YIWU, China, 5 November 2013 /PRNewswire/ -- Pesta Yiwu ke-19 yang berlangsung selama lima hari telah melabuhkan tirainya di Pusat Ekspo Antarabangsa Yiwu pada 25 Oktober lalu. Menurut statistik oleh para penganjur, Pesta Yiwu ke-19 yang dihadiri oleh peruncit tempatan dan luar negara itu mencatatkan pusing ganti sebanyak 16.615 bilion CNY, peningkatan dari tahun ke tahun sebanyak 1.68% dengan perdagangan asing yang berjumlah 1.696 bilion (62.1% daripada keseluruhannya), peningkatan sebanyak 7.16%.
Tanpa diduga, pesta ini telah menarik seramai 196,957 pelawat dari 203 negara dan wilayah, peningkatan sebanyak 1.76% sepanjang tahun lalu dan 22,201 daripadanya ialah pelawat dari luar negara (peningkatan sebanyak 6.3%). Melihat kepada jumlah transaksi pula, pesta tersebut memperlihatkan lebih kandungan dan ciri-ciri yang luar biasa dalam bidang perdagangan dan perniagaan. Terdapat kira-kira 4,500 tapak pameran standard antarabangsa yang diwujudkan dan 2,747 syarikat dari 59 negara dan wilayah telah mengambil bahagian.
Bagi mewujudkan pesta yang lebih profesional dan selesa, penyelarasan yang bersesuaian telah dibuat terhadap susun atur industri, yang disepadukan ke dalam tujuh daripada sepuluh industri yang terlibat dalam Pesta yang lalu, termasuklah kategori seperti perkakasan, alat elektronik dan elektrik, barangan kemas & aksesori, seni & kraf, barangan keperluan harian, alat tulis & barangan sukan serta pakaian dalam & stokin. Di samping itu, para penganjur telah menubuhkan E-dagang dan Kawasan Perkhidmatan Perdagangan yang menyumbang kepada susun atur yang lebih profesional dan skala yang lebih besar hasil daripada gabungan komoditi yang lebih banyak dalam setiap kawasan pameran profesional.
Selain tempat utamanya, Pesta Yiwu ke-19 turut menyediakan tempat yang setara dengannya termasuklah Bandar Perdagangan Antarabangsa Yiwu, Pasaran Huangyuan, Pasaran Perabot, Pasaran Makanan Borong, Pasaran Alatan Rumah, Pasaran Telekomunikasi dan Pusat Membeli-belah Digital yang menggiatkan lagi jalinan positif secara berkesan antara Pesta dan pasaran tersebut, yang bakal memperlihatkan lebih 1.7 juta produk di 70,000 tapak pameran.
Tambahan pula, pada pesta tersebut, Jawatankuasa Penganjur berjaya merancang dan menguruskan pelbagai acara termasuk Pesta Penyumberan Antarabangsa China (Yiwu) ke-2, Konvensyen Usahawan Cina Luar Negara Yiwu ke-3, Forum Barang Kemas China ke-3, Pelancaran Produk Baharu & Arah Aliran di Bandar Komoditi China, Sidang Akhbar Yiwugou (platform bagi e-dagang antara sempadan), Forum Persidangan Kemuncak Antarabangsa China tentang Arah Aliran dan Rekaan Beg, Lawatan ke Yiwu oleh Pegawai Komersil: Berkenaan Import dan juga Promosi Projek B2R untuk Yiwugou. Kesemua acara ini membantu menghasilkan kesan sekali ganda terhadap jalinan yang terbentuk dengan Pesta tersebut dan seterusnya benar-benar meningkatkan keberkesanan perniagaan yang dijalankan.