omniture

Turn Biotechnologies melancarkan platform penyampaian eTurna™ yang direka secara khusus untuk mendayakan terapeutik asid nukleik

Turn Biotechnologies, Inc.
2022-09-14 22:49 0

Platform proprietari ini bersifat serba boleh, mempunyai kesan yang serupa dengan laluan pemberian kargo yang berbeza

MOUNTAIN VIEW, California, 14 September 2022 /PRNewswire/ -- Turn Biotechnologies, sebuah syarikat rejuvenasi sel yang membangunkan ubat-ubatan mRNA novel untuk mengubati masalah berkaitan umur yang tidak boleh dirawat, hari ini mengumumkan bahawa ia telah mewujudkan sebuah platform baharu untuk menyampaikan terapeutik asid nukleik dengan selamat dan berkesan – suatu perkembangan utama dalam perniagaan syarikat.

Platform eTurna™ direka untuk perubatan kepersisan generasi seterusnya. Ia membolehkan pelbagai kargo yang memerlukan laluan pemberian berbeza agar dapat disesuaikan dan disasarkan dengan baik kepada tisu dan sel tertentu. Syarikat tersebut akan menggunakan teknologi ini untuk menyampaikan ubat-ubatan mRNA yang dibangunkan menggunakan platform ERA™ (Epigenetic Reprogramming of Aging) proprietari. eTurna™ juga boleh membawa kargo terapeutik lain secara kolaborasi yang akan menyingkap potensi terapeutik baharu sambil menggalakkan pengembangan platform penyampaian ini.

"Platform kami mengatasi halangan utama ubat mRNA dengan membolehkan terapi disampaikan dengan tepat ke sasarannya," kata Anja Krammer, Ketua Pegawai Eksekutif Turn Bio. "Ia juga bersifat amat serba guna, mampu menghasilkan dan menstabilkan mRNA serta kargo besar untuk menghasilkan formulasi yang boleh dibangunkan untuk pelbagai terapi bagi mengubah cara kami merawat penyakit."

Mencari pembawa yang berkesan untuk menyampaikan terapi yang akan menyampaikan asid nukleik serta terapi lain mengikut cara yang disasarkan, merupakan suatu cabaran kepada para penyelidik di seluruh dunia. Pembawa lipid tradisional yang direka khas untuk menyampaikan vaksin, telah terbukti tidak cukup sempurna untuk kebanyakan penggunaan disebabkan ketidakstabilan dan kelemahan bioketersediaan, keterlarutan dan penyerapan dalam badan. Masalah ini mengancam cabaran untuk menyampaikan ubat dan berpotensi mempunyai kesan mudarat pada pesakit.

Pembawa struktur nano Turn Bio mengatasi masalah ini dan boleh diadaptasi untuk terapi individu serta disesuaikan untuk digunakan melalui laluan pemberian yang berbeza. Platform ini akan menghasilkan formulasi unik untuk memandu mRNA atau kargo lain dengan tepat ke organ, tisu dan jenis sel yang betul.

eTurna telah dibangunkan oleh pasukan CMC Turn Bio, yang mempunyai pengalaman bioteknologi selama hampir lapan dekad dengan diketuai oleh Mouhannad Jumaa, PhD, Naib Presiden Eksekutif Pembangunan Farmaseutikal/CMC.

Jumaa, seorang veteran industri biofarmaseutikal selama 20 tahun, telah mencipta dan membangunkan beberapa produk ubat-ubatan nano lipid dan liposom.  Beliau memiliki sembilan paten untuk kerja-kerja pembangunannya, termasuk produk untuk menstabilkan dan menyampaikan ubat-ubatan kapsul ke sasaran bagi laluan pemberian yang berbeza.

"eTurna melaksanakan usaha sepanjang hayat dalam membangunkan cara baharu menyampaikan terapi dengan lebih tepat," kata Jumaa. "Ia mengatasi halangan akhir yang telah menghalang terapi transformasi daripada menjangkaui pesakit. eTurna bakal membantu mentakrifkan semula penjagaan pesakit."

Beliau telah menjalankan penyelidikan di Eropah, Timur Tengah dan Amerika Syarikat serta membantu pelbagai syarikat bioteknologi membangunkan produk baharu. Mantan Ketua Farmaseutikal Onyx/Amgen, Jumaa juga telah berkhidmat dengan pelbagai syarikat bioteknologi termasuk Roivant Sciences, Rain Therapeutics dan Cyclarity Therapeutics. Beliau telah memegang beberapa jawatan saintifik kanan di Affymax, Rigel dan 3M.

TENTANG TURN BIOTECHNOLOGIES

Turn Bio ialah sebuah syarikat peringkat praklinikal yang memberi tumpuan kepada pembaikan tisu di peringkat sel serta membangunkan sistem penyampaian ubat transformatif. Teknologi platform mRNA proprietari syarikat ini iaitu ERA™ memulihkan ekspresi gen optimum dengan memerangi kesan penuaan dalam epigenom. Ini akan memulihkan semula kemampuan sel-sel untuk mencegah atau merawat penyakit serta memulihkan atau menjana semula tisu. Ia akan membantu memerangi penyakit kronik yang tidak dapat dirawat. Platform Penyampaian eTurna™ menggunakan formulasi unik untuk menyampaikan kargo dengan tepat kepada jenis organ, tisu dan sel khusus.

Syarikat ini sedang menyelesaikan penyelidikan praklinikal tentang terapi yang disesuaikan yang menyasarkan indikasi dalam dermatologi dan imunologi serta membangunkan terapi untuk oftalmologi, osteoartritis dan sistem muskular. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.turn.bio.

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Jim Martinez, rightstorygroup
jim@rightstorygroup.com or (312) 543-9026

 

 

Source: Turn Biotechnologies, Inc.
Keywords: Biotechnology Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Pharmaceuticals Clinical Trials/Medical Discoveries New products/services