omniture

Aditazz meluaskan jangkauan globalnya dengan kejayaan Hospital Penyelidikan Kanser untuk yayasan Li Ka Shing

Aditazz
2013-11-02 22:22 134

SAN BRUNO, California, 2 November 2013 /PRNewswire/ -- Aditazz mengumumkan perluasan antarabangsanya dengan memenangi projek penting Hospital Penyelidikan Kanser di Universiti Shantou, China, ditaja oleh Yayasan Li Ka Shing (LKSF), institusi amal ulung dengan tumpuan utama terhadap pendidikan dan penjagaan kesihatan.

China berhadapan dengan kenyataan sebenar kadar insiden kanser yang tinggi – enam pesakit didiagnosis dengan kanser setiap minit menurut Banci Kanser China 2012. Sambil China bergelut dengan krisis ini, ia mengamalkan pendekatan yang agresif dan sedang membuka kemudahan rawatan seluruh negara. Namun, terdapat keperluan yang meningkat untuk penyelidikan kanser yang menumpukan terhadap pencegahan, pengesanan awal dan rawatan yang khusus menurut keadaan tempatan.

"Perkhidmatan dan teknologi Aditazz menjanjikan cara yang lebih cekap dan menjimatkan kos untuk melanjutkan sumber amal kami bagi menyelesaikan keperluan asas untuk kesihatan yang lebih baik," kata Dr. Frieda Law, bercakap bagi pihak LKSF. "Kami tidak sabar-sabar untuk mengaplikasikan inovasi dan teknologi Lembah Silikon untuk mencipta prasarana penjagaan kesihatan yang membentuk asas bagi mencapai peningkatan kuantum dalam kualiti penjagaan pesakit sambil meminimumkan modal dan kos pengendalian."

Dalam meneruskan momentumnya dan komitmennya bagi menyepadukan inovasi dalam reka bentuk, teknologi dan pembuatan sambil menyelesaikan masalah prasarana rumit, Aditazz berada pada kedudukan yang unik untuk menangani cabaran pembinaan penjagaan kesihatan yang sangat sukar di China. Bagi menjelaskan dengan lanjut tentang kepentingan projek ini, Deepak Aatresh, pengasas bersama Aditazz, berkata, "Kejayaan ini memberikan Aditazz satu lagi peluang untuk mengaplikasikan satu-satunya penyelesaian berpaten seumpamanya bagi masalah sebesar itu. Penjagaan kesihatan ialah cabaran global. Kami gembira kerana terpilih kerana kemampuan unik kami untuk membawakan teknologi dan perkhidmatan boleh skala bagi menangani cabaran berskala global ini."

Profesor Hospital Kanser Fakulti Perubatan Universiti Shantou, Dr. Guo-Jun Zhang, mengetengahkan tarikan Lembah Silikon itu: "Kami teruja dapat melancarkan projek dengan kolaborasi berbilang disiplin yang sangat diperlukan antara pakar reka bentuk, pembinaan, dan penjagaan kesihatan seluruh dunia; semuanya dihubungkan bersama dengan pendekatan Aditazz yang inovatif. Ini merupakan kali pertama kami melihat pendekatan yang berasaskan teknologi daripada Lembah Silikon dan ini gerak balas yang sesuai bagi cabaran hebat diagnosis dan rawatan kanser yang dihadapi oleh masyarakat kami."

Tentang Aditazz

Aditazz mereka dan membina bangunan kompleks generasi seterusnya dengan menyepadukan inovasi dalam reka bentuk, teknologi dan pembuatan. Syarikat yang berpusat di Lembah Silikon itu membawa bersama pakar dan inovasi daripada dunia reka bentuk semikonduktor, sains komputer, seni bina, kejuruteraan struktur dan sistem, pembuatan dan pemasangan modular, dan perancangan serta pengendalian. Ia telah mencipta generasi peralatan dan teknologi baharu yang menghasilkan peningkatan dramatik dalam kepantasan pembinaan bangunan, fleksibiliti, kebolehramalan dan penjimatan kos – sambil mengekalkan darjah estetik dan prestasi fungsi yang tertinggi. Aditazz menerima pembiayaan daripada Artiman Ventures (www.artiman.com) dan turut merupakan pemenang bersama pertandingan reka bentuk 'Small Hospital, Big Idea' 2012 Kaiser Permanente. Bagi maklumat lanjut, sila lawati www.aditazz.com.

Tentang Yayasan Li Ka Shing

Yayasan Li Ka Shing diwujudkan pada tahun 1980 bagi menyelaras dan menyediakan sumbangan derma terhadap projek perubatan, pendidikan, budaya dan projek kebajikan komuniti lain dengan tumpuan terhadap Hong Kong dan Tanah Besar China. Yayasan Li Ka Shing telah menyokong banyak aktiviti amal dengan geran, tajaan dan komitmen sebanyak lebih $1 bilion.

Tentang Hospital Kanser Universiti Shantou

Hospital Kanser Universiti Shantou adalah sebahagian daripada Fakulti Perubatan di Universiti Shantou, universiti awam di Shantou, China yang menerima pendanaan daripada Yayasan Li Ka Shing. Universiti itu dibentuk pada tahun 1981 dan terdiri daripada 9 fakulti dan kolej.

Source: Aditazz
Related Links:
Keywords: Health Care/Hospital Corporate Expansion