omniture

Hilco Global Menjual Jentera Plat Berat di Jerman kepada sebuah syarikat Pengeluar Keluli Asia

Hilco Global
2022-09-15 03:39

NORTHBROOK, Illinois, 15 September 2022 /PRNewswire/ -- Hilco Industrial Acquisitions, B.V. yang berpangkalan di Amsterdam, iaitu sebuah syarikat pengendali Hilco Global yang berpangkalan di AS, hari ini mengumumkan penjualan semua aset di kemudahan Kilang Penggelek Plat Berat ThyssenKrupp yang terletak di Duisburg-Hüttenheim, Jerman kepada sebuah syarikat Pengeluar Keluli Asia.  Jualan ini dilakukan enam bulan selepas Hilco Industrial Acquisitions, B.V. mula memperoleh Jentera Plat Berat tersebut daripada Thyssen Krupp Steel Eropah.

Hilco Global Sells Heavy Plate Mill in Germany to an Asian Steel Producer
Hilco Global Sells Heavy Plate Mill in Germany to an Asian Steel Producer

Pengeluar keluli kedua terbesar di Eropah, ThyssenKrupp, telah menutup kemudahan di Jerman ini pada bulan September 2021. Semasa ia beroperasi, kemudahan jentera penggelek plat berat ini menghasilkan kira-kira 850,000 tan metrik keluli yang digunakan untuk pembinaan kapal, kegunaan luar pesisir dan pengeluaran pembinaan pemfabrikatan berat.  Selain Jentera Penggelek Panas yang amat besar ini, item lain yang turut dijual termasuk relau model lama, perata panas dan sejuk, pelindap kejut, alat pemeriksaan ultrasonik sebaris, letupan/penyebuan serta pelbagai mesin pemotong plasma dan mesin pemotong bernyala.

Maklumat lanjut tentang aset dan projek ini boleh dibaca di sini hilcohia.com

Kerja-kerja pemindahan akan bermula selepas musim panas ini dan kira-kira 22,000 tan metrik jentera dan peralatan akan dikeluarkan dari lokasinya di Duisburg-Hüttenheim, Jerman ke Asia.

Robert Bouland, Rakan Kongsi Pengurusan di Hilco Industrial Acquisitions, B.V. berkata, "Kami tahu bahawa perolehan ini menunjukkan peluang luar biasa kepada para pembeli yang ingin membeli jentera model lama berkualiti tinggi yang telah digunakan dengan gabungan jentera penggelek kasar dan jentera kemasan akhir." Bouland menambah, "Kami gembira kerana terdapat minat yang begitu tinggi terhadap jentera ini yang membolehkan kami memuktamadkan penjualan ThyssenKrupp dalam masa enam bulan sahaja."

Hilco Industrial Acquisitions, B.V. terus mengembangkan portfolio pemerolehan mereka dalam bidang peralatan kilang. Jualan ini merupakan Jentera Plat Berat kedua yang dijual oleh syarikat dalam tempoh 2 tahun yang lalu. Hilco Industrial Acquisition baru-baru ini telah menjual Jentera Plat Berat Dongkuk Steel dari Korea pada bulan Februari 2021 yang mengeluarkan hasil sebanyak 2 juta tan setahun, serta Jentera Danieli Rebar di Posco SS Vina, Vietnam pada bulan September 2021. Terkini, Compania Siderurgica Huachipato S.A. (CAP ACERO) dari Chile telah berurusan dengan syarikat tersebut untuk menjual peralatan kilang penggelek dan keluli yang tidak lagi diperlukan dalam operasi berterusan CAP ACERO.

Platform perindustrian komersial Hilco Global yang kukuh mendayakan penyelesaian yang memecahkan rekod seperti projek Thyssen Krupp ini, yang menggabungkan amalan Pentaksiran, Nasihat dan Pengewangan kami untuk mencipta penyelesaian modal peringkat seterusnya untuk para pelanggannya, sekali gus menyediakan penyelesaian kreatif dan tersuai agar sesuai dengan setiap situasi.

Tentang Hilco Industrial Acquisitions, B.V.:  Hilco Industrial Acquisitions, B.V. (www.hilcohia.com) berpangkalan di Amsterdam, Belanda dan menyediakan perkhidmatan pelupusan serta pemerolehan aset industri dengan pengkhususan dalam bidang lelongan mesin, peralatan dan inventori serta jualan melalui rundingan.  Syarikat ini menjual pelbagai aset industri yang terdapat dalam syarikat pembuatan, borong dan pengedaran.  Syarikat ini membeli dan menjual aset melalui acara jualan lelong di lokasi, dalam talian dan juga kombinasi siaran web serta jualan melalui rundingan (perjanjian persendirian).  Selain menyediakan perkhidmatan berdasarkan yuran atau komisen, Hilco Industrial Acquisitions, B.V. menjadikan modal berisiko dan sering melakukan pemerolehan aset atau menyediakan jaminan. 

Hilco Industrial Acquisitions, B.V. ialah sebahagian daripada Hilco Global (www.hilcoglobal.com) yang berpangkalan di Northbrook, Illinois, iaitu sebuah badan penguasa terkemuka di dunia yang memaksimumkan nilai aset perniagaan dengan memberikan penyelesaian pentaksiran, pengewangan, nasihat dan modal kepada pasaran antarabangsa.  Hilco Global mengendalikan lebih dua puluh unit perniagaan khusus serta menawarkan perkhidmatan yang merangkumi pentaksiran dan penilaian aset, pemerolehan dan pelupusan inventori perindustrian komersial dan peruncitan, penempatan semula dan rundingan semula hartanah, nasihat strategik, perundingan operasi serta penyelesaian modal strategik.

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1897697/Heavy_Plate_Mill.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1167212/Hilco_Global_Asset_Smarter_Logo.jpg?p=medium600

Source: Hilco Global
Keywords: Banking/Financial Service Machine Tools, Metalworking and metallurgy Mining/Metals Acquisitions, mergers, takeovers Real estate transactions