omniture

Edisi Kelima CIIE diadakan untuk meluaskan skop bagi Negara-Negara Inisiatif Sejalur Sejalan

CIIE
2022-09-17 20:04 0

SHANGHAI, 17 September 2022 /PRNewswire/ -- Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE), pameran perdagangan bertemakan aktiviti import peringkat kebangsaan yang pertama di dunia, terus menyediakan platform untuk berkongsi peluang pasaran di China dengan negara-negara Inisiatif Sejalur Sejalan (Belt and Road Initiative atau BRI).

An exhibitor stands in front of the handmade wool carpets displayed at the fourth China International Import Expo held in Shanghai from Nov 5-10, 2021
An exhibitor stands in front of the handmade wool carpets displayed at the fourth China International Import Expo held in Shanghai from Nov 5-10, 2021

CIIE yang telah dilancarkan pada tahun 2018 terdiri daripada pameran perniagaan, pameran negara dan Forum Ekonomi Antarabangsa Hongqiao.

Ekspo ini telah berkembang dari segi skala dan pengaruh – kawasan pameran perniagaannya bertambah daripada 270,000 meter persegi pada tahun 2018 kepada 366,000 meter persegi pada tahun 2021, manakala tiga edisi pertamanya telah membantu menyalurkan kira-kira USD30.5 bilion dana pelaburan asing ke dalam 622 buah projek.

Edisi Kelima CIIE akan diadakan di Shanghai dari 5 hingga 10 November pada tahun ini seperti yang dijadualkan. Seperti biasa, sejumlah besar syarikat akan menghadiri Ekspo ini buat kali pertama - ia termasuk syarikat gergasi logam dan perlombongan global, Rio Tinto Group dan syarikat semikonduktor multinasional dari Jepun, Renesas Electronics Corp.

CIIE telah menjadi tempat pilihan bagi syarikat-syarikat untuk mengumumkan ciptaan baharu mereka. Sepanjang empat edisinya yang lalu, para pempamer telah memperkenalkan lebih 1,500 produk, teknologi dan perkhidmatan baharu.

CIIE terus membuka luas pasaran China yang besar dan membuat perubahan yang besar di dunia, terutamanya di negara-negara kurang maju, negara Eropah Tengah dan Eropah Timur serta negara-negara yang terlibat dalam BRI.

Sebagai contoh, seorang tukang alpaka bernama Mamani dari Peru yang sebelum ini mencari rezeki dengan menjual karya seni bertemakan alpaka di gerai tepi jalan beliau, memperoleh pendapatan kurang daripada USD20 sehari. Disebabkan oleh CIIE, pesanan dari China kini membolehkan beliau menjana pendapatan bulanan sebanyak USD50,000 serta memberikan pekerjaan yang stabil kepada 200 lagi tukang atau lebih seperti beliau. "Tanpa pesanan dari China, ramai tukang seperti saya akan menganggur," kata beliau.

Kesan limpahan yang berlebihan daripada ekspo ini telah menarik lebih banyak perhatian.

Pada edisi keempat CIIE, pelbagai produk daripada Trinidad dan Tobago telah menarik perhatian para pengguna dari China. "Kami akan menghadiri CIIE yang kelima pada tahun ini untuk mempamerkan barangan istimewa kami," kata Analisa Low yang menyandang jawatan sebagai Duta Trinidad dan Tobago ke China dalam satu temu bual baru-baru ini.

Bagi Pameran Perniagaan, CIIE yang kelima ini sekali lagi akan menampilkan enam bidang pameran — Produk Makanan dan Pertanian, Industri Pintar dan Teknologi Maklumat, Peralatan Perubatan dan Produk Penjagaan Kesihatan, Barangan Pengguna, Perkhidmatan Perniagaan Tukar Beli dan Automobil.

Di samping itu, satu siri acara sampingan seperti aktiviti promosi di negara-negara luar, majlis menandatangani dan forum telah menjadikan CIIE lebih daripada sekadar sebuah ekspo yang berlangsung selama enam hari, tetapi juga sebagai satu cara untuk mengubah para pempamer menjadi pelabur.

Pastikan anda melayari laman web rasmi CIIE untuk maklumat lanjut tentang edisi kelima yang akan datang: https://www.ciie.org/zbh/en/.

Hubungan:Cik Cui Yan
Telefon: 0086-21-968888
E-mel: ciie2022@ciie.org 
Laman web: http://www.ciie.org/zbh/en/
Facebook: https://www.facebook.com/ciieonline
Twitter: https://twitter.com/ciieonline

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1901010/CIIE.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1077995/CIIE_Logo.jpg?p=medium600

 

Source: CIIE
Keywords: Banking/Financial Service Medical Equipment Mining/Metals Transportation Travel Trade show news