Pengamal pergigian boleh menggunakan peralatan ini sebagai panduan untuk menjadikan kerja mereka lebih lestari alam sekitar dan dengan menjejaki kemajuan, mereka mampu memperoleh anugerah pengiktirafan atas usaha yang dilakukan.
GENEVA, 12 September 2022 /PRNewswire/ -- Persekutuan Pergigian Sedunia FDI (FDI) hari ini melancarkan satu Kit Peralatan untuk Pergigian Lestari bagi membantu pengamal pergigian memahami tindakan yang boleh mereka ambil bagi memastikan tugas mereka lestari alam sekitar. Dengan menyediakan doktor gigi dan pasukan pergigian dengan kaedah dan strategi untuk melaksanakan amalan yang lebih lestari serta menjejaki kemajuan, FDI berharap profesion ini dapat menyumbang kepada impak yang berkurangan terhadap alam sekitar secara ketara.
Kit peralatan ini telah dibangunkan dengan lebih lanjut susulan pelancaran Pernyataan Konsensus tentang Penjagaan Kesihatan Oral yang Lestari Alam Sekitar pada awal tahun ini yang menggariskan cabaran dan penyelesaian untuk meningkatkan kelestarian dalam bidang pergigian. Pernyataan tersebut turut memperakui bahawa sektor penjagaan kesihatan oral mempunyai tanggungjawab untuk menyediakan penjagaan yang lestari alam sekitar tanpa menjejaskan kebajikan pesakit.
"Para doktor gigi dan pasukan pergigian boleh memainkan peranan yang aktif dalam mengurangkan kesan alam sekitar daripada aktiviti pergigian, sambil mengekalkan penjagaan yang optimum terhadap pesakit. Kit Peralatan untuk Pergigian Lestari dalam talian ini merupakan satu langkah ke arah membantu pengamal pergigian mempraktikkan langkah-langkah yang dapat mengurangkan jejak karbon mereka." kata Profesor Ihsane Ben Yahya, Presiden FDI. Beliau menyambung, "Saya berharap agar usaha kita pada hari ini akan memberi impak yang positif kepada generasi akan datang supaya mereka dapat menikmati kehidupan dan planet yang sihat."
Kit peralatan ini telah dibangunkan sebagai sebahagian daripada projek Kelestarian dalam Pergigian FDI dan terdiri daripada platform interaktif yang membimbing para pengguna untuk mendorong aktiviti mereka ke arah amalan yang lebih lestari melalui penyelesaian yang praktikal. Doktor gigi dan pasukan mereka boleh melaksanakan set cabaran yang berbeza dan seterusnya memperoleh anugerah pengiktirafan sama ada gangsa, perak atau emas dengan amalan yang mereka praktikkan. Cabaran interaktif ini akan memberikan kaedah untuk meningkatkan kesedaran, melaksanakan perubahan dan mencapai kelestarian alam sekitar yang lebih baik kepada pasukan pergigian. Organisasi dan pengamal pergigian di seluruh dunia digalakkan untuk mendaftar dan membuat pilihan mesra alam sebagai satu pasukan untuk mempamerkan komitmen mereka terhadap planet kita.
Gambar boleh didapati di AP Images (http://www.apimages.com) -
Hubungan media
Charanjit Jagait, Pengarah Komunikasi & Sokongan FDI
cjagait@fdiworlddental.org | Telefon: +41 797967613
Tentang Persekutuan Pergigian Sedunia FDI
Persekutuan Pergigian Sedunia FDI berfungsi sebagai badan perwakilan utama untuk lebih satu juta doktor gigi di seluruh dunia. Keahliannya terdiri daripada 200 persatuan pergigian kebangsaan dan kumpulan pakar di lebih 130 buah negara. FDI mempunyai visi untuk memimpin dunia ke arah kesihatan oral yang optimum. https://www.fdiworlddental.org/; facebook.com/FDIWorldDentalFederation; twitter.com/FDIWorldDental; https://www.linkedin.com/company/fdiworlddentalfederation
Tentang Projek Kelestarian dalam Pergigian
Projek Kelestarian dalam Pergigian FDI telah dianjurkan untuk menggalakkan dan mengilhamkan komitmen untuk mengurangkan jejak CO2 secara kolektif dalam bidang pergigian yang menyasarkan para pengamal, pesakit dan rantaian bekalan sektor tersebut. Projek ini akan menghasilkan suatu siri kaedah dan sumber rujukan untuk pengamal pergigian dan para pesakit bagi mencapai kelestarian alam sekitar yang lebih baik. Pernyataan Konsensus ini telah dibangunkan melalui kerjasama pelbagai pihak berkepentingan dan telah menghasilkan pembangunan Kit Peralatan Dalam Talian untuk Pergigian Lestari bagi membantu pengamal pergigian mengurangkan impak mereka terhadap alam sekitar. Turut dibangunkan ialah Ikrar untuk Pergigian Lestari yang akan menyediakan garis panduan dan objektif untuk mencapai prosedur perolehan dan pembekalan yang lestari. Penandatangan bersama di seluruh rantaian bekalan pergigian adalah digalakkan untuk menandatangani ikrar tersebut.
Projek ini disokong oleh rakan pengasas kami: Colgate, HALEON, Dentsply Sirona, Procter & Gamble dan TePe. www.fdiworlddental.org/sustainability-dentistry