omniture

Air China akan Memulakan Perkhidmatan Beijing - Siem Reap

Air China
2013-11-01 04:18 133

BEIJING, 1 November 2013 /PRNewswire/ -- Air China akan memulakan perkhidmatan tanpa henti dari Beijing ke Siem Reap bermula 1 Disember ini. Mahu meneroka kehebatan Angkor Wat? Terbanglah ke Kemboja dengan Air China.

(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20080625/CNW017LOGO )

Siem Reap merupakan ibu kota Wilayah Siem Reap dan berhampiran dengan ibu negaranya, Phnom Penh. Lokasi ini sering dikunjungi bagi melihat Angkor Wat yang dikatakan sebagai salah satu daripada tujuh keajaiban dunia. Tidak seperti Phnom Penh yang sibuk, Siem Reap merupakan bandar yang tenang seolah-olah terasing dari bahagian dunia yang lain. Siem Reap juga mempamerkan budaya Khmer dan terdapat pelbagai lokasi purbakala seperti istana, kuil, taman dan istana kota.

Perkhidmatan Air China dari Beijing ke Siem Reap memudahkan perjalanan ke Siem Reap berbanding sebelum ini, memandangkan para pelancong tidak perlu lagi untuk membuat pertukaran perjalanan di Phnom Penh atau Bangkok. Penerbangan tersebut, CA825/6, akan beroperasi dua kali seminggu (Rabu, Ahad) bermula dari 1 Disember hingga 31 Disember 2013, dan jadual perjalanan akan bertambah sehingga empat kali seminggu (Isnin, Rabu, Jumaat, Ahad) bermula pada tahun 2014.

Bagi menambahkan jadual perjalanan di Asia Tenggara, Air China akan memulakan perkhidmatan BeijingChiang Mai dan WuhanChiang Mai tidak lama lagi dan turut meningkatkan kekerapan perjalanan BeijingBangkok dan BeijingPhuket.

Source: Air China
Keywords: Airlines/Aviation Amusement Parks and Tourist Attractions Leisure/Travel/Hotels Transportation Travel New products/services