omniture

LambdaTest Mengumumkan Geran Sebanyak $250,000 untuk Para Pembangun dan Projek Sumber Terbuka yang Mengusahakan Rangka Kerja/Alat Pengujian

LambdaTest
2022-09-17 19:36 0

LambdaTest, melalui geran ini, berusaha menyokong inovasi sumber terbuka dalam rangka kerja dan set peralatan ujian perisian yang akan memberi kesan positif kepada komuniti yang lebih besar 

SAN FRANCISCO, 17 September 2022 /PRNewswire/ -- LambdaTest, platform awan ujian kualiti berterusan yang terkemuka, telah mengumumkan geran bernilai $250,000 untuk para pembangun sumber terbuka yang sedang mengusahakan rangka kerja dan alat pengujian. Melalui geran ini, LambdaTest berusaha untuk menyokong inovasi yang mendalam yang akan mendorong keterangkuman untuk seluruh komuniti Jaminan Mutu (QA) dan Pengujian.

"Kami teruja untuk mengumumkan geran sumber terbuka LambdaTest bernilai $250,000. Ini merupakan salah satu inisiatif utama yang kami ingin bawa untuk menyokong inovasi dalam bidang pengujian. Industri perisian ini semuanya berkaitan menyelesaikan masalah secara bersama-sama dan seterusnya berkongsi dengan dunia.," kata Maneesh Sharma, Ketua Pegawai Operasi LambdaTest. "Di LambdaTest, kami benar-benar percaya terdapat pelbagai inovasi yang membolehkan komuniti kami memacu sumber terbuka dan pengujian. Melalui geran ini, kami berharap untuk mencetuskan perbincangan, memberi maklum balas dan berkongsi pembelajaran bagi mendorong komuniti pengujian kami terus melangkah ke hadapan. Kami telah menjalankan pensijilan Selenium, Playwright dan Appium untuk meningkatkan kemahiran dalam kalangan warga komuniti. Kami berharap geran seperti ini akan menjadi satu titik tolak dalam mewujudkan susunan ujian yang mampu mengubah bidang ini dalam usaha menyelesaikan masalah masa kini dan masa depan."

Para pembangun sumber terbuka yang sedang mengusahakan projek tentang rangka kerja dan alat ujian serta telah membuat sumbangan yang signifikan atau sedang menyelenggara sekurang-kurangnya satu projek ujian sumber terbuka boleh membuat permohonan untuk mendapatkan geran tersebut. Mereka juga sepatutnya mempunyai profil GitHub yang memperincikan pengalaman mereka dan menggariskan sumbangan mereka kepada projek sumber terbuka dan komuniti. Sebagai sebahagian daripada permohonan geran, pemohon perlu menerangkan bagaimana geran tersebut akan membantu projek atau komuniti mereka.

LambdaTest juga telah mencipta Koleksi GitHub berkaitan Rangka Kerja dan Alat Pengujian Sumber Terbuka untuk dijadikan sebagai rujukan komuniti. Syarikat ini juga menyokong projek sumber terbuka dengan keperluan ujian mereka dengan menyediakan lesen produk percuma, termasuk kepada platform pelayar teras dan ujian aplikasi mudah alih serta HyperExecute, sebuah platform penyepaduan ujian pintar yang diterajui IP. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang program dan geran sumber terbuka LambdaTest, pemohon yang berminat boleh melayari https://www.lambdatest.com/open-source-grants.

Tentang LambdaTest 

LambdaTest ialah sebuah platform awan ujian kualiti berterusan yang membantu pembangun dan penguji menghantar kod dengan lebih pantas. Lebih 7,000 pelanggan dan lebih 1 juta pengguna di lebih 130 buah negara bergantung pada LambdaTest untuk keperluan ujian mereka.
Platform LambdaTest menyediakan pengorkestraan ujian yang selamat, boleh ditingkatkan dan berwawasan untuk para pelanggan pada peringkat berbeza dalam kitaran hayat Operasi Pembangunan (CI/CD) mereka:-

  • Browser & App Testing Cloud (Awan Ujian Aplikasi & Pelayar) membolehkan para pengguna menjalankan ujian manual dan automatik ke atas aplikasi web dan mudah alih yang merentasi lebih 3,000 pelayar, peranti sebenar serta persekitaran sistem operasi yang berbeza.
  • HyperExecute membantu para pelanggan menjalankan dan mengatur grid ujian di awan untuk mana-mana platform dan bahasa pengaturcaraan pada kelajuan yang amat pantas bagi mengurangkan masa ujian yang berkualiti yang sekali gus membantu para pembangun membina perisian dengan lebih pantas.

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://lambdatest.com

Logo: https://mma.prnasia.com/media2/1721228/Lambda_Test_Logo.jpg?p=medium600

 

 

Source: LambdaTest
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Internet Technology New products/services