omniture

Xinhua Silk Road: Projek-projek bernilai berbilion-bilion ditandatangani di Kunshan, Timur China

Xinhua Silk Road
2022-09-13 00:48 82

BEIJING, 13 September 2022 /PRNewswire/ -- Sebuah persidangan tentang pembangunan industri baru muncul telahpun diadakan pada hari Rabu di Kunshan, menyambut ulang tahun ke-30 zon pembangunan ekonomi dan teknologi (ETDZ) serta menyaksikan beberapa projek dimeterai, dimulakan dan disiapkan.

Foto menunjukkan pemandangan Kunshan di Wilayah Jiangsu, timur China. [Foto disediakan untuk Xinhua Silk Road]
Foto menunjukkan pemandangan Kunshan di Wilayah Jiangsu, timur China. [Foto disediakan untuk Xinhua Silk Road]

Sebanyak tiga puluh tiga projek dengan jumlah pelaburan sebanyak lebih 50 bilion yuan (kira-kira 7.18 bilion dolar A.S.) ditandatangani di bandar Kunshan di Wilayah Jiangsu, timur China, meliputi bidang ekonomi digital, pembuatan pintar dan tenaga baharu. Sementara itu, sejumlah 45 projek dimulakan secara rasmi dan 46 projek disiapkan, menurut pihak penganjur acara berkenaan.

Di samping itu, dua platform baharu, termasuk pangkalan Beijing Stock Exchange Kunshan dan pusat inkubasi perusahaan bersaiz kecil dan sederhana Kunshan diperkenalkan semasa acara tersebut.

Kunshan ialah perintis dalam usaha pembukaan China. Diluluskan sebagai zon pembangunan ekonomi dan teknologi peringkat negeri oleh Majlis Negeri negara ini pada tahun 1992, Kunshan telah menarik pelaburan asing sebanyak lebih 43 bilion dolar A.S. dari 51 negara dan wilayah, disalurkan dalam lebih daripada 2,700 projek. Terdapat 52 perusahaan Global Fortune 500 menubuhkan kilang di Kunshan.

Pada tahun 2021, Kunshan merekodkan keluaran dalam negara kasar (KDNK) serantau sebanyak 474.81 bilion yuan, mencatatkan lebih 1 trilion daripada jumlah keluaran oleh perusahaan perindustrian melebihi saiz yang ditetapkan dan menyaksikan jumlah eksport dan import bernilai 106.6 bilion dolar A.S., dengan angka dagangan asing menduduki kedudukan pertama antara bandar-bandar peringkat daerah China.

Pencapaian tersebut dilakar hasil daripada usaha Kunshan dalam mengoptimumkan persekitaran perniagaan. Ia telah memperkenalkan dasar baharu selama empat tahun berturut-turut bagi menambah baik iklim perniagaan.

Lihat pautan asal: https://en.imsilkroad.com/p/329900.html

 

 

Source: Xinhua Silk Road
Keywords: Banking/Financial Service Publishing/Information Service