![]() |
Syarikat Teknologi HCM Global ini akan melabur dalam peningkatan platform pengurusan tenaga kerja globalnya untuk menyokong syarikat-syarikat inovatif yang mencari penyelesaian fleksibel untuk mengendalikan dunia pekerjaan dengan cara baharu
CHICAGO, 17 September 2022 /PRNewswire/ -- Atlas, peneraju industri dalam Majikan Penyelesaian dan Teknologi yang Mencatat Rekod (EOR), hari ini mengumumkan bahawa ia telah bekerjasama dengan Sixth Street Growth, satu cabang perniagaan pelaburan pertumbuhan dalam firma pelaburan global, Sixth Street. Sixth Street Growth akan melakukan pelaburan ekuiti strategik berjumlah hingga $200 juta untuk menyokong pengembangan global Atlas yang berterusan.
Atlas mempelopori model Majikan Langsung yang Mencatat Rekod, yang disokong oleh entiti di lebih 160 buah negara dan membangunkan teknologinya dengan fokus utama untuk membantu para pelanggannya mematuhi peraturan dan undang-undang pekerjaan global. Teknologi terkemuka dan pengalaman tempatan secara langsung membolehkan Atlas membantu syarikat-syarikat dengan impian global, memberikan fleksibiliti kepada organisasi untuk melantik dan menguruskan bakat terbaik di seluruh dunia melalui kepakaran yang disetempatkan dan dilengkapi dengan platform teknologi gred perusahaan.
"Masa depan pekerjaan berkembang maju merentasi sempadan dan budaya," kata Rick Hammell, Pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Atlas. "Atlas membolehkan syarikat-syarikat merebut peluang untuk menjadi kompetitif, fleksibel dan tanpa sempadan. Pelaburan baharu dari Sixth Street ini akan membolehkan kami untuk terus bertindak balas terhadap keperluan pelanggan kami, menawarkan cara yang paling ringkas dan inovatif untuk berkembang ke pasaran baharu, melantik bakat, menguruskan risiko ketidakpatuhan dan membayar di peringkat antarabangsa."
Pelaburan hari ini akan mengukuhkan lagi platform teknologi Atlas, menawarkan lebih banyak fleksibiliti kepada pengguna melalui ciri-ciri layan diri dan automasi tambahan, yang akan membolehkan syarikat meningkat dengan lebih pantas tanpa mengira bilangan kakitangan yang diambil bekerja. Dana ini juga akan menyokong penyetempatan perisian dan sokongan khidmat pelanggan mengikut rantau dalam masa nyata. Pengukuhan platform perisian ini menyusul selepas Atlas dinobatkan sebagai Peneraju dalam kategori Teknologi Pendayaan dan Perkhidmatan EOR Global keseluruhan dalam laporan Alat Penilaian dan Pentaksiran Vendor NelsonHall (NEAT) baru-baru ini.
Berikutan daripada pelaburan tersebut, Nari Ansari, Pengarah Urusan Sixth Street Growth, akan menyertai ahli Lembaga Pengarah Atlas.
Ansari mengulas, "Atlas merupakan salah sebuah syarikat paling inovatif yang membantu majikan di seluruh industri menguruskan tenaga kerja yang semakin kompleks dan dinamik. Kami teruja dapat bekerjasama dengan Rick dan pasukan Atlas dalam fasa pertumbuhan mereka yang seterusnya."
Atlas, yang telah berkembang pesat sejak dua tahun yang lalu, memperoleh pelaburan awalnya daripada Guidepost Growth Equity, sebuah firma ekuiti pertumbuhan terkemuka yang memberi tumpuan kepada syarikat-syarikat teknologi yang mencatatkan pertumbuhan tinggi. Dengan peningkatan modal institusi pertamanya, syarikat tersebut mempercepat pertumbuhan dengan menambah bakat tambahan ke dalam pasukan tenaga kerja globalnya serta mengembangkan rangkaian tawaran produk HR yang diperkenalkan semasa pelancaran platform Atlas.
"Kami teruja untuk meneruskan kerjasama kami dengan pasukan Atlas dan bekerjasama dengan Sixth Street untuk menyokong rancangan pertumbuhan syarikat," kata Chris Cavanagh, Rakan Kongsi Am Guidepost Growth Equity.
Baird bertindak sebagai ejen penempatan eksklusif manakala Cooley bertindak sebagai penasihat undang-undang Atlas.
Tentang Atlas
Atlas membolehkan syarikat-syarikat inovatif bersaing dalam ekonomi global dengan kepercayaan bahawa perniagaan boleh melantik sesiapa sahaja yang mereka inginkan, walau di mana jua bakat tersebut berada. Sebagai majikan langsung yang mencatatkan rekod (EOR) terbesar dengan entiti di lebih 160 buah negara, Atlas merupakan platform teknologi yang disokong oleh para pakar dan memberikan fleksibiliti kepada syarikat untuk berkembang merentasi sempadan, bakat, menguruskan pematuhan dan membayar gaji tenaga kerja global mereka tanpa perlu menubuhkan entiti di lokasi tempatan.
Atlas telah dibangunkan berdasarkan pengalaman selama bertahun-tahun dalam menangani cabaran pengambilan dan pembayaran gaji pekerja antarabangsa yang pantas dan pada masa yang sama, memastikan pematuhan terhadap peraturan tempatan. Pengalaman ini menyatukan pengalaman dan kepakaran yang disetempatkan ke dalam platform teknologi gred perusahaan yang membantu beribu-ribu syarikat dan pasukan jarak jauh. Platform Atlas direka bentuk secara unik untuk menyampaikan penyelesaian EOR yang serba lengkap dan memperkasakan pengalaman pengguna yang memberikan keupayaan layan diri dan maklumat masa nyata, seterusnya membawa kepada hasil perniagaan yang lebih baik. Ketahui lebih lanjut di atlasHXM.com atau ikuti Atlas di Linkedin @ Twitter (@Atlas_HXM).
Tentang Sixth Street
Sixth Street ialah sebuah firma pelaburan global terkemuka dengan lebih $60 bilion aset di bawah pengurusan dan modal dilaburkan. Sixth Street Growth ialah platform khusus firma ini yang membolehkan pelaburan swasta dilakukan dalam syarikat-syarikat yang mengalami pertumbuhan. Pasukan Sixth Street Growth bekerjasama dengan syarikat-syarikat dan pasukan pengurusan untuk menyediakan penyelesaian modal khusus bagi mempercepat pertumbuhan organik dan bukan organik. Sixth Street telah melabur lebih $5 bilion dalam lebih 40 buah syarikat dalam strategi pelaburan pertumbuhannya sejak ia ditubuhkan. Pelaburan pilihan Sixth Street Growth termasuk Airbnb, AvidXchange, Bloomreach, Datavant, DrFirst, Gainsight, MDLIVE, Spotify dan Sprinklr. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.sixthstreetgrowth.com atau ikuti Sixth Street di LinkedIn, Twitter (@sixthstreetnews) dan Instagram (@sixstreetpartners).
Tentang Guidepost Growth Equity
Guidepost Growth Equity ialah sebuah firma ekuiti pertumbuhan terkemuka yang bekerjasama dengan syarikat-syarikat teknologi yang menawarkan penyelesaian inovatif dalam pasaran yang besar dan dinamik termasuk perisian aplikasi dan perkhidmatan data serta perisian infrastruktur dan perkhidmatan didayakan teknologi. Pelaburan terdahulu dan semasa syarikat termasuk Atlas, Dyn (diambil alih oleh Oracle), Jive Communications (diambil alih oleh LogMeIn), Lucid (diambil alih oleh Cint Group AB), Mineral, OutSystems, ProtoLabs (IPO di NYSE) dan WP Engine. Guidepost Growth Equity menyediakan modal yang fleksibel, sokongan operasi dan panduan strategik yang diperlukan untuk menyokong kejayaan berterusan perniagaan peringkat pertumbuhan dan mempunyai lebih $1.6 bilion modal di bawah pengurusan. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web kami di guidepostgrowth.com atau ikuti Guidepost di LinkedIn.
Hubungan Media:
Courtney Merolle
Penyelia Perhubungan Awam
754.715.0747
courtney@bospar.com
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1830063/Atlas_Logo.jpg?p=medium600