omniture

Mobileum Dinobatkan sebagai Wakil Vendor dalam "Panduan Pasaran untuk Penyelesaian Perkhidmatan CSP dan Jaminan Rangkaian" Gartner® 2022

Mobileum
2022-09-15 15:00

CUPERTINO, California, 15 September 2022 /PRNewswire/ -- Mobileum Inc. ("Mobileum"), penyedia penyelesaian analitik global terkemuka untuk perkhidmatan perayauan dan rangkaian, keselamatan, pengurusan risiko, ujian dan jaminan perkhidmatan serta risikan pelanggan, dengan sukacitanya mengumumkan bahawa ia telah dinobatkan sebagai wakil vendor dalam"Panduan Pasaran untuk Penyelesaian Perkhidmatan CSP dan Jaminan Rangkaian" Gartner dalam pasaran penyelesaian Perkhidmatan CSP dan Jaminan Rangkaian tahun 2022.

Menurut Gartner, "Pemodenan perkhidmatan dan jaminan rangkaian adalah penting untuk pelbagai objektif CSP seperti operasi automatik, peningkatan pengalaman pelanggan, orkestrasi dipacu hasrat dan perkhidmatan 5G yang dipertingkat."

"5G membawa kerumitan baharu ke rangkaian dengan ciri-ciri seperti penghirisan rangkaian, pengiraan canggih berbilang akses, awan dan pemayaan. Oleh itu, adalah penting untuk para Penyedia Perkhidmatan Komunikasi (CSP) mempunyai penyelesaian jaminan perkhidmatan yang menyediakan pandangan secara menyeluruh darjah terhadap prestasi rangkaian dan kualiti pengalaman pelanggannya. Portfolio Jaminan Perkhidmatan Mobileum menyediakan semua keupayaan yang diperlukan untuk memantau KPI rangkaian dan prestasi penggunaan, mengukur pengalaman perkhidmatan pengguna akhir dan menyampaikan maklumat yang boleh dimanfaatkan, yang diperlukan untuk mengurus prestasi rangkaian," kata Gabriel Chiriacescu, Naib Presiden Kanan merangkap Ketua Pengujian & Jaminan Perkhidmatan Mobileum.

Penyelesaian Jaminan Mobileum (MAS) menggabungkan teknologi Mobileum yang terbaik dan menghimpunkan pelbagai sumber data serta menggunakan ujian automatik berturutan untuk membolehkan pengendali menjalankan ujian secara komprehensif dari makmal hingga penggunaan dan operasi langsung. Selain itu, MAS membolehkan ujian aktif hujung-ke-hujung dilaksanakan dengan analisis trafik pasif dan sintetik.

Penyelesaian ini menggabungkan bilangan sumber data paling banyak diperoleh setakat ini, untuk mendapatkan pandangan secara menyeluruh tentang kualiti perkhidmatan daripada pengalaman pelanggan dan prestasi rangkaian. Dengan menganalisis ukuran trafik sintetik, KPI pengalaman pelanggan dan KPI kesihatan rangkaian, CSP boleh menentukan pengalaman pelanggan, mengesahkan kesan perniagaan dan mengesan ralat rangkaian yang semakin sukar untuk didiagnosis, sekali gus menjamin kualiti rangkaian yang dipertingkatkan secara keseluruhan. Selain itu, analisis korelasi silang di seluruh rangkaian, KPI pengguna dan KPI perkhidmatan membolehkan CSP memperoleh pandangan secara terperinci supaya mereka dapat mengambil tindakan pembetulan serta mengurangkan tempoh pemulihan daripada bermulanya gangguan rangkaian hingga naik taraf rangkaian selesai.

Dengan adanya maklumat ini, CSP akan dapat mengoptimumkan analisis punca utama dan melakukan naik taraf rangkaian dengan segera serta menjimatkan kos. Penyelesaian Jaminan Mobileum menyediakan keupayaan jaminan perkhidmatan yang mengaitkan KPI perkhidmatan di seluruh sistem RAN, CORE, IMS dan BSS yang menjamin Kualiti Pengalaman untuk perkhidmatan suara, data, video, rangkaian sosial, pemesejan dan kecemasan. Di samping itu, ujian, pemantauan dan analisis kalis masa depannya memastikan bahawa CSP mempunyai keupayaan untuk menangani tugas yang paling kompleks seperti Analisis Canggih 5G dan acara besar-besaran yang dinamik.

Penafian Gartner

GARTNER ialah tanda dagangan dan tanda perkhidmatan berdaftar bagi Gartner Inc. dan/atau sekutunya di A.S. dan di peringkat antarabangsa serta digunakan dalam siaran ini dengan kebenaran.

Gartner tidak mengesahkan mana-mana vendor, produk atau perkhidmatan yang digambarkan dalam penerbitan penyelidikannya dan tidak mencadangkan pengguna teknologi untuk memilih hanya vendor dengan penilaian tertinggi atau anugerah lain. Penerbitan penyelidikan Gartner terdiri daripada pendapat organisasi penyelidikan Gartner dan tidak boleh dianggap sebagai pernyataan fakta. Gartner menafikan semua jaminan yang tersurat atau tersirat, berkenaan dengan penyelidikan ini, termasuk sebarang jaminan kebolehdagangan atau kesesuaian untuk tujuan tertentu.

Tentang Mobileum Inc.

Mobileum ialah penyedia penyelesaian analitik Telekomunikasi yang terkemuka untuk perayauan, rangkaian teras, keselamatan, pengurusan risiko dan pengujian kesalinghubungan domestik dan antarabangsa serta kecerdasan pelanggan. Lebih 1,000 pelanggan bergantung pada platform Kecerdasan Aktif miliknya yang menyediakan penyelesaian analitik canggih yang membolehkan pelanggan menghubungkan rangkaian mendalam dan kecerdasan operasi dengan tindakan masa nyata yang meningkatkan pendapatan, menambah baik pengalaman pelanggan dan mengurangkan kos.  Beribu pejabat di Silicon Valley, Mobileum mempunyai pejabat global di Australia, Jerman, Greece, India, Portugal, Singapura, UK dan Emiriah Arab Bersatu.

Ketahui lebih lanjut di https://www.mobileum.com/  dan ikuti @MobileumInc di Twitter 

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1431792/Mobileum_Logo.jpg?p=medium600

Source: Mobileum
Keywords: Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Telecommunications Telecommunications Carriers and Services New products/services Survey, Polls & Research Data Analytics