![]() |
Peneraju Robotik Gudang yang Pertama Mencapai Kejayaan Sebegini dalam Industri
WILMINGTON, Massachusetts, 16 September 2022 /PRNewswire/ -- Locus Robotics (www.locusrobotics.com), peneraju pasaran robot mudah alih autonomi (AMR) untuk gudang pemenuhan, hari ini mengumumkan bahawa ia telah melepasi pencapaian Satu Bilion unit kutipan item. Pencapaian baharu ini diperoleh hanya 59 hari selepas Locus mendaftarkan sebanyak 900 juta unit kutipan item.
"Pencapaian Satu Bilion kutipan item kami ini sekali gus menekankan nilai perniagaan penting teknologi Locus yang terbukti yang dibawakan kepada para pelanggan kami di seluruh dunia setiap hari," kata Rick Faulk, Ketua Pegawai Eksekutif, Locus Robotics. "Keperluan terhadap automasi robotik yang cekap kos merupakan suatu kemestian memandangkan jumlah e-dagang yang terus meningkat dan kekurangan tenaga kerja yang berterusan. Locus berbesar hati untuk membantu para pelanggan kami memenuhi cabaran ini dengan cekap menggunakan penyelesaian automasi berskala perusahaan yang membolehkan mereka berjaya hari ini dan pada masa hadapan."
Kutipan 100 juta unit pertama Locus mengambil masa selama 1,542 hari dan hanya 59 hari untuk kutipan 100 juta unit terakhir. LocusBots kini telah menjelajah ke gudang para pelanggan dengan jarak lebih 17 juta batu yang menyamai lebih 670 kali pusingan mengelilingi Bumi atau 35 kali perjalanan pergi dan balik ke Bulan.
Penyelesaian Locus telah digunakan di lebih 200 lokasi di seluruh dunia, dengan sejumlah 500 Locusbot di setiap lokasi. Penggunaan Locus merangkumi lokasi berskala besar yang telah dan belum pernah diteroka serta pemasangan mezanin berbilang tingkat.
Kutipan ke satu bilion pertama ini dibuat di sebuah gudang peruncitan alat pembaikan rumah yang utama di Florida dan item yang diambil merupakan sebuah kit alat pemutar tanpa wayar. Kutipan yang mencatat kejayaan ini dibuat dalam hanya beberapa milisaat lebih awal daripada dua kutipan lain: sebatang lilin beraroma dari gudang barangan rumah di Ohio dan sehelai jaket larian daripada jenama kasut dan kecergasan global yang utama di Pennsylvania. Tiga kutipan yang silih berganti dengan pantas ini menunjukkan volum pemprosesan pesanan tinggi yang berlaku di lokasi yang digunakan Locus di seluruh dunia.
Pencapaian terbaharu ini menunjukkan pertumbuhan luar biasa yang telah dicapai oleh Locus Robotics dan industri AMR dan ia juga membuktikan kebolehlaksanaan peruncit dan syarikat logistik yang bergantung pada teknologi kutipan robotik," kata Ash Sharma, Pengarah Penyelidikan Kanan Interact Analysis. "Kutipan sebanyak satu bilion item ini merupakan suatu pencapaian yang luar biasa dan merupakan bukti inovasi dan visi Locus Robotics selama beberapa tahun yang lalu."
Oleh kerana semakin ramai pembeli terus membeli secara dalam talian dan perniagaan bersiap sedia untuk menghadapi satu lagi musim percutian yang memecahkan rekod, peruncit dan pengendali gudang pemenuhan semakin beralih kepada AMR untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat dan mengatasi masalah kekurangan tenaga kerja bagi mengelakkan risiko kehilangan pelanggan berharga.
Penyelesaian operasi logistik Locus Robotic yang terkemuka dalam industri membolehkan jenama, peruncit dan pengendali logistik pihak ketiga (3PL) untuk memenuhi jumlah pesanan yang lebih tinggi dan meningkatkan permintaan pengguna terhadap e-dagang, peruncitan, saluran omni dan pemenuhan pesanan pembuatan. Locus membantu para pelanggan global termasuk CEVA, DHL, Boots UK, GEODIS, Whiplash, Saddle Creek, Quiet 3PF, Radial dan lain-lain, untuk meningkatkan produktiviti operasi pemenuhan mereka sebanyak dua atau tiga kali ganda sambil mengurangkan kos pengambilan, latihan dan pengekalan pekerja serta meningkatkan persekitaran tempat kerja yang ergonomik.
Tentang Locus Robotics
Penyelesaian berbilang bot Locus Robotics yang revolusioner menggabungkan robot mudah alih autonomi yang hebat dan pintar yang beroperasi secara kolaboratif dengan tenaga kerja manusia untuk meningkatkan produktiviti pengendalian setiap unit secara dramatik iaitu sebanyak 2 hingga 3 kali ganda dengan tenaga kerja yang kurang berbanding sistem kutipan tradisional. Penyelesaian yang memenangi anugerah ini membantu peruncit, 3PL dan gudang khusus memenuhi dan mengatasi keperluan persekitaran pemenuhan yang semakin kompleks. Locusbot boleh disepadukan dengan mudah ke dalam infrastruktur gudang sedia ada dan gudang baharu tanpa mengganggu aliran kerja untuk meningkatkan produktiviti dengan serta-merta tanpa mengubah gudang. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.locusrobotics.com.
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1440363/Locus_Robotics_Logo.jpg?p=medium600