omniture

Corvil Umumkan Penyelesaian Pengawasan Prestasi Beroperasi Baharu bagi Komunikasi Bersama, Sistem Pangkalan Data dan Aplikasi Serahan Web

Corvil
2013-11-04 11:14 184

LONDON dan NEW YORK, 4 November 2013 /PRNewswire/ --

Pelancaran baharu memperkenalkan pendekatan Papan Pemuka Nilai Perniagaan (BVD) untuk pengawasan misi kritikal terhadap perkhidmatan dan aplikasi syarikat pada skala global

Corvil, penyedia Pengawasan Prestasi Beroperasi (OPM) bagi para peneraju syarikat perniagaan dunia, hari ini mengumumkan ketersediaan umum pelbagai penyelesaian baharu yang bertujuan untuk pengawasan prestasi dan kesihatan perkhidmatan dan aplikasi syarikat yang misi kritikal. Pelancaran CorvilNet yang baharu ini memperkenalkan pengawasan prestasi beroperasi masa sebenar bagi komunikasi bersama (suara melalui IP dan video), sistem pangkalan data dan aplikasi serahan web. Tawaran baharu itu turut menambahkan ciri pengesanan automatik dan konfigurasi bagi protokol aplikasi, sokongan pertukaran matriks dipertingkat, sistem amaran perniagaan yang lebih beraneka dan kemampuan pelaporan GUI dipertingkat.

(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20120605/537402 )

"Penyelidikan oleh Enterprise Management Associates™ telah mendokumenkan perubahan yang mantap dalam amalan terbaik IT ke arah Operasi IT yang bertumpu dan berpusatkan aplikasi. Mereka yang terlibat dengan perubahan ini mendapati keperluan bagi menilai semula pilihan yang dibuat dalam teknologi dan alatan pengurusan bagi mengenal pasti dan menggunakan produk yang boleh membekalkan kepintaran operasi bertindak dalam masa sebenar. Penyelesaian Corvil telah dibina khusus bagi menawarkan perkhidmatan sedemikian dengan menggunakan perspektif rangkaian bernilai tinggi untuk menyediakan kelebihan kebolehlihatan masa sebenar ke dalam prestasi dan transaksi aplikasi," kata Jim Frey, Naib Presiden Penyelidikan di Enterprise Management Associates.

Memandangkan infrastruktur IT kian meningkat dalam kepantasan dan kerumitannya, terdapat keperluan yang bertambah bagi penyelesaian pengawasan masa sebenar yang boleh membawa kepada kejelasan dan ketelusan pengurusan infrastruktur tersebut. Digunakan secara meluas oleh komuniti pasaran kewangan global bagi tempoh lima tahun lalu, CorvilNet kini digunakan bagi mengawasi infrastruktur kritikal perniagaan lain bagi seluruh Syarikat itu.

Keistimewaan penyelesaian Corvil ini ialah pendekatan Papan Pemuka Nilai Perniagaan (BVD) bagi melaporkan prestasi, kesihatan dan aktiviti berkaitan perkhidmatan dan aplikasi syarikat yang misi kritikal. Gartner mendefinisikan konsep Papan Pemuka Nilai Perniagaan (BVD) baru-baru ini sebagai papan pemuka yang menggunakan pendekatan yang subjektif dan dipacu matriks bagi mendemonstrasikan impak langsung terhadap I&O (Infrastruktur dan Operasi) memandangkan perkaitannya dengan prestasi dan objektif perniagaan.

"Kami berusaha bersama-sama para pelanggan dan rakan kongsi kami bagi mendefinisikan pelancaran produk ini dan pertambahan pesat penggunaannya memberi galakan kepada kami," kata Naib Presiden Pengurusan Produk Corvil, Donal O'Sullivan. "Pengawasan prestasi IT mendorong kejayaan pelaksanaan operasi perniagaan. Pelancaran produk ini merupakan kemajuan besar dalam merapatkan jurang antara kepintaran perniagaan berintegrasi dan prestasi IT." 

Lebih 40 pelanggan di seluruh dunia telah menggunakan versi awal penyelesaian baharu ini yang menggambarkan peningkatan permintaan penyelesaian seperti CorvilNet yang menyediakan gambaran bersepadu secara menegak terhadap pengalaman pengguna, aplikasi dan rangkaian pada satu skrin bagi skala syarikat. Dalam kaji selidik bebas terhadap pengguna CorvilNet yang dijalankan baru-baru ini oleh TechValidate, didapati 100% responden mengatakan mereka akan mengesyorkan CorvilNet kepada rakan atau rakan sekerja. Apabila ditanya tentang masa yang diperuntukkan bagi menyelesaikan isu, 35% daripada organisasi itu telah dapat memperbaiki masa purata bagi menyelesaikan isu kritikal perniagaan sebanyak 70% atau lebih (Sumber: TechValidate. TVID: C2B-F7D-375) dan 71% daripadanya menunjukkan peningkatan sebanyak 50% atau lebih (Sumber: TechValidate. TVID: 204-55E-951)

Versi terkini CorvilNet boleh didapati mulai hari ini.

Tentang Corvil

Corvil menyediakan perkhidmatan Pengawasan Prestasi Beroperasi (OPM) bagi bidang IT. Platform Corvil memperoleh kepintaran beroperasi masa sebenar daripada data berwayar dan menggunakan kepintaran ini untuk menganalisis prestasi aplikasi dan perkhidmatan IT, mengesan dan memberi amaran tentang kejadian dalam masa sebenar dan mengeksport data penting berkaitan kepintaran perniagaan dan analisis pengurusan risiko. Para pelanggan menggunakan Corvil untuk mengoptimumkan dan melindungi prestasi beroperasi bagi proses dan perkhidmatan perniagaan mereka. Platform Corvil juga mampu mengendalikan permintaan persekitaran IT berprestasi tinggi, dengan pendaman rendah dan data intensif. Syarikat tersebut telah ditubuhkan pada tahun 2000 dan beroperasi dari New York, London, Singapura, Tokyo dan Dublin. Bagi maklumat lanjut tentang Corvil, sila layari http://www.corvil.com.

Sumber: Corvil

Source: Corvil
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Internet Technology New products/services