omniture

Artmarket.com mengemukakan laporan setengah tahun Artprice 2022: pasaran seni kembali bertumbuh kukuh di Barat

Artmarket.com
2022-09-12 21:25

PARIS, 12 September 2022 /PRNewswire/ -- Pusing ganti global daripada jualan lelong Seni Halus meningkat kepada 8.8% pada Setengah Tahun Pertama 2022, walaupun terdapat gelombang baharu Covid-19 di China. Artprice merekodkan jumlah transaksi lelong yang tinggi di seluruh dunia dan menyaksikan peningkatan minat terhadap karya oleh artis dari separuh kedua abad ke-20 dan permulaan abad ke-21, yang harganya sangat mudah berubah.

 

Four indicators of the health of global Fine Art auction activity in H1 2022
Four indicators of the health of global Fine Art auction activity in H1 2022

 

thierry Ehrmann, Presiden, dan Pengasas Artmarket.com: "Kajian komprehensif berkenaan hasil lelong awam mendedahkan persaingan yang semakin meningkat antara New York, London, dan Hong Kong. Persaingan ini dengan pantas menaikkan harga karya artis muda ke tahap yang biasanya dikhaskan untuk artis yang hebat. Sempena pesta Frieze London dan Paris+ (Paris+ dianjurkan oleh Art Basel), Artprice akan menerbitkan laporan eksklusif yang dikhaskan untuk Seni 'Kontemporari  Ultra': istilah yang menandakan satu dinamik yang sedang berkembang dalam kalangan artis bawah 40 tahun seperti Matthew Wong, Avery Singer, dan Refik Anadol

Analisis Pasaran Seni yang dibentangkan dalam Laporan Setengah Tahun Pertama 2022 ini adalah berdasarkan hasil lelong awam Seni Halus yang direkodkan oleh Artprice dan hanya melibatkan lukisan, seni arca, fotograf, cetakan, video, pemasangan, dewangga serta NFT, dan tidak termasuk karya kuno, harta kebudayaan tanpa nama, dan perabot. Semua harga yang ditunjukkan dalam Laporan ini merujuk pada hasil lelong awam termasuk yuran pembeli, dan simbol $ merujuk pada dolar Amerika.

ANGKA PENTING SETENGAH TAHUN PERTAMA 2022

  • Lelongan Seni Halus Global mencecah $7.49 bilion.
  • Tempoh setengah tahun pertama kelima paling berjaya yang pernah direkodkan bagi pasaran seni.
  • Kenaikan sebanyak 8.8% berbanding setengah tahun pertama pada tahun 2021.
  • Sebanyak 326,000 lot telah dijual pada setengah tahun pertama 2022 berbanding 313,400 pada setengah tahun pertama 2021
  • Christie's memperoleh hasil seni lelongan kedua terbaik sepanjang masa dengan jumlah $195 juta.
  • Kadar tidak terjual meningkat kepada 31% berbanding 27% pada setengah tahun pertama 2021.
  • Dengan pusing ganti sebanyak $3.27 bilion, New York merupakan peneraju pasaran di dunia.
  • Di tempat kedua dan tempat ketiga, London memperoleh $1.43 bilion dan Hong Kong mengutip $610 juta.
  • Tidak jauh ketinggalan, pasaran seni Paris menjana $518 juta dan telah menarik perhatian lebih banyak institusi antarabangsa.
  • Christie's dan Sotheby's telah menyumbang sebanyak 38% bagi pusing ganti seni halus global.
  • Koleksi Macklowe menjadi koleksi paling mahal yang pernah dijual di dunia, menjana $922 juta.
  • 180 NFT telah dijual di lelongan dan menjana $8.5 juta.

ORGANISASI DAN STRUKTUR PASARAN SENI

Apabila krisis kesihatan mula berkurangan, lelongan Seni Halus selesa pada kadar tidak terjual sebanyak 31%, iaitu hampir satu dalam tiga karya yang ditawarkan untuk dijual. Paras ini bersesuaian dengan purata yang stabil sepanjang dua puluh tahun lalu, iaitu turun naik antara 36% pada tahun 2009 dengan 27% pada tahun 2021. Sememangnya, penunjuk pasaran utama memberikan reaksi yang agak berbeza berbanding reaksi ketika krisis besar sebelum ini yang melibatkan pasaran seni global, iaitu krisis kewangan pada tahun 2009. Pada masa itu, pengumpul memutuskan untuk kurang mengambil risiko kewangan, manakala krisis kesihatan pada tahun 2021 mendorong pembeli untuk bertukar kepada saluran jualan baharu yang dilaksanakan secara elektronik sepenuhnya.

Dalam setengah tahun pertama 2022, pasaran telah menemui keseimbangan baharu yang terjadi akibat kewujudan bersama dua saluran jualan yang berbeza namun saling melengkapi (satu berbentuk fizikal, dan satu lagi digital), yang membolehkan transaksi lelongan diteruskan pada kadar yang sihat dan merekodkan angka yang bersejarah, iaitu326,000 lot Seni Halus dalam masa enam bulan. Padasetengah tahun pertama 2022, jumlah ini semakin meningkat ke satu tahap yang tidak pernah dicapai sebelum ini, walaupun beberapa lelongan di China terpaksa ditangguhkan (menyebabkanjumlah pusing gantinya menurun kepada 53%) disebabkan oleh gelombang Covid-19 tambahan.

Amerika Syarikat (meningkat 42% berbanding setengah tahun pertama 2021) dan United Kingdom (meningkat 26%) telah memacu pertumbuhan. Dua pasaran Anglo-Saxon yang berkuasa telah menyumbang dua pertiga daripada pusing ganti lelongan Seni Halus global. China, bagi pihaknya, hanya menyumbang 12% daripada pusing ganti lelongan global, yang sebahagian besarnya diraih oleh Hong Kong yang menyumbang 70% daripada nilai keseluruhan  pasaran seni China (termasuk Hong Kong, Macau dan Taiwan).

Pasaran Perancis terus meningkat (+14%) dan kukuh di tempat keempat di hadapan Jerman (-5%) selepas prestasi sensasi pada tahun 2021. Selain daripada kehadiran Christie's dan Sotheby's, beberapa pengendali lelongan Paris telah menunjukkan prestasi yang sangat luar biasa: Antaranya, Artcurial (+42%) dan Aguttes (+154%). Sementara itu,  ibu negara Perancis semakin menarik perhatian beberapa pemain antarabangsa utamaseperti David Zwirner, sementara  galeri Gagosian dan Continua telah membuka ruang baharu di Perancis. Paris gembira menyambut ketibaan Hauser & Wirth tidak lama lagi dan juga pembukaan bilik lelongan Phillips. Bonhams pula telah mengambil alih rumah lelongan Perancis, Cornette de Saint-Cyr (yang beroperasi di Paris dan Brussels). Akhir sekali, syarikat Art Basel akan menjadi penganjur rasmi pesta seni musim luruh antarabangsa yang akan dianjurkan di Grand Palais di Paris, dinamakan Paris+, yang akan menggantikan FIAC.

Jepun dan Switzerland juga memulakan tahun 2022 dengan cemerlang dengan peningkatan jumlah pusing ganti lelongan masing-masing sebanyak 74% dan 145% . Tanpa bersaing terus dengan Hong Kong (yang tujuh kali lebih tinggi), Tokyo meletakkan kedudukannya dalam benua Asia sebagai hab untuk artis kontemporari utama, termasuk Andy Warhol, Yoshitomo Nara, Yayoi Kusama, dan bakat muda seperti Mr Doodle dan Ayako Rokkaku (dilahirkan pada tahun 1982), yang memperoleh jualan lelong melebihi $18.6 juta pada tahun ini. Bagi pihaknya, Switzerland terus mengukir nama di pasaran Pasca Impresionis dan Seni Lukis Moden, dengan jualan karya penting oleh Ferdinand Hodler, Alberto Giacometti, dan Marc Chagall.

 

Ferdinand Hodler, Der Brienzersee von Breitlauenen aus (1906); sold for CHF 2,875,000 (~$3 million) on 17 June 2022 by Galerie Kornfeld in Bern
Ferdinand Hodler, Der Brienzersee von Breitlauenen aus (1906); sold for CHF 2,875,000 (~$3 million) on 17 June 2022 by Galerie Kornfeld in Bern

 

https://www.artprice.com/artist/13632/ferdinand-hodler/painting/27034374/der-brienzersee-von-breitlauenen- aus

TREND: NFT DAN SENI KONTEMPORARI ULTRA

Setelah dilonjakkan ke pentas utama pada Mac 2021 dengan hasil lelongan awam sebanyak $69.4 juta, NFT(token-tidak sepiawai) telah mencipta revolusi dalam pasaran seni, dengan jenis karya baharu, pengumpul baharu, dan mata wang baharu. 

Daripada 277 NFT yang dilelong pada setengah tahun pertama 2022, 65% dijual pada harga purata $47,000. Situasi ini sangat berbeza pada setengah tahun kedua 2021 apabila 225 NFT telah ditawarkan untuk dijual, dan 86% daripadanya telah dijual pada harga purata $520,000. Karya Beeple, Human One (2021) telah memperoleh hampir $29 juta pada bulan November lalu di Christie's, manakala hasil NFT terbaik pada setengah tahun pertama 2022 hanyalah sebanyak $1.38 juta untuk Living Architecture: Casa Batlló (2022) oleh Refik Anadol.

104 CryptoPunks yang diumumkan oleh Sotheby's pada Februari 2022 akhirnya ditarik balik menjelang hari jualan berjadual mereka. Penarikan lot, yang dianggarkan sebanyak $20 dan $30 juta, menggariskan bagaimana pemain NFT ragu-ragu tentang perkhidmatan yang disediakan oleh pengantara tradisional . Bukan sahaja lot itu mahal (jumlah kos transaksi pada purata 20% berbanding dalam 2% hingga 3% melalui platform NFT) tetapi juga dilaksanakan mengikut jadual yang kurang fleksibel. Namun, rumah lelongan utama meneruskan usaha mereka untuk turut serta dalam pasaran sedia ada, walaupun mereka jarang dapat menjual koleksi NFT utama (BAYC, WoW, dll.). Buat masa ini, projek seperti itu tidak memerlukan usaha pemasaran atau pengesahan kawalan daripada rumah lelongan.

Pada masa sama, mata wang kripto yang mudah berubah, telah menambahkan lagi  rasa tidak percaya pengumpul tradisional terhadap pasaran baharu ini. Keadaan yang tenang ini memberikan peluang kepada artis, peniaga, pengumpul, dan institusi – bermula dengan muzium – menelitikarya digital dan mempertimbangkan untuk memperoleh NFT tanpa tekanan daripada rekod penjualan dan media secara berlebihan.  

https://www.artprice.com/nft

Fenomena NFT berpunca daripada keghairahan yang sama seperti yang disaksikan oleh Artprice terhadap karya artis muda, yang sebahagiannya memperoleh keuntungan berjuta dolar walaupun sebelum karya mereka dipamerkan di muzium utama atau sebelum mereka menikmati pertunjukan solo di galeri. Rekod bagi lelongan yang diadakan baru-baru ini untuk karya artis bawah 40 tahun (karya terbaharu telah diperdagangkan di pasaran peringkat kedua) akan dianalisis untuk Laporan Artprice Seni Kontemporari Ultra yang akan diterbitkan pada Oktober 2022. Ini adalah peluang yang besar untuk menonjolkan kejayaan dan pengaruh pelukis muda wanita yang semakin meningkat.

 

10 rekod peribadi teratas untuk artis bawah 40 tahun pada lelongan setengah tahun pertama 2022

©artprice.com

1. Avery Singer (1987): $5,253,000

2. Christina Quarles (1985): $4,527,000

3. Jennifer Packer (1984): $2,349,000 

4. María Berrio (1982): $1,562,500

5. Robbie Barrat (1999): $841,317

6. Robert Nava (1985): $639,401 

7. Issy Wood (1993): $588,042

8. Lauren Quin (1992): $588,042

9. Louis Fratino (1993): $365,400

10. Jordy Kerwick (1982): $277,200

LIMA HASIL LUAR BIASA PADA SETENGAH TAHUN PERTAMA 2022

Karya Andy Warhol Shot Sage Blue Marilyn memperoleh bidaan lelongan seni kedua paling tinggi. Buat pertama kali sejak penjualan lukisan Salvator Mundi karya Leonardo Da Vinci pada November 2017 (empat setengah tahun yang lalu), pasaran ultra mewah kembali dengan hasil yang sekali lagi mempersoalkan tanggapan dan karya agung dan nilainya. Jualan amal yang menghasilkan keputusan ini telah dijamin oleh Christie's dan berakhir dengan hasil sebanyak $195 juta (termasuk yuran). 'Lukisan' ini diperoleh oleh Larry Gagosian, pemilik galeri yang berkuasa yang telah menjual kanvas ini kepada Thomas Ammann pada permulaan 1980-an.

https://www.artprice.com/artist/30269/andy-warhol/painting/26798865/shot-sage-blue-marilyn?p=1

Rumah lelongan Perancis iaitu Artcurial mendapat penghormatan untuk mempersembahkan lukisan alam benda yang luar biasa oleh Jean-Baptiste Chardin, Le panier de fraises des bois, yang dilukis pada tahun 1761 dan dipamerkan pada tahun sama di Grand Salon di Paris. Walaupun ini merupakan penampilan pertama lukisan ini di acara lelongan, pakar seni Eric Turquin menegaskan akan kepentingan sejarah karya ini, ini dibuktikan melalui label di bahagian belakang lukisan, yang dimasukkan dalam banyak pameran berprestij di seluruh dunia. Lukisan menakjubkan dan halus yang merupakan karya agung Jean-Baptiste Chardin dianggarkan berjumlah antara $13 dan $16 juta dan akhirnya dijual dengan harga $26.8 juta.

https://www.artprice.com/artist/45915/jean-baptiste-simeon-chardin/painting/26388579/le-panier-de-fraises-des-bois?p=1

Penjualan paling sensasi pada tahun ini dicipta oleh kanvas The Sugar Shack (1976) oleh Ernie Barnes (1938 - 2009). Tahun lepas, pelukis Afrika-Amerika telah mencatatkan rekod lelongan terbaharu iaitu sebanyak $550,000. Tetapi, pada 12 Mei tahun ini, Christie's telah mengeluarkan lukisan, The Sugar Shack (1976) di New York dengan anggaran antara $150,000 - $200,000. Karya ini dijual dengan harga $15,275,000, 100 kali ganda lebih daripada anggaran yang rendah. Pada hari dan minggu berikutnya, enam lagi lukisan utama Ernie Barnes yang dilelong di Christie's dan Bonhams, dan kesemuanya dijual melebihi daripada yang dianggarkan. 

Pada tahun lepas, artis Jepun Yayoi Kusama menjadi artis wanita pertama yang memasuki 10artis terbaik di duniaberdasarkan pengiraan oleh Artprice (kesemua tempoh penciptaan itu digabungkan). Beliau juga menjadi artis aktif ketiga terbaik pada tahun ini di belakang Gerhard Richter dan Banksy. Pada tahun ini, sekali lagi Yayoi Kusama telah mengulangi pencapaiannya dengan penjualan sebanyak 208 lot di seluruh dunia dengan jumlah melebihi $115 juta. Beliau juga mencipta rekod lelongan terbaharu apabila karyanya iaitu Untitled (Nets) (1959) memperoleh $10.5 juta di Phillips pada 18 Mei 2022.

https://www.artprice.com/artmarketinsight/yayoi-kusama -at-last-a-female-artist-in-the-global-top-10

Matthew Wong akan berusia 38 tahun jika dia tidak mengambil nyawanya sendiri pada tahun 2019. Sejak kematiannya, lukisannya menikmati kejayaan yang menakjubkan di bilik lelongan. Pada 19 Mei 2022, karyanya iaitu  Night Watcher (2018) telah dibeli dengan harga $5.9 juta di Christie's New York. Pada setengah tahun pertama 2022, Matthew Wong berada di kedudukan ke-52 dalam kedudukan artis global oleh pusing ganti lelong (semua tempoh penciptaan itu digabungkan), suatu kejayaan yang mempunyai sentuhan Basquiat, walaupun kedudukan Wong dalam sejarah seni masih belum dikenali.

Baca Laporan Setengah Tahun Pertama 2022 Pasaran Seni Global Artprice.com dalam talian di:

https://www.artprice.com/artprice-reports/global-art-market-in-h1-2022-by-artprice-com

Maklumat dan kajian ekonometrik yang dihasilkan oleh Artmarket.com disampaikan dengan unik bertujuan untuk menganalisis dan memahami realiti pasaran seni secara statistik dan tidak patut dijadikan sebagai nasihat atau cadangan atau untuk permintaan untuk melabur dalam pasaran seni. 

Imej: [https://imgpublic.artprice.com/img/wp/sites/11/2022/08/image1-H1-Evolution-Fine-Art-Auction-Sales.jpg]

[https://imgpublic.artprice.com/img/wp/sites/11/2022/08/image2-Ferdinand-Hodler.jpeg]

Hak Cipta 1987-2022 thierry Ehrmann  www.artprice.com - www.artmarket.com

Jangan ragu-ragu untuk menghubungi Jabatan Ekonometrik  kami untuk keperluan anda berkenaan statistik dan kajian peribadi: econometrics@artprice.com

Cuba perkhidmatan kami (demo percuma): https://www.artprice.com/demo

Langgani perkhidmatan kami: https://www.artprice.com/subscription

Tentang Artmarket:

Artmarket.com disenaraikan pada Eurolist oleh Euronext Paris, SRD panjang sahaja dan Euroclear: 7478 - Bloomberg: PRC - Reuters: ARTF.

Terokai Artmarket dan jabatan Artprice dalam video: www.artprice.com/video

Artmarket dan jabatan Artprice telah ditubuhkan pada 1997 oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, thierry Ehrmann. Artmarket dan jabatan Artprice dikawal oleh Groupe Serveur, yang diwujudkan pada 1987.

Lihat biografi yang diperakui dalam Who's who ©:
Biographie_thierry_Ehrmann_2022_WhosWhoInFrance.pdf

Artmarket adalah pemain global dalam Pasaran Seni bersama, antara struktur lain, jabatan Artprice-nya, peneraju dunia dalam pengumpulan, pengurusan dan eksploitasi maklumat pasaran seni sejarah dan semasa dalam bank data yang mengandungi lebih 30 juta indeks dan hasil lelongan, meliputi lebih daripada 787,000 artis.

Artprice oleh Artmarket, peneraju dunia dalam maklumat tentang pasaran seni, telah menetapkan sendiri cita-cita melalui Global Standardized Marketplace untuk menjadi platform NFT Seni Halus terkemuka di dunia.

Artprice Images® membolehkan akses tanpa had kepada bank imej Pasaran Seni terbesar di dunia: tidak kurang daripada 180 juta imej digital gambar atau penghasilan semula karya seni yang diukir dari tahun 1700 hingga ke hari ini, diulas oleh ahli sejarah seni kami.

Artmarket bersama jabatan Artprice-nya mengumpul data secara tetap daripada 6300 Rumah Lelongan dan menghasilkan maklumat Pasaran Seni utama untuk akhbar utama dan agensi media (7,200 penerbitan). Seramai 5.4 juta pengguna ('ahli log masuk'+media sosial) mempunyai akses kepada iklan yang disiarkan oleh ahli lain, rangkaian yang hari ini mewakili Global Standardized Marketplace® terkemuka untuk membeli dan menjual karya seni pada harga tetap atau bida (lelongan dikawal selia oleh perenggan 2 dan 3 Perkara L 321.3 Kod Komersial Perancis).

Artmarket bersama jabatan Artprice-nya, telah dianugerahkan label Negeri "Syarikat Inovatif" oleh Public Investment Bank (BPI) (buat kali kedua pada November 2018 untuk tempoh baharu 3 tahun) yang menyokong syarikat itu dalam projeknya untuk memperkukuh kedudukannya sebagai pemain global dalam seni pasaran.

Laporan Pasaran Seni Global Artprice oleh Artmarket 2020 diterbitkan pada Mac 2022:
https://www.artprice.com/artprice-reports/the-art-market-in-2021

Laporan Pasaran Seni Kontemporari Artprice 2020/21 oleh Artmarket.com:
https://www.artprice.com/artprice-reports/the-contemporary-art-market-report-2021

Indeks siaran akhbar yang disiarkan oleh Artmarket dengan jabatan Artprice-nya:
serveur.serveur.com/Press_Release/pressreleaseEN.htm

Ikuti berita Pasaran Seni dalam masa sebenar dengan Artmarket dan jabatan Artprice-nya di Facebook dan Twitter:

www.facebook.com/artpricedotcom/ (lebih 5.9 juta pengikut)

twitter.com/artmarketdotcom

twitter.com/artpricedotcom

Terokai alkimia dan dunia Artmarket dan jabatan artprice-nya https://www.artprice.com/video berpangkalan di Muzium Seni Kontemporari Organe yang terkenal "The Abode of Chaos" (dixit The New York Times): https://issuu.com/demeureduchaos/docs/demeureduchaos-abodeofchaos-opus-ix-1999-2013

Hubungi Artmarket.com dan jabatan Artprice - Hubungi: thierry Ehrmann ir@artmarket.com

 

 

Infographic - https://mma.prnasia.com/media2/1891851/Artmarket_Fine_Art_Infographic.jpg?p=medium600
Photo - https://mma.prnasia.com/media2/1891852/Artmarket_Ferdinand_Hodler.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1009603/Art_Market_logo.jpg?p=medium600

 

 

Source: Artmarket.com
Related Stocks:
Berlin:AJP Bloomberg:PRC@FP Dusseldorf:AJP Euroclear:7478 EuronextParis:PRC Frankfurt:AJP ISIN:FR0000074783 LSE:0DM3 RICS:ARTF RICS:ARTF.PA Stuttgart:AJP
Keywords: Art Banking/Financial Service Computer/Electronics Electronic Commerce Entertainment Multimedia/Online/Internet