omniture

Huawei Cloud Meeting Permudah Ceramah Taikonaut Shenzhou-14 dengan Belia Afrika

HUAWEI CLOUD
2022-09-12 23:18 89

SHENZHEN, China, 12 September 2022 /PRNewswire/ -- Tiga angkasawan Cina (taikonaut) Shenzhou-14 yang kini berada di angkasa lepas, mengambil bahagian dalam dialog bersama pelajar-pelajar dari beberapa negara Afrika melalui pautan video pada 6 September. Di sebalik kejayaan acara yang distrim langsung di seluruh dunia ini ialah sokongan tidak berbelah bahagi yang diberikan oleh Huawei Cloud Meeting yang memastikan sambungan video yang lancar antara semua peserta.


Tahun ini merupakan ulang tahun ke-20 pembentukan hubungan diplomatik antara China dan Kesatuan Afrika. Aktiviti tersebut, yang dianjurkan secara bersama oleh Mission of China to the African Union, China Manned Space Agency (CMS) dan African Union Commission (AUC), ialah salah satu aktiviti yang dianjurkan bagi meraikan peristiwa berkenaan. Ia merupakan kali pertama taikonaut berkenaan terlibat dalam dialog secara langsung bersama remaja Afrika.

Remaja dari Algeria, Mesir, Etiopia, Namibia, Nigeria, Senegal, Somalia dan Afrika Selatan berpeluang untuk mengajukan soalan kepada ketiga-tiga taikonaut tersebut. Taikonaut Chen Dong, Liu Yang dan Cai Xuzhe ketika ini mempunyai misi di stesen angkasa Tiangong dan ketiga-tiganya menjawab soalan berkenaan kehidupan di angkasa lepas, eksperimen saintifik dan pertumbuhan yang dialami oleh mereka.

Rangkaian global SparkRTC memastikan sambungan video HD masa sebenar yang stabil untuk peserta-peserta mesyuarat di lapangan mahupun dalam talian di China dan negara-negara Afrika yang disebut di atas. Interpretasi serentak antara Bahasa Cina, Bahasa Inggeris dan Bahasa Perancis membolehkan setiap orang mengekspresikan idea mereka dengan mudah dan memahami satu sama lain dengan lebih baik. Pelbagai fungsi kawalan mesyuarat memastikan agar acara tersebut berjalan dengan cara yang teratur. Pasukan jaminan hujung-ke-hujung profesional dan perkhidmatan global Huawei Cloud melancarkan sambungan video.

Huawei Cloud Meeting memastikan akses yang stabil dari lebih 170 negara dan wilayah. Ia memegang rekod prestasi terbukti kerana telah dibawakan di lebih 500 persidangan antarabangsa dan mendapat kepercayaan daripada lebih 1.5 juta pelanggan baik dalam sektor swasta mahupun sektor awam. Penyelesaian mesyuarat awan profesional ini membantu organisasi-organisasi beralih kepada digital dan meningkatkan kecekapan.

 

Source: HUAWEI CLOUD
Keywords: Aerospace/Defense Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications