omniture

International Design Studio memenangi Anugerah World Architecture News (WAN) 2013

International Design Studio (IDS)
2013-11-01 10:23 164

SINGAPURA, 1 November 2013 /PRNewswire/ -- International Design Studio (IDS) memenangi Anugerah WAN 2013 yang berprestij dalam Kategori Kediaman seperti yang diumumkan semasa Hari Seni Bina Dunia tahun ini di Bandar Raya New York pada 7 Oktober 2013. Pemenang kategori 'Skema Masa Hadapan' ialah Icon Residence, Mont' Kiara di Kuala Lumpur oleh IDS yang diilhamkan bagi menyerupai fantasi dan keindahan resort dan pekan menghadap lautan yang terkemuka di Mediterranean. Sejak tatapan pertama lagi, para hakim mendapati rekaannya begitu menawan dan disusun atur dengan begitu rapi meskipun saiz projek pembangunan itu besar.

Panel hakimnya, yang termasuk Christina Seilern daripada Studio Seilern Architects menyatakan IDS berjaya menghasilkan bangunan yang begitu besar dengan skala yang begitu kecil. Peter Murray, Pengerusi NLA – Pusat Alam Bina London, berpendapat ia mempunyai 'ruang dalaman yang cantik.' Ted Cullinan daripada Cullinan Studio suka dengan kewujudan taman di seluruh projek pembangunan itu dan mereka semua mengakui bukannya mudah untuk menghasilkan rekaan yang serumit itu.

IDS, firma seni bina yang memenangi anugerah yang berpusat di Singapura, diketuai oleh Dr Timothy Seow, Phing Seow, Ho Lih Liang dan Henry Lagansua. Firma itu cuba untuk mencabar penyelesaian rekaan konvensional dan menerokai pilihan baharu yang menguji batas kepelbagaian kreatif Mont' Kiara yang menyediakan persekitaran kehidupan hijau yang melibatkan Mont' Kiara serta kawasan hijau di dalamnya secara fizikal dan juga visual.

Profil unit yang berubah-ubah secara tiga dimensi, jambatan yang menghubungkan ruang dalaman dan luaran menghasilkan gabungan antara muka menegak dan melintang yang menguja yang terdiri daripada teres, taman, dek dan taman langit yang dihubungkan pada ketinggian yang tinggi, lalu menyediakan pautan fizikal dan visual kepada persekitaran hijau semula jadi, dan memberikan pemandangan yang melegakan mata antara kediaman yang tinggi/padat. Taman langit di lobi lif juga menyediakan kelegaan hijau di tingkat yang berselang-selang sepanjang pergerakan lif itu menaik dan menurun.

"Ruang dan bentuk yang berkepelbagaian ini menghasilkan projek pembangunan yang kompleks dan menawan serta padan secara semula jadi dengan landskap dan suasana Mont' Kiara. Rekaan ini juga menangani isu jangka panjang untuk kemampanan dan ini menunjukkan komitmen kami terhadap penyelesaian seni bina yang memenangi anugerah bagi semua projek kami seluruh dunia," kata Dr Timothy Seow, Pengarah Eksekutif.

Icon Residence, Mont' Kiara juga merangkul Anugerah Hartanah Antarabangsa (2012-2013) – Seni Bina Bangunan Tinggi Terbaik untuk Asia Pasifik dan Malaysia.

Tentang International Design Studio (IDS)

IDS ialah firma seni bina yang memberikan penyelesaian seni bina yang memenangi anugerah untuk projek seluruh dunia termasuklah di China, Indonesia, Malaysia, Dubai, Bahrain, India, Filipina dan Singapura. Ditubuhkan oleh Dr Timothy Seow, IDS bermula sebagai studio butik yang mengkhusus terhadap ciptaan paradigma baharu untuk projek pembangunan yang mampan dan ikonik. Dalam tempoh yang singkat, firma ini telah menerima pelbagai projek berprestij untuk bangunan kediaman, komersil, hospitaliti dan institusi di rantau Asia dan Timur Tengah. Dengan bilangan klien yang meningkat seluruh dunia, IDS mempunyai rancangan untuk perluasan bagi memenuhi keperluan klien dan projek antarabangsa.

Bagi maklumat lanjut, lawati kami di www.intl-ds.com.

Hubungan Media

Angeline Lim
Eksekutif Pentadbiran
Tel: +65 6377 9550
E-mel: angeline.lim@intl-ds.com

Source: International Design Studio (IDS)
Related Links:
Keywords: Art Construction/Building Awards