omniture

SHUTTERSTOCK MELANTIK SEJAL AMIN SEBAGAI KETUA PEGAWAI TEKNOLOGI

Shutterstock, Inc.
2022-09-12 19:01 0

NEW YORK, 12 September 2022 /PRNewswire/ -- Shutterstock, Inc. (NYSE: SSTK) ("Syarikat"), sebuah platform kreatif global yang terkemuka untuk syarikat-syarikat media dan jenama transformasi, hari ini mengumumkan bahawa Sejal Amin akan menyertai pasukan kepemimpinan dan Jawatankuasa Eksekutif Syarikatnya sebagai Ketua Pegawai Teknologi (CTO), berkuat kuasa pada 12 September 2022.

Dengan lebih 20 tahun kepemimpinan global, pengalaman produk dan teknologi, Sejal akan merealisasikan visi dan strategi teknologi yang mengubah platform teknologi Shutterstock untuk menyampaikan pengalaman baharu yang tiada tandingannya kepada para pelanggan dan penyumbang.

"Saya sangat teruja untuk mengalu-alukan kedatangan Sejal ke Shutterstock, sambil kami meneruskan transformasi digital kami kepada platform kreatif perkhidmatan penuh yang mendemokrasikan kreativiti, mengatasi sempadan kreatif dan memberikan pengalaman yang tiada tandingan kepada para pelanggan dan penyumbang di seluruh dunia," kata Paul Hennessy, Ketua Pegawai Eksekutif Shutterstock. "Sejal ialah seorang pemimpin yang disegani dan dihormati dengan rekod prestasi pertumbuhan serta inovasi yang terbukti, dan saya yakin bahawa beliau akan berjaya dalam menerajui platform teknologi Shutterstock ke fasa pengganggu yang seterusnya."

"Shutterstock ialah sebuah syarikat yang telah berubah dengan pesat sejak penubuhannya hampir 20 tahun yang lalu dan saya berbesar hati untuk menjadi Ketua Pegawai Teknologi yang seterusnya," kata Sejal Amin. "Inovasi yang telah dicapai oleh Syarikat ini – daripada penggunaan aliran kerja bertaraf dunia kepada teknologi proprietari terkemuka dalam industri – merupakan sesuatu yang luar biasa dan saya tidak sabar untuk memperluas visi Syarikat ini, memanfaatkan potensi tawaran kepelbagaian Shutterstock ketika kami meraikan era baharu bagi Shutterstock."

Baru-baru ini, beliau berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Produk dan Teknologi untuk Khoros, sebuah syarikat Portfolio Vista di mana beliau menyepadukan sebuah organisasi Produk dan Teknologi teragih sambil mentakrifkan strategi Produk dan Operasi untuk melaksanakan visi dan matlamat pertumbuhan syarikat tersebut. Sebelum itu, beliau merupakan Ketua Pegawai Teknologi bagi Perniagaan Profesional Cukai dan Cukai Perakaunan Thomson Reuters. Beliau mempunyai pelbagai pengalaman kepemimpinan teknologi di beberapa unit perniagaan di Thomson Reuters, menguruskan pasukan dan portfolio pembangunan produk global yang semakin bertambah dari segi saiz dan kerumitan selama lebih 15 tahun.

Dengan pelantikan Sejal sebagai Ketua Pegawai Teknologi, Shutterstock kini mempunyai tiga orang wanita dalam Jawatankuasa Eksekutifnya dan dua orang wanita yang mengetuai strategi pembangunan produk, termasuk Ketua Pegawai Produk, Meghan Schoen.

Tentang Shutterstock, Inc.
Shutterstock, Inc. (NYSE: SSTK) ialah sebuah platform kreatif global yang terkemuka untuk syarikat-syarikat media dan jenama transformasi. Secara langsung dan melalui anak syarikat kumpulannya, koleksi komprehensif Shutterstock termasuk gambar berlesen berkualiti tinggi, vektor, ilustrasi, model 3D, video dan muzik. Bekerjasama dengan komunitinya yang semakin berkembang melebihi 2 juta orang penyumbang, Shutterstock menambah ratusan ribu imej setiap minggu dan pada masa ini mempunyai lebih 415 juta imej dan lebih 26 juta klip video yang tersedia.

Beribu pejabat di Bandar Raya New York, Shutterstock mempunyai pejabat di seluruh dunia serta para pelanggan di lebih 150 buah negara. Syarikat ini juga memiliki Splash News, sebuah agensi berita hiburan terkemuka di dunia untuk bilik berita dan syarikat media di seluruh dunia, Pond5, sebuah pasaran video terbesar di dunia, TurboSquid, sebuah pasaran kandungan 3D terbesar di dunia; PicMonkey, sebuah platform penyuntingan imej dan reka bentuk grafik dalam talian yang terkemuka; Offset, sebuah koleksi imej mewah; Shutterstock Studios, sebuah kedai kreatif tersuai serba lengkap; PremiumBeat, sebuah pustaka muzik tanpa royalti; Shutterstock Editorial, sebuah sumber utama bagi imej dan video editorial untuk media di seluruh dunia; Amper Music, sebuah platform muzik yang dipacu AI (Kecerdasan Buatan); dan Bigstock, sebuah tawaran media stok berorientasikan nilai.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.shutterstock.com dan ikuti Shutterstock di Twitter dan di Facebook.

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1075411/shutterstock_Logo.jpg?p=medium600

Source: Shutterstock, Inc.
Related Stocks:
NYSE:SSTK
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Personnel announcements