omniture

Pelayan bar terbaik di dunia telah diumumkan: Adrián Michalčík yang mewakili Norway dianugerahkan gelaran pelayan bar terbaik di dunia pada pertandingan Pelayan Bar Global Terbaik Tahun Ini Bertaraf Dunia Diageo

Diageo
2022-09-16 20:00 0

SYDNEY, 16 September 2022 /PRNewswire/ -- Pada malam ini di Sydney, seorang pelayan bar dari Norway iaitu Adrián Michalčík telah berjaya mendapatkan gelaran Pelayan Bar Global Terbaik Tahun Ini Bertaraf Dunia Diageo yang menyaksikan penyertaan para pelayan bar dari 50 buah negara.  

Adrián Michalčík, representing Norway, is awarded the title of world’s best bartender at the Diageo World Class Global Bartender of the Year competition 2022
Adrián Michalčík, representing Norway, is awarded the title of world’s best bartender at the Diageo World Class Global Bartender of the Year competition 2022

 

Adrián bersaing dengan beberapa pelayan bar terbaik di dunia dalam satu siri cabaran yang direka untuk menguji kemahiran, pengetahuan dan kreativiti mereka menghasilkan koktel.   

Daripada menghasilkan kordial yang unik menggunakan bahan segar lebihan untuk membuat minuman highball dengan Scotch nombor 1 di dunia[1] iaitu Johnnie Walker; kepada menghasilkan Martini dengan Tanqueray No. TEN yang 'sempurna'; peserta akhir digalakkan untuk mengatasi batas kemahiran mereka bagi menjuarai pertandingan ini.

Setelah memenanginya, Adrián berkata: "Wah, saya tidak percaya bahawa saya baru sahaja memenangi pertandingan pelayan bar yang terbesar di dunia! Beberapa tahun kebelakangan ini telah menjadi tempoh yang sangat sukar untuk saya dan untuk industri kita. Mendapat peluang untuk bersaing di sini secara nyata menentang beberapa pelayan bar yang benar-benar luar biasa terasa seperti permulaan satu fasa baharu. Ada ketika saya tidak pasti jika saya dapat mara ke pusingan seterusnya, apatah lagi untuk memenangi pertandingan ini!"

Marissa Johnston, Ketua Global bagi pertandingan Bertaraf Dunia Diageo berkata: "Pertandingan pada tahun ini benar-benar memeranjatkan saya. Peserta akhir kami telah membawakan kemahiran mereka ke tahap seterusnya dan Adrián adalah yang paling menyerlah di kalangan mereka yang terbaik. Beliau selayaknya menjadi pemenang dan saya benar-benar tidak sabar untuk bekerja dengan beliau pada tahun hadapan."

Bukan hanya pelayan bar sahaja yang hadir untuk festival pada tahun ini; kehadiran juri pertandingan dan legenda pembuat koktel termasuk Ago Perrone, Monica Berg dan Ryan Chetiyawardana telah mengejutkan penduduk Sydney dengan penampilan mereka sebagai tetamu di beberapa bar dan restoran utama bandar ini sebagai sebahagian daripada Festival Koktel Bertaraf Dunia. 

Festival ini turut menampilkan satu siri acara dan kerjasama di restoran dan bar di sekitar Panggung Opera Sydney yang terkenal di dunia. Kehadiran peneraju trak makanan terkenal, Roy Choi, yang menganjurkan Don Julio Food Truck Fiesta serta pelayan bar dan usahawan yang memenangi anugerah, Monica Berg, membawakan satu perspektif baharu bagi Malt Tunggal dengan The Singleton kepada salah satu tempat kegemaran di Sydney, iaitu Shell House. 

Untuk mengikuti perkembangan terbaharu tentang trend koktel terkini, ikuti @WorldClass di Instagram dan Facebook.

[1] IWSR 2021

Adrián Michalčík, representing Norway, is awarded the title of world’s best bartender at the Diageo World Class Global Bartender of the Year competition 2022- surrounded by members of the World Class Hall of Fame
Adrián Michalčík, representing Norway, is awarded the title of world’s best bartender at the Diageo World Class Global Bartender of the Year competition 2022- surrounded by members of the World Class Hall of Fame

 

Adrián Michalčík, representing Norway, competes in the Tanqueray No. TEN Challenge during the Diageo World Class Global Bartender of the Year competition 2022 in Sydney
Adrián Michalčík, representing Norway, competes in the Tanqueray No. TEN Challenge during the Diageo World Class Global Bartender of the Year competition 2022 in Sydney

 

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1900092/Adrian_Michalcik_World_s_Best_Bartender.jpg?p=medium600
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1900093/Adrian_Michalcik_Awarded_World_s_Best_Bartender.jpg?p=medium600
Foto -  https://mma.prnasia.com/media2/1900094/Adrian_Michalcik_Tanqueray_Challenge.jpg?p=medium600

 

Source: Diageo
Keywords: Beer, Wine & Spirits Beverages Entertainment Awards