RIYADH, Arab Saudi, 15 September 2022 /PRNewswire/ -- Sidang Kemuncak AI Global dibuka secara rasmi pada hari Selasa, menghimpunkan para pemimpin sektor swasta, pegawai kerajaan dan profesional akademik terkenal dari seluruh dunia untuk satu siri perbincangan tentang masa depan AI. Sidang Kemuncak selama tiga hari ini yang dianjurkan oleh Saudi Data and Artificial Intelligence Authority (SDAIA), dijangka akan menghimpunkan lebih 200 orang penceramah dari 90 buah negara dan 10,000 orang peserta.
"Semasa G20 pada tahun 2020, Kerajaan Arab Saudi mendorong konsensus global ke arah prinsip OECD tentang AI yang dipercayai. AI mestilah sesuatu yang inklusif, berpusatkan manusia, telus, teguh dan bertanggungjawab," kata T.Y.T Dr. Abdullah Alswaha, Menteri Komunikasi dan Teknologi Maklumat Arab Saudi. "Kita tidak boleh membiarkan algoritma bersifat berat sebelah atau memilih jantina. Kita mesti mendapatkan set data yang betul dengan konteks yang betul."
"Selain penggunaan AI secara beretika, penting untuk kita sebagai manusia, sama-sama memajukan AI dengan bersungguh-sungguh, berkongsi amalan terbaik, kepakaran, sumber dan cabaran yang kita hadapi untuk memastikan tiada siapa yang ketinggalan dalam menerokai potensi AI," tambah T.Y.T Dr. Abdullah Alghamdi, Presiden SDAIA.
Satu siri pengumuman akan dibuat pada Sidang Kemuncak ini yang kesemuanya bermatlamat untuk memajukan penggunaan data bagi menyelesaikan beberapa cabaran terbesar di dunia dalam bidang seperti penjagaan kesihatan, tenaga dan kelestarian. Pada hari pembukaan sidang kemuncak ini, para menteri telah menandatangani Deklarasi Seruan Bertindak AI Riyadh, suatu perjanjian yang menggariskan visi jangka panjang Digital Cooperation Organization (DCO) untuk menggunakan teknologi AI demi manfaat orang ramai, komuniti, negara dan dunia secara keseluruhan.
Kerajaan Arab Saudi turut melancarkan Prinsip Etika AI pada hari pembukaan Sidang Kemuncak tersebut. Direka bentuk oleh SDAIA serta berdasarkan piawaian domestik dan global, rangka kerja ini akan berfungsi sebagai panduan praktikal untuk menerapkan etika AI sepanjang kitaran hayat pembangunan sistem AI.
Penceramah pada Sidang Kemuncak ini termasuk Amin Nasser, Ketua Pegawai Eksekutif Aramco, Sebastian Thrun, Ketua Pegawai Eksekutif Kitty Hawk dan Dr. Jürgen Schmidhuber, Pengarah Inisiatif AI KAUST. Menteri-menteri Arab Saudi turut mengambil bahagian dalam perbincangan pada hari pertama program termasuk: T.Y.T Fajad Al-Jalajel, Menteri Kesihatan, T.Y.T Dr. Majid Bin Abdullah Al Kassabi, Menteri Perdagangan dan T.Y.T Bandar Ibrahim Alkhorayef, Menteri Industri dan Sumber Mineral. Wartawan dari pusat serantau dan antarabangsa turut menghadiri Sidang Kemuncak ini secara bersemuka dan melalui penstriman langsung yang disediakan untuk para peserta jarak jauh.
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1898653/SDAIA.jpg?p=medium600