![]() |
Roberto Benigni, Elodie, Greta Scarano dan Carlo Verdone merupakan antara Bintang-bintang Itali yang Membarisi Paramount+, Bersama-sama Bintang Global Harrison Ford, Jessica Chastain, Helen Mirren, Sylvester Stallone dan Miles Teller
Komitmen Berterusan Paramount Global kepada Itali Diteruskan dengan Paramount+ apabila Perkhidmatan ini Melabur dalam Kandungan dan Bakat Tempatan dengan Barisan Kandungan Asal
Semasa Acara Permaidani Biru Eksklusif di Studio Cinecittà Ikonik di Rom, Perkhidmatan Penstriman Tersebut Telah Mendedahkan Rangkaian Kandungannya yang Lengkap, termasuk Kandungan Asal Itali yang Baharu
#ParamountPlusIT #ParamountPlus
BAHAN AKHBAR: DI SINI DAN DI SINI
MILAN, 18 September 2022 /PRNewswire/ -- Paramount+, perkhidmatan penstriman global daripada Paramount (NASDAQ: PARA, PARAA), akan dilancarkan esok bersamaan dengan 15 September di Itali, dengan lebih 8,000 jam hiburan.
Paramount Global melancarkan Permaidani Biru dan menganjurkan acara yang dipenuhi para bintang yang mempesonakan pada hari ini bersamaan dengan 14 September di Studio Cinecittà ikonik di Rom untuk meraikan pelancaran Paramount+ di Itali. Sehubungan dengan acara tersebut, perkhidmatan ini telah mendedahkan rangkaian kandungannya yang menampilkan barisan bintang-bintang ternama dan cerita-cerita yang paling menarik. Roberto Benigni, Elodie, Greta Scarano dan Carlo Verdone merupakan antara bintang-bintang Itali yang membarisi Paramount+, bersama-sama bakat global yang merangkumi Harrison Ford, Jessica Chastain, Helen Mirren, Sylvester Stallone, Miles Teller dan ramai lagi.
Perkhidmatan penstriman ini menyediakan rangkaian kandungan yang luas untuk seluruh keluarga, merangkumi kandungan asal Paramount+ yang baharu dan eksklusif, rancangan terbaik dan filem popular dari setiap genre daripada jenama dan studio penerbitan Paramount yang terkenal di dunia, termasuk Comedy Central, MTV, Nickelodeon, Paramount Pictures, SHOWTIME® dan Smithsonian Channel™ yang menawarkan kandungan tempatan dan program antarabangsa eksklusif yang terbaik.
Siri global yang bakal tersedia di Paramount+ di Itali termasuk THE OFFER, berdasarkan pengalaman penerbit yang memenangi anugerah Oscar® iaitu Albert S. Ruddy, yang luar biasa dan belum pernah berlaku sebelum ini, dalam menghasilkan "The Godfather", THE MAN WHO FELL TO EARTH, yang mengikuti kisah watak makhluk asing baharu yang tiba di Bumi pada ketika berlaku titik perubahan dalam evolusi manusia dan TULSA KING, dengan Sylvester Stallone memegang watak sebagai Dwight "Jeneral" Manfredi yang tidak lama selepas dia dibebaskan daripada hukuman penjara selama 25 tahun dan disingkirkan daripada kumpulan mafia tersebut oleh ketuanya, membuka sebuah kedai di Tulsa, Oklahoma.
Selain itu, Paramount+ akan memiliki pilihan filem blokbuster baharu susulan pelancaran hiburan rumah dan teater, termasuk filem "Top Gun: Maverick" yang akan tiba dalam perkhidmatan ini di Itali pada tahun 2022.
Perkhidmatan ini melabur dalam kandungan dan bakat tempatan dengan barisan kandungan asal dari Itali yang tiada tandingan seperti yang diumumkan baru-baru ini iaitu FRANCESCO IL CANTICO, sebuah bacaan yang mengasyikkan daripada salah satu teks paling ikonik yang didedikasikan untuk cinta dan dihoskan oleh bintang Itali yang memenangi anugerah Oscar®, Roberto Benigni; musim baharu VITA DA CARLO yang menyaksikan pelawak dan pelakon Itali yang disayangi,Carlo Verdone sebagai pengarah dan watak utama bagi siri berkisarkan kehidupan beliau yang amat dinanti-nantikan ini; TI MANGIO IL CUORE, filem yang berdasarkan novel penyiasatan yang ditulis oleh Carlo Bonini dan Giuliano Foschini tentang mafia di Foggia serta dibintangi oleh Elodie yang berlakon buat pertama kali; selain daripada CIRCEO, MISS FALLACI, QUATTORDICI GIORNI, CORPO LIBERO, EX ON THE BEACH dan ARE YOU THE ONE? Siri animasi seperti musim terbaharu "Beavis and Butt-Head" dan "South Park" akan turut mendapat sentuhan dari Itali melalui alih suara oleh bakat tempatan. Rangkaian skrip juga akan merangkumi semua skrip asal yang diumumkan sebelum ini, termasuk BOSÉ, sebuah siri enam episod yang menceritakan kisah kehidupan Miguel Bosé yang luar biasa, seorang superstar antarabangsa yang memulakan kerjayanya pada akhir 1970-an.
"Pada malam ini, kita meraikan pelancaran Paramount+ yang menggabungkan Hollywood dengan penceritaan dan kreativiti Itali dengan sempurna. Itali telah menjadi sebuah lokasi kepada Paramount selama bertahun-tahun dan kini kami membawakan filem dan rancangan bersiri Itali – dan global – yang terbaik ke satu tempat iaitu di Paramount+," ujar Tom Ryan, Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Penstriman Paramount semasa memberikan ucapan di acara Permaidani Biru.
"Kami merupakan satu-satunya perkhidmatan penstriman di mana anda akan dapat menonton Sylvester Stallone, 'SpongeBob', 'Star Trek', 'South Park' dan bintang handalan Itali seperti Elodie dan Verdone... semuanya pada satu tempat," kata Marco Nobili, Naib Presiden Eksekutif merangkap Pengurus Besar Antarabangsa Paramount+, semasa berucap di acara tersebut. "Dengan pengalaman penceritaan selama lebih 100 tahun daripada studio Hollywood kami yang terkenal sehingga hab penerbitan antarabangsa kami - Paramount mengetahui caranya untuk menghasilkan hiburan yang hebat bagi semua orang."
PERANCANGAN KANDUNGAN YANG MANTAP
Rangkaian Kandungan Itali yang Tiada Tandingan
Sebagai sebahagian daripada rancangan perkhidmatan penstriman ini untuk membawa masuk 150 kandungan asal antarabangsa menjelang tahun 2025, Paramount+ kini membawa Hollywood ke Itali yang akan menyaksikan khalayak Itali menemui Pelbagai Hiburan (Mountain of Entertainment) termasuk kandungan penerbitan tempatan:
FRANCESCO IL CANTICO, dihoskan oleh bintang Itali yang memenangi anugerah Oscar®, Roberto Benigni; dan musim baharu VITA DA CARLO, penerbitan pertama daripada Carlo Verdone untuk Paramount+, dengan memainkan dua peranan iaitu sebagai pengarah dan juga watak utama dalam siri tersebut yang mengikuti kehidupan dirinya sendiri dengan menunjukkan kehidupan peribadi beliau yang biasa sebagai seorang lelaki yang tidak pernah menolak permintaan para penontonnya, sama ada swafoto di jalan atau menandatangani autograf di perhentian rehat.
CIRCEO , sebuah siri yang terbitkan oleh Cattleya melalui kerjasama dengan VIS iaitu bahagian studio antarabangsa Paramount, Paramount+ dan RAI Fiction yang mengisahkan peristiwa berkaitan kes terkenal yang berlaku pada tahun 1975 yang mengubah hidup masyarakat Itali buat selama-lamanya.
QUATTORDICI GIORNI, sebuah penerbitan Itali yang asal daripada Paramount+, ditulis dan diarahkan oleh Ivan Cotroneo serta bakal dibawa ke platform ini tidak lama lagi dalam bulan ini, mengikuti kisah sepasang suami isteri yang terpaksa berada dalam pengasingan bersama selama dua minggu.
CORPO LIBERO, sebuah siri daripada Indigo Film dan Network Movie melalui penerbitan bersama dengan ZDFneo serta secara kerjasama dengan Rai Fiction dan Paramount+ serta gabungan dengan All3Media International Limited, akan tersedia pada akhir bulan Oktober ini. Berdasarkan novel daripada Ilaria Bernardini dan ditulis bersama-sama dengan Chiara Barzini, Ludovica Rampoldi dan Giordana Mari, ia merupakan sebuah filem ngeri drama remaja yang amat menarik yang berlatarkan dunia gimnastik.
TI MANGIO IL CUORE, berdasarkan novel penyiasatan yang ditulis oleh Carlo Bonini dan Giuliano Foschini tentang mafia di Foggia, Itali, filem ini dibintangi oleh Elodie dalam lakonan pertamanya dengan memegang watak sebagai Marilena, isteri kepada salah seorang ketua mafia tempatan yang jatuh cinta dengan pewaris keluarga musuh. Filem yang mendapat sanjungan tinggi di Festival Filem Antarabangsa Venice ke-79 ini akan ditayangkan di pawagam pada bulan September 2022 dan akan distrim secara eksklusif di Paramount+ menjelang bulan Januari 2023.
MISS FALLACI , bakal ditayangkan pada tahun 2023, siri Asal Paramount+ memperincikan kisah benar tentang salah seorang ikon kewartawanan Itali dan antarabangsa yang paling kontroversi, Oriana Fallaci.
BOSÉ, siri TV yang menggambarkan kehidupan seorang artis yang luar biasa dengan personaliti yang unik dan amat dikenali: Miguel Bosé. Siri enam episod ini akan membawa para penonton ke bahagian yang berbeza dalam kerjaya penyanyi-pencipta lagu ini yang bermula pada akhir tahun 1970-an yang mendedahkan kisah-kisah di sebalik inspirasi, gubahan dan rakaman beberapa karya beliau yang paling ikonik dan bagaimana kejayaan ini mempengaruhi kehidupan peribadi beliau. Siri ini akan mendedahkan rahsia yang tidak diketahui, memberi pandangan dalaman daripada kalangan rakan-rakan beliau kepada kita dan menunjukkan hubungan luar biasa antara Miguel dengan ibu bapanya.
Rangkaian tempatan tanpa skrip termasuk musim baharu MTV, EX ON THE BEACH, yang menampilkan Cecilia Rodriguez dan Ignazio Moser sebagai hos dan ARE YOU THE ONE? dalam versi Itali yang pertama, iaitu rancangan temu janji ikonik daripada MTV.
Filem Animasi bagi Penonton Dewasa dengan Sentuhan Itali
Perkhidmatan ini akan memperkenalkan semula Beavis and Butt-Head, salah satu pasangan animasi paling ikonik pada tahun 1990-an, dalam BEAVIS AND BUTT-HEAD DO THE UNIVERSE, sebuah kisah yang merangkumi dua abad secara teknikal dan bakal menduduki tempat teratas pada semua senarai akan datang bagi filem fiksyen sains paling bodoh yang pernah diterbitkan. Filem ini bermula apabila Beavis dan Butt-Head tiba-tiba dihantar ke kem angkasa lepas akibat daripada "hukuman kreatif" oleh hakim mahkamah juvana pada tahun 1998. Selepas merosakkan sebuah misi, mereka ditinggalkan di angkasa lepas untuk menemui kematian tetapi mereka akhirnya melalui sebuah lubang hitam dan muncul semula di Bumi pada tahun 2022, hanya untuk menemui dunia yang sangat berbeza.
Filem ini bakal menampilkan suara komediri dan penulis komedi dari Itali iaitu Edoardo Ferrario dan Luca Ravenna.
SOUTH PARK THE STREAMING WARS mengikuti kisah Cartman, yang sentiasa bertelagah dengan ibunya dalam persaingan siapa yang lebih hebat antara mereka, apabila konflik epik berlaku dan mengancam kewujudan SOUTH PARK, manakala dalam SOUTH PARK THE STREAMING WARS - PART 2 , kemarau telah membuatkan bandar South Park berada di ambang kemusnahan.
Filem ini akan menampilkan Riccardo Zanotti dan Elio Biffi, ahli kumpulan muzik Pinguini Tattici Nucleari, membawakan suara beberapa watak: Riccardo akan memainkan watak seorang wartawan cuaca dalam episod pertama dan pelakon, Gwyneth Paltrow dalam episod kedua, manakala Elio yang membawakan suara pemandu pelancong dalam penerbitan pertama, akan meminjamkan suaranya kepada pelawak Larry David dalam filem kedua.
Kandungan asal Paramount+
Filem asal Paramount+ termasuk TULSA KING, dibintangi oleh Sylvester Stallone sebagai 'jeneral' mafia New York yang tidak lama selepas dia dibebaskan daripada hukuman penjara selama 25 tahun dan disingkirkan daripada kumpulan mafia tersebut oleh ketuanya, membuka sebuah kedai di Tulsa, Oklahoma; THE OFFER, sebuah siri terhad berdasarkan pengalaman penerbit yang memenangi anugerah Oscar® Albert S. Ruddy, yang luar biasa dan belum pernah berlaku sebelum ini, dalam menghasilkan "The Godfather;" dengan Miles Teller, Matthew Goode dan Juno Temple; 1883, Prekuel "Yellowstone" yang sangat dinanti-nantikan daripada Taylor Sheridan, yang mengikuti kisah keluarga Dutton ketika mereka memulakan perjalanan ke barat melalui Great Plains menuju benteng terakhir Amerika yang belum diterokai; 1923, yang turut dihasilkan oleh Sheridan, menampilkan Helen Mirren dan Harrison Ford dalam episod seterusnya bagi cerita asal "Yellowstone" yang memperkenalkan generasi baharu keluarga Dutton serta menerokai awal abad kedua puluh; dan HALO, sebuah siri berdasarkan francais Xbox ikonik yang mengisahkan konflik abad ke-26 yang epik antara manusia dan ancaman makhluk asing yang dikenali sebagai Covenant.
Selain itu, Paramount+ merupakan destinasi untuk para peminat "Star Trek" di Itali. Perkhidmatan ini menampilkan STAR TREK: DISCOVERY, yang mengikuti kisah pelayaran Starfleet dalam misi mereka untuk menemui dunia baharu dan bentuk kehidupan baharu, serta seorang pegawai Starfleet yang mesti belajar bahawa untuk benar-benar memahami semua perkara asing, seseorang mesti memahami dirinya terlebih dahulu; dan STAR TREK: STRANGE NEW WORLDS, yang berdasarkan pada tahun-tahun Kapten Christopher Pike mengetuai pimpinan U.S.S. Enterprise. Siri ini akan menampilkan filem kegemaran peminat daripada musim kedua bagi STAR TREK: DISCOVERY, Anson Mount sebagai Kapten Christopher Pike, Rebecca Romijn sebagai Number One dan Ethan Peck sebagai Pegawai Sains, Spock. Siri ini akan mengikuti kisah Kapten Pike, Pegawai Sains, Spock dan Number One pada tahun-tahun sebelum Kapten Kirk menaiki U.S.S. Enterprise, ketika mereka menerokai dunia baharu di sekitar galaksi.
Sorotan eksklusif daripada SHOWTIME® termasuk AMERICAN GIGOLO, yang merupakan imaginasi semula masa kini bagi filem ikonik tahun 1980; SUPER PUMPED: THE BATTLE FOR UBER, menceritakan kisah salah sebuah syarikat gergasi yang paling berjaya dan inovatif di Silicon Valley iaitu Uber; and THE MAN WHO FELL TO EARTH, berdasarkan novel dan filem ikonik dengan tajuk yang sama, yang mengikuti kisah makhluk asing yang tiba di Bumi pada ketika berlaku titik perubahan dalam evolusi manusia.
Filem-filem ini menyertai kandungan skrip asal Paramount+ yang diterbitkan oleh VIS dengan kerjasama syarikat penerbitan bebas di pelbagai pasaran antarabangsa. Kandungan skrip asal dari seluruh dunia yang telah diumumkan sebelum ini yang akan tersedia, termasuklah SEXY BEAST dan A GENTLEMAN IN MOSCOW dari UK; BOSÉ dari Amerika Latin dan Sepanyol; SINALOA'S FIRST LADY dan ONE MUST DIE dari Mexico; MASK: MARIE ANTOINETTE SERIAL KILLER dari Perancis; serta A THIN LINE, THE SHEIKH (DER SCHEICH) dan SIMON BECKETT'S CHEMISTRY OF DEATH dari Jerman.
Paramount+ untuk Kanak-kanak dan Keluarga
Terdapat juga pelbagai jenis kandungan untuk kanak-kanak dan keluarga. Penggambaran semula siri ICARLY kini tersedia, dengan pelakon Miranda Cosgrove membawa semula wataknya sebagai Carly Shay ketika dia dan rakan-rakannya mengharungi alam pekerjaan, cinta dan keluarga dalam usia 20-an; serta BIG NATE, sebuah siri animasi baharu tentang seorang kanak-kanak gred enam yang sentiasa ingin membuktikan kehebatannya kepada dunia; RUGRATS dan THEFAIRLY ODDPARENTS: ANCORA PIÙ FANTA yang diberi nafas baharu, sebuah siri media campuran baharu dengan lakonan hidup dan animasi, berdasarkan siri animasi Nickelodeon yang bersejarah.
Paramount+ menawarkan siri animasi Komputer Grafik, STAR TREK: PRODIGY, yang dibangunkan oleh pemenang Anugerah Emmy® iaitu Kevin dan Dan Hageman ("Trollhunters" dan "Ninjago"), ini merupakan siri "Star Trek" pertama yang disasarkan kepada penonton yang lebih muda dan mengikuti kisah pelbagai gelagat anak kapal makhluk asing muda yang perlu memikirkan cara untuk bekerjasama sambil mengemudi galaksi yang lebih besar dalam mencari masa depan yang lebih baik. Enam anak muda yang menjadi buangan ini tidak tahu apa-apa tentang kapal yang mereka kendalikan – yang pertama dalam sejarah francais "Star Trek" – namun begitu, sepanjang pengembaraan mereka bersama, setiap seorang daripada mereka akan diperkenalkan kepada Starfleet dan impian yang diwakilinya.
Paramount+ turut menawarkan sebuah pustaka bagi kandungan francais untuk kanak-kanak dan keluarga yang paling digemari seperti "SpongeBob SquarePants,""PAW Patrol" dan banyak lagi.
Filem Blokbuster
Selain daripada penerbitan baharu seperti "Top Gun: Maverick" dan "Scream 5," Paramount+ turut menawarkan kandungan klasik ikonik pada platformnya seperti "Grease," "The Godfather," francais"Star Trek" , "Transformers" dan berbagai-bagai lagi.
STRIM SEKARANG
Di Itali, Paramount+ boleh didapati secara dalam talian di https://paramountplus.it/, pada peranti mudah alih dan pelbagai peranti TV terhubung dengan pengedaran melalui Apple, Amazon, Google, Samsung dan lain-lain lagi. Para pengguna boleh mendaftar pada harga €7.99 selepas tempoh percubaan selama 7 hari atau untuk langganan tahunan pada harga €79.90. Untuk sepuluh hari yang pertama (15 – 25 September), para pengguna boleh mendapat manfaat daripada promosi istimewa di paramountplus.it untuk mengakses perkhidmatan ini pada harga €4.99, dengan tempoh percubaan selama 7 hari.
Paramount+ akan turut dilancarkan pada platform Sky di Itali sebagai sebahagian daripada perjanjian pengedaran berbilang tahun yang baharu. Melalui perjanjian ini, pada 23 September, para pelanggan Sky dengan Sky Cinema akan mempunyai akses kepada kandungan Paramount+ tanpa kos tambahan, manakala aplikasi kendiri Paramount+ akan turut dilancarkan pada Sky Q dan Sky Glass.
PARA-IR
Tentang Paramount+
Paramount+ ialah sebuah perkhidmatan penstriman video langganan digital global daripada Paramount yang menampilkan 'segunung' hiburan premium untuk khalayak daripada pelbagai peringkat usia. Di peringkat antarabangsa, perkhidmatan penstriman ini menampilkan sebuah pustaka siri asli, rancangan terbaik dan filem popular yang meluas merentasi pelbagai genre daripada jenama dan studio penerbitan yang terkenal di dunia, termasuk SHOWTIME®, BET, CBS, Comedy Central, MTV, Nickelodeon, Paramount Pictures dan Smithsonian Channel™, selain daripada tawaran kandungan tempatan utama yang mantap. Perkhidmatan tersebut kini disiarkan di A.S., Kanada, Amerika Latin, Caribbean, Australia, Itali dan Korea Selatan.
Untuk maklumat lanjut tentang Paramount+, sila layari www.paramountplus.com
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1691384/ParamountPlus_Logo.jpg?p=medium600