omniture

Huawei Cloud Berjanji Bina Ekosistem Syarikat Pemula Global, Dayakan 10,000 Syarikat Pemula Berpotensi Tinggi dalam Tiga Tahun

HUAWEI CLOUD
2022-09-16 22:33 86

SHENZHEN, China, 16 September 2022 /PRNewswire/ -- Hari ini, di Sidang Kemuncak Pengasas Syarikat Pemula Global Huawei Cloud yang diadakan di Shenzhen, Huawei Cloud mengumumkan komitmen mereka untuk membina ekosistem syarikat pemula global dan tiga inisiatif penting untuk mempercepatkan pertumbuhan syarikat pemula: platform awan inovatif, program pecutan syarikat pemula dan sumber perniagaan. Disertai oleh beberapa pemodal teroka veteran, mereka turut mengumumkan Huawei Cloud Accelerator, program yang bertujuan untuk memperkasa syarikat pemula pada semua peringkat dalam kitaran hayat mereka.

En. Zhang Ping'an mengumumkan strategi ekosistem syarikat pemula global Huawei Cloud
En. Zhang Ping'an mengumumkan strategi ekosistem syarikat pemula global Huawei Cloud

Dalam ucapan beliau di sidang kemuncak tersebut, En. Zhang Ping'an, Naib Presiden Kanan Huawei dan Ketua Pegawai Eksekutif Huawei Cloud berkata bahawa Huawei Cloud benar-benar percaya akan kuasa syarikat pemula untuk mengubah dunia dan Huawei Cloud bersedia untuk berkongsi bersama syarikat pemula tentang pengalaman Huawei selama lebih 30 tahun dalam teknologi dan inovasi serta untuk membina ekosistem syarikat pemula mantap yang dikuasakan oleh infrastruktur awan global Huawei dan tawaran Teknologi-sebagai-satu-Perkhidmatan yang ekstensif, dengan tujuan untuk memperkasa syarikat pemula dan mempercepatkan pertumbuhan mereka pada awan.

Huawei Cloud menegaskan tentang memacu inovasi dengan teknologi dan mempercepatkan pertumbuhan syarikat pemula dengan ekosistem global yang kukuh. Atas sebab inilah mereka mengumumkan rancangan untuk menggiatkan usaha dalam pembinaan ekosistem berserta tiga inisiatif penting – platform awan inovatif, program pecutan syarikat pemula dan sumber perniagaan. Sepanjang tiga tahun akan datang, Huawei merancang untuk membantu 10,000 syarikat pemula yang berpotensi tinggi di seluruh dunia untuk mempercepatkan inovasi dan pertumbuhan pada platform awan Huawei dan dalam ekosistem yang lebih besar.

Di sidang kemuncak tersebut, En. Zhang Ping'an, disertai oleh beberapa pemodal teroka veteran, mengumumkan Huawei Cloud Accelerator secara rasmi. Ketika ini, program ini memfokuskan kepada enam bidang utama: perkhidmatan perusahaan/SaaS, AI, bioteknologi, teknologi kewangan, tenaga pintar/keneutralan karbon dan pendigitan perindustrian, namun kemudiannya akan diperluaskan untuk meliputi lebih banyak industri dan domain. Ia menawarkan 'Bootcamp' Syarikat Pemula Peringkat-awal dan 'Bootcamp' bertemakan Industri bagi memenuhi keperluan syarikat pemula pada peringkat yang berbeza dalam kitaran hayat mereka.

Menuju ke hadapan, Huawei Cloud komited untuk bekerjasama dengan rakan kongsi dan pelanggan bagi membina ekosistem syarikat pemula yang inklusif dan rancak yang dijangka menjadi enjin yang hebat untuk transformasi digital.

 

 

 

Source: HUAWEI CLOUD
Keywords: Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications