omniture

AVEVA Meneruskan Inisiatif bagi Masa Hadapan Rekaan Lojinya dengan Melancarkan AVEVA E3D Insight

Teknologi baharu akan merevolusikan proses pemaparan dan kelulusan model 3D untuk pembuat keputusan
AVEVA Solutions Ltd
2013-11-01 04:13 180

CAMBRIDGE, England, 1 November 2013 /PRNewswire/ -- AVEVA hari ini melancarkan AVEVA E3D Insight, applikasi Windows 8.1 yang membolehkan para pembuat keputusan untuk projek dalam industri tenaga, loji pemprosesan dan perlombongan melihat dan meluluskan rekaan AVEVA Everything3D (AVEVA E3D) mengunakan tablet mudah alih. Dibangunkan dengan kolaborasi bersama Microsoft, AVEVA E3D Insight menunjukkan kemampuan AVEVA dalam menjangka dan memenuhi keperluan pelanggan yang berubah dengan menawarkan kebolehan untuk memeriksa, memberi komen, dan meluluskan rekaan pada bila-bila masa, di mana-mana jua di seluruh dunia.

(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20120619/538079)
(Photo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20131031/648420)

AVEVA E3D Insight merapikan proses penilaian dan kelulusan rekaan bagi menyokong amalan perniagaan tanpa pembaziran.  Ia memaksimumkan kecekapan projek dengan memberikan akses terus kepada model rekaan AVEVA E3D untuk pengguna-penguna yang sah, tanpa mengira lokasi mereka, 24 jam setiap hari.

"Kami sangat gembira dapat bekerjasama dengan Microsoft bagi menyokong strategi mereka untuk 'peranti dan perkhidmatan', dan gelombang baharu peranti Windows 8.1 yang dibolehkan sentuhan sedang memberikan peluang mengujakan untuk pelanggan EPC dan juga Pengendali Pemilik," kata Dave Wheeldon, Ketua Pegawai Teknologi dan Ketua Kejuruteraan Reka-Bentuk & Sistem, AVEVA.

"AVEVA E3D Insight membolehkan pelanggan kami memperbaiki amalan perniagaan mereka, bagi bekerjasama dengan lebih berkesan dalam projek mereka dan menyingkirkan penangguhan masa dan sekatan keputusan yang disebabkan oleh pihak-pihak berkepentingan yang tidak berada di dalam pejabat ketika itu. Pendek kata, ia memberi mereka peralatan yang mereka perlukan bagi memperbaiki proses mereka membuat keputusan. Tidak kira sama ada untuk menilai kemajuan projek atau membincangkan isu rekaan yang khusus, applikasi Windows 8.1 yang baharu daripada AVEVA menyediakan akses terus secara global pada masa sebenar kepada maklumat AVEVA E3D."

AVEVA E3D Insight membolehkan pengguna yang aktif bergerak untuk:

  • Membayangkan – Pengguna boleh melihat model AVEVA E3D dan maklumat berkaitannya dengan pantas dan jelas.
  • Memeriksa – Pengguna boleh memeriksa, memanipulasi dan mengukur model untuk memeriksa isu-isu yang mungkin kritikal seperti percanggahan objek, ketersampaian dan jika ia tidak mematuhi standard rekaan.
  • Memberi komen – Pengguna boleh berhubung terus dengan pasukan rekaan projek dan meninggalkan rekod maklum balas kekal dalam pangkalan data AVEVA E3D itu sendiri. Tidak perlu lagi mengumpul semak komen dan keputusan yang penting juga direkodkan.
  • Kelulusan – Pengguna yang sah boleh menetapkan status model mengikut tahap kelulusan yang ditentukan oleh pelanggan.

Bagi maklumat lanjut dan untuk memuat turun kertas kajian perniagaan yang berkaitan, lawati laman sesawang 'The Future of Plant Design'.

Anda juga boleh menghubungi AVEVA melalui futureofplantdesign@aveva.com atau +44-(0)1223-556655 untuk maklumat lanjut.

Untuk aset media, sila lawati Bilik Akhbar AVEVA www.aveva.com/press/AVEVA-E3D-Insight

Ikuti AVEVA melalui twitter @avevagroup
Tonton AVEVA di YouTube http://www.youtube.com/avevagroup
Untuk kisah pelanggan, baca AVEVA World Magazine di http://www.aveva.com/Media-Centre/AWM

Tentang AVEVA

AVEVA ialah peneraju dalam penyelesaian rekaan kejuruteraan dan pengurusan maklumat untuk industri loji, tenaga dan marin. Selama lebih 45 tahun ia telah memberikan penyelesaian perisian kritikal perniagaan kepada pengendali pemilik, kontraktor kejuruteraan dan pembina kapal seluruh dunia. Untuk maklumat lanjut sila lawati http://www.aveva.com/ednotes.

Hak cipta 2013 AVEVA Solutions Limited. Hak cipta terpelihara. AVEVA Solutions Limited dimiliki oleh AVEVA Group plc. AVEVA, logo AVEVA dan nama produk AVEVA ialah tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar AVEVA Group plc atau syarikat subsidiarinya di United Kingdom dan negara lain. Jenama dan nama produk lain ialah tanda dagangan syarikat masing-masing.

Perhubungan media:
Janna Etchells
Pengurus Komunikasi
Pemasaran Korporat AVEVA
janna.etchells@aveva.com

SUMBER  AVEVA Solutions Ltd.

Source: AVEVA Solutions Ltd
Keywords: Computer Software Computer/Electronics New products/services