omniture

Digital Cooperation Organization (DCO) mengumumkan Deklarasi AI Riyadh pada Sidang Kemuncak AI Global

SDAIA
2022-09-15 16:35

RIYADH, Arab Saudi, 15 September 2022 /PRNewswire/ -- Susulan perbincangan meja bulat Peringkat Menteri di Sidang Kemuncak AI Global, negara-negara anggota Digital Cooperation Organization (DCO) bersetuju untuk menerima pakai Riyadh AI Call for Action Declaration (RAICA), yang bertujuan untuk menggunakan teknologi AI (Kecerdasan Buatan) untuk memberi manfaat kepada orang ramai, komuniti, negara dan dunia secara keseluruhan.



Day two of the Global AI Summit
Day two of the Global AI Summit

Pengisytiharan ini ditandatangani oleh semua ahli DCO termasuk Bahrain, Cyprus, Djibouti, Kuwait, Morocco, Nigeria, Oman, Pakistan, Jordan, Rwanda dan Arab Saudi.

Seruan untuk bertindak ini bertujuan memajukan komitmen DCO untuk mengenal pasti dan menangani isu-isu kemanusiaan semasa, yang baru muncul dan akan datang dalam bidang AI. Pengisytiharan ini menekankan pelbagai cara AI boleh digunakan sebagai alat untuk memanfaatkan kehidupan berjuta-juta orang di seluruh dunia dengan meningkatkan kualiti kerja, membangunkan dasar awam yang direka bentuk dengan lebih baik serta memupuk kecekapan ke dalam ekosistem.

Deemah Al Yahya, Setiausaha Agung DCO berkata: "DCO diwujudkan dengan etos untuk mewujudkan ekonomi digital yang inklusif melalui kerjasama dengan pelbagai entiti di semua peringkat. Idea yang dipraktikkan ini merupakan intipati deklarasi RAICA. Dengan menandatangani deklarasi ini, semua negara anggota DCO mengesahkan keinginan bersama mereka untuk membawakan masa depan yang lebih cerah kepada semua dengan memanfaatkan potensi besar AI dalam meningkatkan kehidupan orang ramai di seluruh dunia."

Deklarasi ini mengetengahkan tujuh tonggak utama yang akan membantu menjadikan masa depan yang diimpikan ini menjadi kenyataan. Setiap tonggak tersebut terdiri daripada prinsip-prinsip yang berusaha untuk menyampaikan kaedah dalam memastikan manfaat AI dapat dinikmati oleh semua orang serta tidak membahayakan sesiapa pun.

  • Menutup jurang digital 
  • Memperkasa komuniti yang kurang bernasib baik 
  • Mempromosi pembangunan digital 
  • Memastikan keadilan dan tiada diskriminasi 
  • Mendorong inovasi dalam AI 
  • Memerangi perubahan iklim dengan menggunakan AI 
  • Terlibat dalam kerjasama dan kolaborasi antarabangsa 

DCO telah membangunkan satu siri bidang tindakan untuk membantu melaksanakan tonggak-tonggak ini. Untuk melakukan perkara ini, negara-negara anggota akan mendorong dalam menyediakan semua individu dengan sumber yang mereka perlukan untuk mendapatkan literasi AI; bekerjasama dengan organisasi untuk mengenal pasti cara menggunakan AI bagi memajukan hak asasi manusia; menambah baik infrastruktur digital; mengguna pakai garis panduan etika AI yang komprehensif; membangunkan inisiatif yang disokong oleh AI bagi menangani cabaran global; menggunakan AI untuk mengurangkan impak manusia terhadap iklim; serta menetapkan kerjasama berbilang hala untuk mempercepat kebolehcapaian AI merentasi negara.

Untuk melihat deklarasi penuh, sila layari www.dcoinsights.com/RAICA

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1899010/SDAIA.jpg?p=medium600

Source: SDAIA
Keywords: Computer/Electronics New products/services