HOUSTON, 15 September 2022 /PRNewswire/-- Semasa The Battery Show di Amerika Utara, Ascend Performance Materials bakal menampilkan nilon kalis apinya yang baharu untuk kegunaan keselamatan EV dan bahan tambahan elektrolit Trinohex® Ultra keluarannya yang meningkatkan keselamatan, memanjangkan kitaran hayat serta memacu prestasi bateri ion litium.
Kimia bateri berprestasi lebih tinggi dan lebih selamat
Ascend, sebuah syarikat pengeluar bahan berprestasi yang bersepadu sepenuhnya, akan mempamerkan bahan tambahan elektrolit Trinohex Ultra miliknya; yang kini berdaftar dengan REACH di Eropah dan China.
Dalam ujiannya dengan pihak ketiga, Trinohex Ultra menunjukkan perlindungan katod yang unggul pada kesemua bahan kimia katod dan elektrolit. Perlindungan ini telah menunjukkan ciri-ciri yang dapat mengurangkan penjanaan gas berbahaya, memperbaiki pengekalan kapasiti dan mengurangkan pertumbuhan impedans, terutamanya dalam keadaan yang ekstrem.
"Keselamatan, prestasi, kos dan ketersediaan bahan bateri merupakan halangan terbesar untuk penerimagunaan e-mobiliti dan tenaga boleh baharu secara besar-besaran," kata Encik McNeece. "Trinohex Ultra ialah penyelesaian tambahan bagi cabaran ini dan boleh disepadukan dengan mudah ke dalam proses kimia dan pembuatan bateri sedia ada."
Keselamatan voltan tinggi
Ascend akan turut memperkenalkan dua teknologi poliamida baharu dalam portfolio FR Starflam®: X-Protect dan warna jingga yang stabil.
Starflam X-Protect ialah nilon 6.6 kalis api yang boleh dipaut silang dan direka untuk menahan pelepasan haba daripada bateri EV. Diuji mengikut ketetapan SAE AS5127 (ujian yang asalnya direka untuk penggunaan aeroangkasa), Starflam X-Protect telah dinilai sebagai kalis api sehingga tahap suhu 1100°C selama 15 minit.
"Dalam ujian nyalaan terbuka, Starflam X-Protect mengatasi nilon FR standard dan nilon aluminium," kata Ian van Duijvenboode, Pengarah E-mobiliti Ascend. "Sekiranya berlaku kegagalan bateri yang teruk, perlindungan tambahan ini memberikan masa yang diperlukan untuk memastikan semua penumpang kekal selamat."
Selain itu, Ascend telah membangunkan warna jingga yang stabil untuk kabel dan penyambung voltan tinggi 525K Starflam. Kumpulan induk warna jingga baharu ini memastikan bahan tersebut mengekalkan warnanya melebihi 5,000 jam jangka hayat haba tanpa menjejaskan prestasi.
"Oleh kerana EV kini semakin lazim dan berusia, juruteknik dan responden pertama yang mengendalikan kenderaan ini perlu mengetahui di mana letaknya sistem bervoltan tinggi," kata Encik van Duijvenboode. "Warna jingga kami akan kekal berwarna jingga sepanjang hayat operasi kenderaan, yang dengan jelas menunjukkan kawasan bervoltan tinggi."
Anda boleh mendapatkan maklumat lebih lanjut tentang produk bateri Ascend di reruai 1921 di The Battery Show bermula 13 hingga 15 September.
Tentang Ascend Performance Materials
Sila hubungi: Ally Jahn, +1 713-210-9809, ajahn@ascendmaterials.com
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1856674/Ascend_Performance_Materials_Trinohex_Ultra.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1326397/ASCEND_Logo.jpg?p=medium600