omniture

Penerbitan DarwinHealth Melaporkan Protokol Rancangan Penyelidikan Ubat-ubatan Kanser Sebatian-ke-Klinik Berasaskan Titik Semak Tumor: Menjelaskan Hala Tuju Pesakit-ke-Model-ke-Pesakit untuk Pengecaman dan Pengesahan Klinikal Novel Berasaskan Mekanisme yang Tepat dan Agen Terapeutik Lulus FDA yang Menyasarkan Reka Bentuk Kawalan Tumor

DarwinHealth
2022-09-14 20:06 0

NEW YORK, 14 September 2022 /PRNewswire/ -- DarwinHealth, Inc., (www.DarwinHealth.com) sebuah syarikat penyelidikan ubat-ubatan kanser dan bioteknologi yang berpangkalan di New York, mengumumkan penerbitan dalam talian bertarikh 9 September 2022 dalam Protokol Semasa (Wiley Science) tentang rancangan penyelidikan dan pengesahan ubat kanser proprietari kepunyaannya, "Protokol penyelidikan biopenanda dan ubat kanser Pesakit-ke-Model-ke-Pesakit (PMP) bagi mengenal pasti dan mengesahkan ejen terapeutik yang menyasarkan reka bentuk kawalan tumor."

Pautan ke artikel tersedia di sini: https://currentprotocols.onlinelibrary.wiley.com/doi/10.1002/cpz1.544

Sebagaimana yang ditekankan oleh para saintis dalam penerbitan mereka, protokol Pesakit-ke-Model-ke-Pesakit (PMP), yang mewakili rancangan/teknologi penyelidikan ubat-ubatan asas, biopenanda dan sasaran kanser baharu DarwinHealth, yang menangani kelemahan semasa pembangunan ubat-ubatan kanser secara langsung, termasuk ketidakupayaan untuk menjalin hubungan secara tepat dan boleh diramal antara tiga elemen penting yang diperlukan untuk penyelidikan dan pengesahan ubat yang berjaya dalam ujian ke atas manusia termasuk: (a) mengenal pasti pendorong dan penentu biologi mekanistik keadaan sel kanser; (b) menciri dan menyasarkan molekul sasaran terapeutik yang signifikan dan penting yang mengawal keadaan transkripsi sel kanser; dan (c) menghasilkan biopenanda yang sah sebagai peramal yang tepat bagi tindak balas klinikal dalam persekitaran ujian.

Halangan kepada rawatan kanser berasaskan ketepatan dan penyelidikan ubat-ubatan ini menjadi lebih kompleks disebabkan sifat kanser yang heterogen, satu cabaran yang ditangani oleh kumpulan DarwinHealth menggunakan analisis satu sel dengan gabungan alat algoritma proprietari yang seterusnya membolehkan taksonomi subjenis tumor berdasarkan keadaan identiti transkripsi mereka.

Dengan memanfaatkan rangka kerja berasaskan onkotektural untuk biologi kanser, pendekatan PMP yang dilaporkan oleh DarwinHealth menggunakan algoritma pengkomputeran dan metodologi eksperimen untuk membina semula dan menyiasat logik kawalan sel kanser manusia untuk mengenal pasti dan menyasarkan "titik semak tumor" secara terapeutik menggunakan agen farmakologi sedia ada dan baharu. Dan yang penting, protokol PMP dapat mengenal pasti daripada sampel tumor pesakit tertentu secara sistematik, iaitu melalui protein Regulator Induk (MR) yang terdiri daripada titik semak tumor. Kemudian, menggunakan profil ekspresi gen (jujukan RNA), ia mengenal pasti model in vitro dan in vivo yang membentuk titisan sel dan model haiwan yang sesuai melalui penyusunan semula titik semak tumor pesakit untuk menjelaskan lagi mekanisme tindakan ubat-ubatan berasaskan tisu dan konteks yang khusus.

Penggunaan model yang sepadan ini membolehkan pengesahan praklinikal bagi keberkesanan ubat berasaskan biopenanda yang tepat, yang hasilnya boleh diterjemahkan untuk digunakan dalam ujian manusia dan pengesahan PDX yang lebih canggih dan sedang dilaksanakan menggunakan teknologi ini. Secara khususnya, gabungan mekanisme tindakan berasaskan konteks ubat-ubatan khusus dan pengenalpastian titik semak tumor pesakit yang tepat menghasilkan biopenanda berasaskan mekanisme secara peribadi untuk memperkaya ujian klinikal prospektif dengan pesakit yang amat cenderung untuk bertindak balas terhadap terapi farmakologi yang sedang diselidiki.

Wartawan sains Forest Ray, PhD menjelaskan implikasi platform penyelidikan biopenanda dan ubat-ubatan PMP DarwinHealth secara saintifik dan komersial dengan melaporkan tentang kertas kajian ini serta teknologinya dalam sebuah artikel yang diterbitkan secara dalam talian untuk genomeweb. Pautan disertakan di sini:

https://www.genomeweb.com/biomarker-discovery-validation/darwinhealth-applies-systems-bio-workflow-improve-clinical-trial#.Yx2tXi8RpB0

"PMP ialah sebuah protokol yang dipacu sistem biologi dan berpusatkan pesakit yang menyepadukan kaedah pengkomputeran yang sangat canggih dengan pendekatan eksperimen—menggabungkan ketepatan analisis satu sel—untuk mengoptimum dan mempercepat penyelidikan ubat-ubatan," ujar pengarang utama, Dr. Pasquale Laise, Pengarah Kanan Biologi Pengkomputeran DarwinHealth. "Walaupun Protokol ini adalah menyeluruh dan boleh digunakan pada mana-mana jenis atau subjenis kanser, setiap langkah rancangan penyelidikan PMP disesuaikan dengan profil molekul tumor daripada sampel pesakit individu dan dengan itu, ia juga dapat mengenal pasti kumpulan besar pesakit yang mewakili jenis farmakologi berbeza yang dikaitkan dengan biopenanda mekanistik, suatu penyelarasan yang memaksimumkan peluang kejayaan ujian klinikal yang berpandukan biopenanda."

Sasaran dan pengenalpastian berasaskan ubat-ubatan ke atas titik semak tumor merupakan ciri khas metodologi proprietari DarwinHealth yang memberi tumpuan kepada pembangunan ubat-ubatan kanser. "Protokol PMP merupakan suatu pendekatan sistematik untuk mengenal pasti dan menyasarkan set protein kawalan utama (atau regulator induk) yang mengawal identiti transkripsi [keadaan fenotip] sel kanser, yang membezakan pelan hala tuju pembangunan ubat-ubatan Campuran-ke-Klinik (C2C) ini daripada semua strategi lain yang ada," jelas Ketua Pegawai Saintifik DarwinHealth, Dr. Mariano Alvarez. "Yang penting, ia mengembangkan konsep penagihan onkogen terhadap regulator transkripsi keadaan sel kanser, yang wujud secara universal dan dengan itu, setiap tumor boleh dibedah. "Protokol ini menutup kekurangan sedia ada dengan membedah Regulator Induk secara langsung daripada tisu tumor pesakit, kemudian dengan menggunakan mekanisme tindakan berasaskan konteks ubat-ubatan khusus—yang dijelaskan secara empirikal dalam model in vitro sejenis—rancangan ini meramalkan tindak balas terapeutik ubat yang sedaang dinilai dalam persekitaran yang paling penting: ujian klinikal."

Protokol PMP direka untuk menangani kekurangan dan batasan pendekatan semasa terhadap pembangunan terapi kanser dan biopenanda. "Sama seperti bangunan yang dibina di atas beberapa tiang—dengan kaveat yang mempertahankan mana-mana tiang tunggal dan tidak akan menyebabkan keseluruhan struktur runtuh—pendekatan optimum dan berkekalan untuk terapi kanser memerlukan penyasaran pelbagai kebergantungan tumor secara serentak," jelas Dr. Andrea Califano, Profesor merangkap Pengerusi, Jabatan Sistem Biologi Columbia University (https://news.columbia.edu/news/deciphering-cancer-messy-and-complex-were-here-it) yang juga merupakan Pengasas Bersama DarwinHealth. "Teknologi dan pendekatan penyelidikan ubat-ubatan kanser yang ditekankan dalam penulisan ini menyediakan pelengkap yang signifikan terhadap terapi onkogen dengan menyasarkan keseluruhan ciri kelemahan tumor seperti yang ditunjukkan oleh protein Regulator Induk yang bertanggungjawab untuk mengekalkan program kawalan dan keadaan aberan sel tumor."

Platform PMP dan rancangan penyelidikan ubat-ubatan DarwinHealth menyokong teknologi asas yang telah digunakan oleh syarikat untuk pelbagai kerjasama dan perkongsian saintifik yang memberi tumpuan terhadap usaha mengenal pasti sasaran kanser baharu, penghasilan biopenanda baharu serta pembangunan ubat-ubatan. "Protokol Pesakit-ke-Model-ke-Pesakit (PMP) yang kami laporkan merupakan sebuah perancangan berasaskan sistem biologi serta berpusatkan sampel tumor pesakit untuk penyelidikan ubat-ubatan kanser dengan penggunaan dalam bidang onkologi ketepatan dan imuno-onkologi yang meluas," jelas Dr. Gideon Bosker, Pengasas Bersama merangkap Ketua Pegawai Eksekutif DarwinHealth. "Setiap langkah dalam rancangan pembangunan dan pengesahan ubat campuran-ke-klinik yang dilaporkan dalam Protokol Semasa dimanfaatkan dengan penyepaduan algoritma pengkomputeran dan data eksperimen untuk memastikan reka bentuk kawalan yang disasarkan—'titik semak tumor'—dan mekanisme tindakan (MOA) ubat-ubatan yang dinilai berkait secara konsisten dan boleh digunakan apabila protokol berkembang daripada titisan sel kepada model haiwan dan akhirnya, pada pesakit untuk diterjemahkan secara klinikal. Sifatnya yang universal dalam konteks biologi kanser membolehkan model PMP digunakan di seluruh spektrum hematologi dan tumor pejal yang luas, di mana pelbagai ujian klinikal berdasarkan teknologi penyelidikan ubat-ubatan ini sedang dijalankan. Selain itu, penggunaan teknologi PMP untuk mengoptimumkan tindak balas imun dan mengurangkan kesan imunosupresif dalam kalangan subjenis sel—termasuk Treg, fibroblas dan makrofaj—dalam persekitaran mikro tumor mewakili salah satu trajektori yang paling meyakinkan untuk membangunkan ubat-ubatan yang boleh menyelamatkan tindak balas perencat titik semak imun dengan memprogramkan semula keadaan fenotip sel-sel imunosupresif."

Apabila digunakan secara sistematik, sebagaimana di DarwinHealth di mana penggunaan komersial bagi protokol PMP ditambah baik dan dikembangkan secara berterusan, rancangan penyelidikan ubat-ubatan, biopenanda serta sasaran kanser berasaskan PMP menyediakan pelan hala tuju untuk mengenal pasti agen terapeutik percubaan dan proprietari diluluskan FDA yang tepat dan berasaskan MOA, yang menyasarkan reka bentuk kawalan tumor dan kawalan sel berpusatkan imun.

Tentang DarwinHealth 

DarwinHealth: Precision Therapeutics for Cancer Medicine (Terapeutik Berketepatan untuk Perubatan Kanser) merupakan sebuah syarikat berfokuskan bioteknologi, "pemaju teknologi kanser" yang diasaskan bersama oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Gideon Bosker, MD bersama-sama Profesor Andrea Califano, Clyde dan Helen Wu, Profesor Biologi Sistem Kimia merangkap Pengerusi Jabatan Biologi Sistem di Columbia University. Teknologi syarikat ini telah dibangunkan oleh makmal Califano sejak 15 tahun yang lalu dan dilesenkan secara eksklusif daripada Columbia University. 

DarwinHealth menggunakan algoritma biologi sistem yang proprietari untuk memadankan setiap pesakit kanser dengan ubat-ubatan dan kombinasi ubat-ubatan secara maya yang berpotensi untuk menghasilkan rawatan yang berjaya. "Pada masa yang sama, algoritma yang sama ini juga boleh mengutamakan ubat-ubatan penyelidikan dan kombinasi pencampuran ubat-ubatan yang potensinya tidak diketahui terhadap spektrum penuh malignansi manusia, begitu juga dengan sasaran kanser baharu," jelas Dr. Bosker, "menjadikan ia tidak ternilai bagi syarikat-syarikat farmaseutikal yang ingin mengoptimumkan rancangan pencampuran ubat-ubatan mereka dan menemui sasaran kanser baharu serta penjajaran antara tumor-pencampuran ubat yang boleh dilaksanakan secara mekanikal."

Pernyataan misi DarwinHealth adalah untuk menggunakan teknologi baharu yang telah kukuh dalam biologi sistem bagi meningkatkan hasil rawatan kanser klinikal. Teknologi utamanya iaitu algoritma VIPER boleh mengenal pasti modul yang mantap tentang protein pengawal induk yang mewakili kelas baharu sasaran terapeutik yang boleh bertindak terhadap kanser. Metodologi ini diterapkan pada dua paksi pelengkap: Pertama, teknologi DarwinHealth menyokong pengenalpastian dan pengesahan sasaran yang boleh diubati secara sistematik pada peringkat asas dan mendalam kawalan sel kanser logik supaya kami dan rakan saintifik kami boleh memanfaatkan tindakan yang boleh diambil terhadap generasi seterusnya berdasarkan mekanisme dan kebergantungan tumor yang lebih universal dan asas. Kedua, dari perspektif pembangunan dan penyelidikan ubat-ubatan, teknologi yang sama mampu mengenal pasti potensi sasaran baharu yang boleh diubati berdasarkan pengawal atur induk dan modulator huluan sasaran tersebut. Di sinilah pendekatan berasaskan onkotektural DarwinHealth, dengan penekanan untuk menerangkan dan menyasarkan titik semakan tumor, menyediakan penyelesaian yang paling penting dan menyusun semula pelan hala tuju untuk memajukan penerokaan ubat-ubatan dan terapeutik kanser dengan tepat. 

Kaedah berasaskan perubatan berketepatan proprietari yang digunakan oleh DarwinHealth disokong oleh badan karya ilmiah terperinci yang dikarang oleh para pemimpin saintifiknya, termasuklah Ketua Pegawai Saintifik DarwinHealth, Mariano Alvarez, PhD, yang bersama-sama membangunkan infrastruktur pengkomputeran syarikat yang penting. Strategi proprietari ini memanfaatkan keupayaan untuk meniru dan menganalisa kawalan genom yang luas dan memberikan isyarat sel kanser yang logik, dengan mengintegrasikan data daripada asai in silico, in vitro dan in vivo. Ia menyediakan platform penyelidikan dan pencirian ubat-ubatan bersepadu sepenuhnya yang direka untuk menjelas, mempercepat dan mengesahkan trajektori pembangunan yang tepat untuk aset farmaseutikal supaya potensi klinikal dan komersial mereka dapat direalisasikan sepenuhnya. Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.DarwinHealth.com.

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/966600/DarwinHealth_Logo.jpg?p=medium600

Source: DarwinHealth
Keywords: Biotechnology Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals