omniture

Singapura Hentian Seterusnya untuk Pertunjukan Penyumberan Terakhir Tahun Ini

Mega Expo (Hong Kong) Limited
2013-11-05 09:00 93

HONG KONG, 5 November 2013 /PRNewswire/ -- Edisi ketiga EKSPO ASIA SINGAPURA DAN EKSPO KOMODITI FUJIAN SINGAPURA akan berlangsung mulai Khamis 21 hari bulan hingga Sabtu 23 hari bulan November 2013 di Pusat Ekspo dan Konvensyen Sands di kompleks Marina Bay di Singapura. Dua ekspo perdagangan ini akan sekali lagi menjadi peluang pembelian terakhir bagi barangan pada harga kompetitif, dibuat di China dan Asia dan disasarkan untuk pasaran Asia Tenggara yang sedang membesar.

Ekspo 2013 ini akan sekali lagi menggabungkan dua seksyen individu dengan sejumlah lebih 250 pembekal. EKSPO KOMODITI FUJIAN SINGAPURA akan mempamerkan syarikat Tanah Besar China berkualiti dari Daerah Fujian di China; EKSPO ASIA SINGAPURA akan mempamerkan pilihan luas pembekal Asia dari TANAH BESAR CHINA, HONG KONG, JEPUN, TAIWAN dan negara Asia lain dengan kedua-dua seksyen dipamerkan di bawah satu bumbung bagi memudahkan pembeli profesional Asia yang melawat mencari sumber produk baharu dan mengenal pasti rakan kongsi perniagaan baharu.

Sektor produk yang dipamerkan termasuklah pakaian dan kasut, makanan, barangan cenderamata, perkakas rumah, mainan & barangan bayi, alat dan barangan elektronik pengguna, barangan sukan dan alat tulis yang berkualiti tinggi dan berharga kompetitif.

Dari Hong Kong, Florist Industrial Co. Ltd. ialah pembekal berpengalaman untuk produk promosi tempahan khas serta barangan yang disuai khusus, termasuk beg dan pembungkusan.  

Dari China, Fujian Mac Consumer Products Co. Ltd menghasilkan perabot boleh lipat untuk kegunaan riadah dan dijual kepada kedai barangan runcit termasuklah Wal-Mart, Sam's, Carrefour, Metro, Costco, K-Mart, Coleman di Amerika Utara, Eropah, Oceania dan Asia Timur.

Dari China, dalam seksyen barangan sukan dan aktiviti luar Peak (China) Co., Ltd akan sekali lagi mempamerkan kasut, pakaian dan aksesori.

Pada tahun 2012, lebih 3400 pelawat dari seluruh Asia, termasuk Australia, India, Indonesia, Jepun, Korea Selatan, Malaysia, Filipina, Singapura, Sri Lanka, Thailand dan Vietnam telah menghadirinya dan edisi kedua menerima maklum balas perniagaan yang positif daripada pempamer dan pelawat.

Dengan pasaran memuncul ASEAN kini diiktiraf oleh pengeksport Asia sebagai peluang untuk perluasan, EKSPO ASIA SINGAPURA berada pada kedudukan yang sempurna untuk menyediakan platform perdagangan yang menggabungkan pembekal dan pembeli bersama bagi membangunkan pasaran rantau Asia.

Nota kepada Editor

Penganjur:

  • MEGA EXPO (HONG KONG) LIMITED
  • JABATAN DAERAH FUJIAN UNTUK PERDAGANGAN ASING & KERJASAMA EKONOMI
  • PEJABAT HAL EHWAL LUAR NEGARA CHINA UNTUK KERAJAAN RAKYAT DAERAH FUJIAN

Penganjur Bersama:

HUIYUAN INT'L COMMERCE & EXHIBITION CO., LTD.

MEGA EXPO (HONG KONG) LIMITED
Tel: (852) 3588 9688
Faks: (852) 3588 9668
E-mel: cs@asiaexposingapore.com  
www.asiaexposingapore.com/

PERTANYAAN MEDIA

Ben Wong
E-mel: ben.wong@mega-expo.com

SUMBER Mega Expo (Hong Kong) Limited

Source: Mega Expo (Hong Kong) Limited
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Household/Consumer/Cosmetics Retail Trade show news