omniture

Milestone Systems Membeli Connex International, Inc.

Milestone Systems
2013-11-04 17:00 115

COPENHAGEN, Denmark, 4 November 2013 /PRNewswire/ --

Perniagaan global bakal memasukkan sumber dikhususkan untuk latihan dan pensijilan

Milestone Systems, syarikat platform terbuka dalam perisian pengurusan video (VMS) IP sedang membeli semua saham terbitan syarikat latihan, pensijilan dan perundingan pengawasan Connex International, yang bertapak di Minneapolis, Minnesota. Milestone sudah pun menjadi pihak berkepentingan majoriti dalam Connex sejak pelaburan awal pada bulan Julai 2010.

(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20130916/639134 )

Selama bertahun-tahun pasukan Connex sudah menyediakan, menguruskan dan melaksanakan latihan rakan kongsi saluran Milestone dalam banyak bahasa dengan kejayaan yang terbukti merentasi semua rantau. Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, Connex telah menambah ujian dan pendokumenan pensijilan rapi untuk penyepaduan Milestone Solution Partner dengan platform terbuka XProtect®, seperti kawalan akses, analisis, pemposisian georuang, sinopsis video, rungkai peledingan pandangan kamera 360°, penyimpanan video rangkaian dan banyak lagi.

Milestone kini sedang melabur penuh dalam sumber yang dikhususkan ini, menyokong keperluan untuk pendidikan berterusan dalam sektor keselamatan fizikal bagi membolehkan lagi arah aliran daripada analog kepada teknologi IP. Melatih saluran rakan kongsi dalam kemahiran video IP platform terbuka akan mencipta nilai bagi semua orang dalam industri ini: peningkatan kepakaran teknikal membezakan penyepadu sistem dalam pasaran dan lebih penting lagi, memastikan mereka memberikan penyelesaian yang terbaik buat pelanggan.

"Ekosistem antarabangsa kami yang terdiri daripada pengedar dan penjual semula yang berdaya saing ialah kunci strategi Milestone untuk pertumbuhan berterusan. Bagi mempercepat, menyejagatkan dan menjajarkan lagi usaha kami untuk mengukuhkan latihan ekosistem ini, Milestone telah bercadang untuk membeli dan melibatkan Connex sepenuhnya dalam teras pengendalian perniagaan kami," kata Lars Thinggaard, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, Milestone Systems, seraya berkata lagi:

"Sebagai komponen penting dalam usaha kami untuk berkhidmat untuk klien masa hadapan, Milestone akan terus melaburkan sumber yang signifikan dalam Program Pengetahuan Milestone dan pasukan yang membawa konsep latihan global kami ke pasaran. Penglibatan penuh Connex ke dalam Milestone ialah bukti usaha strategi ini. Perkhidmatan mereka menyokong rakan kongsi Milestone bagi memberikan penyelesaian yang paling berdaya saing, dengan reka bentuk yang paling bagus dan berkualiti paling tinggi dalam industri ini."

Matlamat untuk peralihan awal dalam suku tahun keempat tahun 2013 adalah untuk meneruskan pengendalian latihan sedia ada sambil menambah lagi kepada kapasiti global termasuk pelan untuk melancarkan kursus pensijilan mampu diri dalam talian untuk rakan kongsi saluran. Selain Program Pengetahuan Milestone, perkhidmatan perundingan profesional yang disediakan oleh Connex untuk rakan kongsi penting Milestone akan dimasukkan dalam kerangka kerja teras perniagaan Milestone.

Tentang Milestone Systems

Syarikat pegangan swasta yang ditubuhkan pada tahun 1998, Milestone Systems ialah peneraju industri global dalam perisian pengurusan video IP platform terbuka, menurut IHS Inc. (dahulunya dikenali sebagai IMS Research). Menyediakan pengawasan yang berkuasa dan mudah diuruskan, andal dan terbukti dengan ribuan pemasangan oleh pengguna seluruh dunia, teknologi Milestone menyokong pilihan fleksibel dalam perkakasan rangkaian dan penyepaduan dengan sistem lain. Dijual melalui rakan kongsi di lebih 100 negara, penyelesaian Milestone membantu organisasi 'yang dibolehkan video' – menguruskan risiko, melindungi orang ramai dan aset, mengoptimumkan proses serta mengurangkan kos. Bagi maklumat lanjut, lawati: http://www.milestonesys.com

Source: Milestone Systems
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Acquisitions, mergers, takeovers