DUBAI, UAE, 1 November 2013 /PRNewswire/ -- Pemandu Lotus F1®, Romain Grosjean berjaya membuat pendakian baharu di puncak tertinggi menara Burj Khalifa di Dubai yang merupakan bangunan tertinggi di dunia, dibangunkan oleh Emaar Properties, 'Rakan Rasmi' Pasukan Lotus F1®.
(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20131031/649207-a)
(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20131031/649207-b)
Grosjean menyahut cabaran baharu tersebut ketika membuat lawatan ke Dubai baru-baru ini, tempat beliau mengambil masa kira-kira tiga jam untuk mendaki menara projek ikonik Emaar itu dan menjadikan beliau antara selebriti yang memperoleh pencapaian luar biasa ini.
Grosjean yang akan mengambil bahagian dalam Grand Prix Abu Dhabi akan datang di Yas Marina bermula pada 1 hingga 3 November 2013, akan turut mengunjungi The Dubai Mall, yang merupakan destinasi beli-belah dan hiburan terbesar di dunia bagi bertemu para peminat sukan lumba motor paling terkenal di dunia, Kejuaraan Formula 1.
Emaar Properties turut menjalinkan kerjasama bersama Pasukan Lotus F1® sebagai 'Rakan Rasmi' dengan gabungan jenama terkenal dunia, termasuk Microsoft, Unilever, dan The Coca-Cola Company bagi menyokong pasukan tersebut, yang telah memenangi perlumbaan Grand Prix Abu Dhabi 2012.
Selepas menduduki tempat keempat dalam Grand Prix Jepun baru-baru ini dan mengatasi para pesaing beliau sebanyak lima kali bagi tujuh sesi sebelumnya, Grosjean akhirnya berjaya beroleh tempat pada slot podium terakhir dengan meraih tempat ketiga bagi perlumbaan Grand Prix India dan meningkatkan kedudukannya bagi kejuaraan Drivers' Championship pada tempat ketujuh dengan 102 mata.
Setelah acara Grand Prix berlangsung di Itali, Singapura, Korea, Jepun dan India, para peminat sukan lumba motor benar-benar teruja kerana acara Grand Prix Abu Dhabi yang dinanti-nantikan, bagi melihat siapa yang akan merangkul piala berprestij perlumbaan tersebut.
Hubungan Emaar bersama sukan yang paling diikuti secara meluas di dunia itu memperlihatkan perkembangan pesat bagi jenama global syarikat tersebut.
Laman web rasmi: http://www.emaar.com
Laman web rasmi twitter: http://www.twitter.com/MyDowntownDubai
Laman web rasmi Facebook: http://www.facebook.com/DowntownDubai
Laman web Facebook The Dubai Mall: http://www.facebook.com/TheDubaiMall
Laman web rasmi Instagram: http://www.instagram.com/DowntownDubai
Laman web rasmi LinkedIn: http://www.linkedin.com/company/emaar-properties
SUMBER Emaar Properties