omniture

Casio bakal Lancar PRO TREK Oktagon dengan Bezel Logam

CASIO COMPUTER CO., LTD.
2022-09-15 09:00 170

Reka Bentuk Diilhamkan oleh Bushcraft, yang Terbaik bagi Gaya Aktiviti Luar

TOKYO, 15 September 2022 /PRNewswire/ -- Casio Computer Co., Ltd. hari ini mengumumkan pelancaran PRW-6900Y dan PRW-6900YL dengan bezel logam oktagon kepada rangkaian jam tangan aktiviti luar PRO TREK.

PRW-6900
PRW-6900

Rangkaian PRO TREK membawakan utiliti aktiviti luar yang dihargai oleh pendaki gunung, pengembara dan semua orang yang menyukai aktiviti luar. Ketiga-tiga jam tangan baharu ini dilengkapi dengan Sensor Tigaan (kompas digital, barometer/altimeter dan termometer) serta penerimaan gelombang radio Multi Band 6 daripada enam stesen transmisi di serata dunia dan sistem pengecasan Tough Solar bagi menyediakan kuasa yang stabil untuk fungsi-fungsi ini dan banyak lagi.

Menggabungkan sensor PRO TREK dengan fungsi-fungsi penjagaan masa, PRW-6900Y dan PRW-6900YL ialah jam tangan aktiviti luar yang diilhamkan oleh bushcraft,*1 seni berkhemah di hutan belantara yang digemari oleh ramai peminat aktiviti luar.

*1 Gaya 'bushcraft' yang mana orang yang berkhemah gemar menjalani kehidupan dalam alam semula jadi dengan alat-alat minimum seperti kapak dan pisau, meneruskan hidup dengan ilmu mereka tentang dunia luar, menjadi semakin popular, terutamanya dalam kalangan mereka yang pakar dalam perkhemahan.

Bezel oktagon keluli tahan karat mempunyai bahagian tepi yang tirus, menggambarkan bahagian tepi tajam pada kapak kayu yang kukuh. Lilitan bahagian atas bezel dibenamkan dengan garis halus, manakala bahagian tepi dan sisi yang tirus digilap dengan garis halus dan kemasan cermin serta disalut ion untuk memberi impresi yang kuat dan tajam. Bahagian permukaan muka jam bertekstur untuk menonjolkan rupa besi tuang ketuhar habuk kayu. Selain daripada jarum saat dengan skema warna yang diilhamkan oleh unggun api, jarum penunjuk dail inset mengingatkan kepada bilah pisau perkhemahan, lalu membawakan selanjutnya elemen bushcraft kepada reka bentuk.

Casio menunjukkan komitmennya terhadap alam sekitar dengan menghasilkan tali jam*2 dan bekas jam tangan dengan plastik biojisim, menggunakan bahan-bahan mentah daripada biji jarak dan jagung. Dihasilkan daripada sumber boleh diperbaharui, plastik biojisim dijangka dapat membantu menggalakkan anjakan kepada ekonomi pusingan dan membendung emisi CO2. Di samping itu, PRW-6900YL membawakan tali jam kulit pelambat nyala yang baru dibangunkan yang dapat bertahan walaupun apabila terkena percikan api yang berterbangan.

*2 Tali jam PRW-6900YL tidak dibuat dengan plastik biojisim.


 

Model

Warna

 Tali Jam

PRW-6900Y-1

Hitam

Plastik biojisim

PRW-6900Y-3

Khaki

PRW-6900YL

Perang  

Kulit

 

PRW-6900Y-1, PRW-6900Y-3 and PRW-6900YL
PRW-6900Y-1, PRW-6900Y-3 and PRW-6900YL

 

 

 

Source: CASIO COMPUTER CO., LTD.
Keywords: Computer/Electronics Fashion Household/Consumer/Cosmetics Retail New products/services