datawatch.

RMS Datawatch boleh diantaramukakan dengan CMOD IBM melalui Pengemudi Kandungan IBM, ODWEK dan WEBI. Datawatch dan IBM bakal mempamerkan penyelesaian yang bersepadu dan perkongsian baharu ini di persidangan pelanggan Maklumat Atas Permintaan 2013 IBM di tapak pameran 1022-G pada 3-7 November 2013 di Mandalay Bay di Las Vegas, Nevada atau anda boleh mengetahui lebih lanjut dengan melawat www.datawatch.com/rms-cmod.

TENTANG DATAWATCH CORPORATION
Datawatch Corporation (NASDAQ-CM: DWCH) menyediakan perisian penemuan data visual yang mengoptimumkan sebarang jenis data – tidak mengira jenisnya, saiznya atau kepantasannya – lalu memberikan analisis generasi seterusnya bagi mendedahkan maklumat bernilai untuk meningkatkan perniagaan. Kemampuan uniknya untuk menyepadukan sumber berstruktur, tidak berstruktur dan separa berstruktur seperti laporan, fail PDF dan aliran EDI dengan data aliran masa sebenar ke dalam aplikasi analitik dengan visual yang beraneka membenarkan pengguna menemui secara dinamik faktor penting yang memberi kesan terhadap sebarang aspek pengendalian perniagaan mereka. Kemampuan untuk menjalankan penemuan visual terhadap sebarang data meletakkan Datawatch pada kedudukan yang tinggi dalam pasaran data besar dan penggambaran. Organisasi dalam pelbagai saiz seluruh dunia menggunakan Datawatch, termasuk 99 syarikat daripada senarai syarikat Fortune 100. Datawatch beribu pejabat di Chelmsford, Massachusetts dengan pejabat di New York, London, Munich, Stockholm, Singapura, Sydney dan Manila, dan dengan rakan kongsi serta pelanggan di lebih 100 negara seluruh dunia. Bacalah Kisah Sepenuhnya sendiri dengan memuat turun percubaan percuma di www.datawatch.com/trial.

Kenyataan Selamat di bawah Akta Pembaharuan Litigasi Sekuriti Swasta 1995
Sebarang kenyataan yang terkandung dalam siaran akhbar ini yang tidak menggambarkan fakta bersejarah boleh dianggap sebagai kenyataan ramalan seperti yang digambarkan istilah itu dalam Akta Pembaharuan Litigasi Sekuriti Swasta 1995. Apa-apa kenyataan seperti itu, yang termasuk tetapi tidak terhad kepada, kenyataan yang berkaitan hasil operasi, yang terkandung dalam ini adalah berdasarkan jangkaan semasa, tetapi tertakluk kepada sebilangan risiko dan ketidakpastian yang mungkin akan menyebabkan hasil sebenar benar-benar berbeza daripada jangkaan. Faktor yang mungkin boleh menyebabkan keputusan masa hadapan benar-benar berbeza daripada jangkaan semasa termasuk yang berikut: risiko yang berkaitan dengan ekonomi global yang lemah berterusan; risiko yang berkaitan dengan turun naik hasil operasi suku tahun yang berlaku akibat, antara sebabnya, saiz dan masa pesanan pelanggan yang banyak; risiko yang berkaitan dengan pemerolehan, termasuk pemerolehan harta intelek baru-baru ini daripada Math Strategies dan pemerolehan Panopticon; ketidakstabilan harga saham Datawatch; batasan terhadap keberkesanan kawalan dalaman; perubahan teknologi pantas; kebergantungan Datawatch ke atas pengenalan produk baharu dan penangguhan yang mungkin berlaku untuk pengenalan itu; persaingan dalam industri perisian secara keseluruhannya, dan secara khususnya dalam pasaran pengoptimuman maklumat; kebergantungan Datawatch ke atas produk utamanya, teknologi perisian milikan dan perisian yang dilesenkan daripada pihak ketiga; risiko yang berkaitan dengan jualan dan operasi antarabangsa; risiko yang berkaitan dengan saluran pengedaran tidak langsung; kecukupan simpanan pulangan jualan Datawatch; risiko yang berkaitan dengan model jualan langganan; kebergantungan Datawatch ke atas kemampuannya untuk menggajikan dan mengekalkan kakitangan yang berkemahiran; gangguan atau kegagalan sistem teknologi Datawatch yang mungkin terjadi akibat bencana alam, serangan siber atau malapetaka lain; dan ketidakpastian serta kos tambahan yang mungkin terjadi akibat peraturan pentadbiran korporat yang berubah serta pendedahan umum. Maklumat lanjut tentang faktor yang mungkin boleh menyebabkan keputusan sebenar berbeza daripada keputusan yang dijangkakan diperincikan dalam pelbagai dokumen yang tersedia untuk orang awam, yang termasuk, tetapi tidak terhad kepada, pemfailan yang dilakukan oleh Datawatch dari masa ke masa dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa, termasuk tetapi tidak terhad kepada, yang muncul dalam Laporan Tahunan Syarikat pada Borang 10-K untuk tahun yang berakhir pada 30 September 2012, Borang 10-Q untuk suku tahun yang berakhir pada 31 Disember 2012, 31 Mac 2013 dan 30 Jun 2013, dan Kenyataan Proksi Muktamad pada Jadual 14A yang difailkan dengan SEC pada 5 Ogos 2013. Sebarang kenyataan ramalan patut dipertimbangkan berdasarkan faktor itu.

Hubungan Pelabur:
Perhubungan Pelabur Datawatch  
investor@datawatch.com
Telefon: +1 (978) 441-2200 samb. 8323

Hubungan Media:
Sarah Bernardi
Datawatch Corporation
Sarah_Bernardi@datawatch.com
Telefon: +1 (978) 441-2200 samb. 8387
Twitter: @datawatch

© 2013 Datawatch Corporation. Datawatch, dan logo Datawatch ialah tanda niaga atau tanda niaga berdaftar Datawatch Corporation di Amerika Syarikat dan/atau negara lain. Semua nama lain ialah tanda niaga atau tanda niaga berdaftar syarikat mereka masing-masing.

Source: Datawatch Corporation
Related Stocks:
NASDAQ:DWCH NYSE:IBM
Related Links:
Keywords: Computer Software Computer/Electronics New products/services Trade show news