omniture

Perdana Menteri bertemu studio filem utama untuk membincangkan pembangunan industri filem Mongolia

The Government of Mongolia
2022-09-16 15:31

ULAANBAATAR, Mongolia, 16 September 2022 /PRNewswire/ -- Perdana Menteri Mongolia, L. Oyun-Erdene, hari ini telah bertemu dengan studio dan syarikat filem utama Hollywood bagi membincangkan cara mereka boleh bekerjasama untuk terus membangun dan mempromosikan industri filem Mongolia di peringkat antarabangsa.

Prime Minister of Mongolia L. Oyun-Erdene met with representatives from HBO, Netflix, Paramount Pictures and Warner Brothers to discuss the development of the Mongolian film industry.
Prime Minister of Mongolia L. Oyun-Erdene met with representatives from HBO, Netflix, Paramount Pictures and Warner Brothers to discuss the development of the Mongolian film industry.

Mereka yang hadir di mesyuarat tersebut termasuk wakil kanan dari HBO, Netflix, Paramount Pictures dan Warner Brothers yang datang ke Ulaanbaatar atas jemputan Menteri Kebudayaan Mongolia, Nomin Chinbat.

Perdana Menteri yang memulakan mesyuarat tersebut telah menggariskan usaha Kerajaan untuk membangunkan industri kreatif Mongolia sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh dan mempelbagaikan ekonomi negara. Membangunkan industri kreatif merupakan perkara utama bagi Dasar Pemulihan Baharu Mongolia serta menyediakan peluang untuk mewujudkan sumber pertumbuhan yang baharu dan bebas daripada aktiviti perlombongan.

Perdana Menteri menekankan komitmen Kerajaan untuk mewujudkan persekitaran penggambaran yang menggalakkan di Mongolia bagi membawa industri perfilemannya ke tahap seterusnya. Undang-undang Mongolia mengenai Sokongan Sinematografi telah diluluskan pada tahun 2021 dan mula dilaksanakan pada awal tahun 2022.

Undang-undang tersebut memperkenalkan insentif yang kompetitif, termasuk program pembayaran balik kos penerbitan filem untuk membantu produksi dan studio global utama mewujudkan pekerjaan dan membina kapasiti, menarik lebih banyak pelaburan ke Mongolia, meningkatkan aktiviti pelancongan serta mewujudkan kesedaran yang lebih besar tentang warisan unik negara ini.

Lawatan oleh eksekutif filem terkemuka itu bertepatan dengan "FAM TOUR-2022", sebuah inisiatif yang dianjurkan secara bersama oleh Kementerian Kebudayaan Mongolia dan Majlis Filem Kebangsaan Mongolia bagi mempromosikan insentif yang tersedia untuk penggambaran di Mongolia serta mempromosikan aktiviti Majlis tersebut dan persekitaran semula jadi Mongolia yang indah. Ia berlangsung dari 14 hingga 19 September.

Sepanjang baki lawatan mereka ke Mongolia yang berlangsung sehingga 19 September, para eksekutif filem akan bertemu dengan pembuat filem, pengarah, penerbit dan artis Mongolia, termasuk Nomadia Pictures dan studio rakaman bertaraf dunia, B Production. Mereka juga akan melawat Kem Pelancong Nomad Mongol dan melihat pertunjukan aksi berkuda di Taman Negara Terelj.

Bercakap susulan mesyuarat tersebut, Perdana Menteri Mongolia L. Oyun-Erdene berkata:

"Industri kreatif Mongolia berpotensi untuk menjadi tonggak utama ekonomi kami, dan mengukuhkan kerjasama kami dengan syarikat-syarikat filem terkemuka ini adalah kunci untuk mencapai kemajuan dalam bidang ini sebagai sebahagian daripada Dasar Pemulihan Baharu kami.

"Saya tidak sabar untuk menjalin kerjasama antara kita pada masa hadapan serta melihat peningkatan bilangan studio yang memilih untuk bekerja di Mongolia pada tahun-tahun akan datang bagi membantu mengukuhkan industri filem kami pada peta dunia." 

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1900050/The_Government_of_Mongolia.jpg?p=medium600

Source: The Government of Mongolia
Keywords: Entertainment Film & Motion Picture New products/services