omniture

KETAHUI PEMENANG ANUGERAH WISE 2022

WISE
2022-09-18 22:48 0

DOHA, Qatar, 18 September 2022 /PRNewswire/ -- Enam projek rintis yang menangani cabaran pendidikan global telah diiktiraf oleh WISE, iaitu sebuah inisiatif Qatar Foundation, atas sumbangan positif mereka kepada bidang pendidikan dan masyarakat. Pemenang Anugerah WISE 2022 adalah:

Opportunity EduFinance  oleh Opportunity International (Amerika Syarikat) membantu kanak-kanak mengakses sekolah yang berkualiti melalui kewangan sosial. Ia menyediakan bantuan teknikal kepada institusi kewangan untuk melancar dan mengembangkan Portfolio Kewangan Pendidikan; serta melatih sekolah-sekolah dalam portfolio tersebut untuk menjadi lebih lestari dari segi kewangan dan untuk meningkatkan kualiti pendidikan dari semasa ke semasa.

Educating for Wellbeing  oleh AtentaMente (Mexico) memberi tumpuan kepada pembangunan kecekapan sosial dan emosi (SEC) golongan dewasa dengan menggalakkan kesejahteraan para pendidik serta membina persekitaran yang penyayang dalam bilik darjah dan sekolah, sekali gus menyediakan persekitaran pembelajaran yang selamat kepada para pelajar. Dalam masa tiga tahun, 12,500 orang pengetua, guru dan pihak berkuasa pendidikan prasekolah telah menjalani latihan di EW.

Childcare Social Franchising oleh Kidogo (Kenya) dibangunkan untuk menyokong golongan wanita menjadi usahawan dengan membuka pusat penjagaan awal kanak-kanak mereka sendiri yang membolehkan anak-anak kecil menerima pendidikan serta penjagaan yang berkualiti dan berpatutan. Kidogo kini merupakan rangkaian penjagaan kanak-kanak terbesar di Kenya, dengan lebih 750 buah francais yang menjangkau kira-kira 16,000 orang kanak-kanak.

Remake Learning  (Amerika Syarikat) menghubungkan para pelajar dengan pengalaman pembelajaran yang memupuk kreativiti dan imaginasi di dalam dan di luar bilik darjah. Ia merupakan sebuah rangkaian rakan sebidang yang terdiri daripada lebih 1,200 orang ahli yang menyatukan para pendidik dan inovator untuk mewujudkan peluang pembelajaran yang menarik untuk para pelajar -- dan kemudiannya menyokong mereka ketika mereka mengharungi perubahan sosial dan teknologi yang pesat.

The Internet Free Education Resource Bank  oleh Education Above All (Qatar) ialah sebuah koleksi sumber pembelajaran berasaskan projek yang memerlukan sumber yang rendah dan bebas teknologi yang boleh diakses secara universal untuk pendekatan pembelajaran yang diterajui pelajar. Penyelesaian penyesuaian ini telah menjangkau lebih 827,000 orang pelajar di lebih 14 buah negara dengan lebih 30 rakan kongsi, termasuk para pelajar yang terpinggir di penempatan pelarian, komuniti luar bandar terpencil dan konteks dalam bandar yang kurang mendapat perhatian.

Climate Change Problem Solvers oleh Reap Benefit Foundation (India) telah membangunkan platform Solve Ninja untuk mengaktifkan belia berorientasikan tindakan dan kemahiran abad ke-21 melalui tindakan tempatan. Dengan memanfaatkan kelebihan mobilisasi akar umbi, teknologi dan komuniti yang didorong oleh tindakan, lebih 112,018 ahli Solve Ninja telah mengambil lebih 94,000 tindakan yang berkaitan dengan isu iklim dan sivik di peringkat nasional.

Para pemenang Anugerah WISE ini akan diraikan di Doha dalam sebuah majlis eksklusif. Selain daripada memperoleh kebolehlihatan dan peluang rangkaian sebagai sebahagian daripada Komuniti WISE, setiap pemenang akan turut menerima USD20,000.

Untuk maklumat lanjut: http://www.wise-qatar.org/wise-awards

Untuk pertanyaan media: Lina Lahlou, lina.lahlou@wise.org.qa

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/969958/Wise_Logo.jpg?p=medium600

 

 

 

Source: WISE
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Education Awards Children-related news Corporate Social Responsibility Financial Technology Future Events