omniture

Xinhua Silk Road: Inisiatif dilancarkan di Forum Kerjasama Antarabangsa Maritim Jalan Sutera 2022 untuk tingkatkan pembangunan sektor logistik perkapalan

Xinhua Silk Road
2022-09-15 02:36 81

BEIJING, 15 September 2022 /PRNewswire/ -- Satu inisiatif telahpun dilancarkan pada hari Jumaat di Forum Kerjasama Antarabangsa Maritim Jalan Sutera 2022 yang bermula pada hari Khamis di Xiamen, Wilayah Fujian, tenggara China, menyeru firma-firma logistik perkapalan untuk berusaha mengekalkan rantaian bekalan tanpa halangan dan menawarkan perkhidmatan kepada aliran ekonomi domestik dan antarabangsa.

Foto menunjukkan tapak pelancaran Inisiatif Xiamen Forum Kerjasama Antarabangsa Maritim Jalan Sutera 2022 di Xiamen, Wilayah Fujian, tenggara China, 9 September 2022. (Disediakan oleh jawatankuasa penganjur Forum Kerjasama Antarabangsa Maritim Jalan Sutera 2022)
Foto menunjukkan tapak pelancaran Inisiatif Xiamen Forum Kerjasama Antarabangsa Maritim Jalan Sutera 2022 di Xiamen, Wilayah Fujian, tenggara China, 9 September 2022. (Disediakan oleh jawatankuasa penganjur Forum Kerjasama Antarabangsa Maritim Jalan Sutera 2022)

Bagi mencapai matlamat berkenaan, Inisiatif Xiamen Forum Kerjasama Antarabangsa Maritim Jalan Sutera 20220, dilancarkan secara bersama oleh organisasi-organisasi berkaitan daripada sektor logistik perkapalan seluruh dunia, mencadangkan untuk membina selanjutnya corak berbilang kerjasama dan mekanisme kerjasama berbilang pihak untuk menawarkan perkhidmatan kepada keterhubungan dan pertukaran ekonomi domestik serta antarabangsa dengan lebih baik.

Ia turut mencadangkan untuk mengukuhkan pembinaan dan pengurusan infrastruktur serta kolaborasi untuk menggalakkan secara bersama pembinaan platform Maritim Jalan Sutera dan memanfaatkan sepenuhnya peranan pelabuhan sebagai hab, meneruskan pembangunan digital dan hijau, membina kemudahan logistik dan hab perkapalan kelas pertama, meningkatkan inovasi dan mempertingkatkan keupayaan perkhidmatan dan tahap profesional secara bersungguh-sungguh agar dapat menawarkan perkhidmatan dengan lebih baik kepada pasaran domestik dan pembukaan peringkat tinggi.

Maritim Jalan Sutera ialah jenama perkhidmatan logistik komprehensif antarabangsa bertemakan perkapalan dan platform untuk pembinaan Jalur dan Jalan serta ditubuhkan pada Disember 2018. Forum Kerjasama Antarabangsa Maritim Jalan Sutera telahpun diadakan selama empat sesi berturut-turut sejak tahun 2019 dan berusaha untuk menjadi platform pertukaran dan kerjasama antarabangsa yang menawarkan perkhidmatan kepada pembinaan bersama Jalur dan Jalan.

Pautan asal: https://en.imsilkroad.com/p/329929.html

 

Source: Xinhua Silk Road
Keywords: Maritime/Shipbuilding Publishing/Information Service Transportation Trade show news