omniture

VyOS Ditampilkan sebagai Penggerak Pantas dan Pencabar dalam GigaOm Radar untuk Sistem Pengendalian Rangkaian

VyOS Networks Corporation
2022-09-15 17:33 0

POWAY, California, 15 September 2022 /PRNewswire/ -- VyOS Networks Corporation, syarikat yang membangunkan Platform Rangkaian VyOS dan menyediakan perkhidmatan sokongan, hari ini mengumumkan bahawa ia telah ditampilkan sebagai pencabar dan penggerak pantas dalam GigaOm Radar untuk laporan sistem pengendalian rangkaian bagi segmen penyedia perkhidmatan IKS, perusahaan dan awan/terurus.  Laporan penuh tersedia atas permintaan untuk mereka yang berminat.

"Kami berbangga kerana ditampilkan sekali lagi dalam laporan GigaOm Radar pada tahun ini. Kami gembira kerana usaha kami untuk menyediakan para pelanggan kami dengan platform yang stabil dan kaya dengan pelbagai ciri ini telah diiktiraf," kata Yuriy Andamasov, Ketua Pegawai Eksekutif VyOS Networks Corporation.

"Walau bagaimanapun, VyOS bukan sekadar liputan tentang laporan pasaran. GigaOm Radar membuat perbandingan produk di mana kes penggunaannya bertindih. Namun, VyOS juga merangkumi kes penggunaan unik yang tiada pada vendor lain, seperti sokongan perkakasan terbenam tersuai dan pengubahsuaian VyOS itu sendiri," tambah Baturin Daniil, Ketua Pegawai Teknologi VyOS Networks Corporation.

Tentang VyOS 

VyOS ialah sebuah sistem pengendalian rangkaian sumber terbuka. Slogan syarikat ini ialah "penghala universal" kerana ia menyokong pelbagai senario dan peranan penggunaan: perkakasan logam kosong daripada papan kecil kepada pelayan yang besar, semua platform pemayaan popular termasuk VMware, KVM dan Microsoft Hyper-V serta sokongan berbilang awan untuk penskala hiper utama seperti Amazon Web Services, Microsoft Azure, Google Cloud dan Oracle Cloud Infrastructure. 

VyOS menyokong pelbagai protokol penghalaan dinamik melalui FRRouting, pelbagai protokol VPN dan ciri-ciri penghalaan dan keselamatan rangkaian lain yang tersedia melalui CLI dinamik yang disatukan dan API HTTP untuk automasi pengurusan.

Tentang VyOS Networks Corporation 

VyOS Networks Corporation ialah sebuah syarikat yang dimulakan oleh para pengasas dan penyelenggara projek sumber terbuka VyOS untuk memberikan perkhidmatan dan memastikan pembangunan yang lestari.

Source: VyOS Networks Corporation
Keywords: Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Publishing/Information Service Telecommunications New products/services Survey, Polls & Research